Satelit Tangong-1 milik China yang akan gugur ke bumi pada 31 Mac 2018 di jangka memasuki ruang udara Malaysia mulai 2.28 petang dari arah barat melintasi Lembah Kelang dan Pahang menuju ke Laut China Selatan.

Ketua Pengarah Agensi Angkasa Negara (ANGKASA), Dr Noordin Ahmad dalam kenyataan yang dikeluarkan berkata, lintasan pertama itu akan berada pada ketinggian 176.908 Kilometer (KM) selama 81 saat dan menjunam sehingga 176.766 KM ketika memasuki Laut China Selatan.

Sementara lintasan kedua akan bermula dari utara perairan Kelantan di Laut China Selatan pada ketinggian 184.037 KM jam 1.44 tengah hari dan berakhir 47 saat kemudian selepas melintasi sempadan laut di perairan Pahang menuju ke selatan.

Tiangong-1

Bagaimanapun semua maklumat yang diberikan adalah ramalan dan mungkin berubah setiap hari.

Sebarang perkembangan terkini akan dimaklumkan melalui Laman Portal ANGKASA iaitu www.angkasa.gov.my

TONTON: Stesen angkasa China bakal terhempas di KL? & MET tukar sistem maklumat fenomena