Ketua UMNO Bahagian Titiwangsa Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata beliau akan berusaha untuk memastikan proses pembangunan Kampung Baru akan dilaksanakan dengan mengekalkan identiti kampung itu sebagai 'Kampung Melayu'.
"Saya akan pastikan Kampung Baru sebagai hak milik kekal orang Melayu," kata Menteri Kewangan Kedua itu kepada pemberita selepas merasmikan pelancaran pembinaan Saloma Link, di sini hari ini.
Beliau yang telah diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi Parlimen Titiwangsa pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) berkata walaupun proses pembangunan Kampung Baru berdepan pelbagai kesukaran, namun usaha memastikan tanah rizab Melayu itu berkembang maju akan direalisasikan.
"Cabaran yang perlu kerajaan hadapi dalam membangunkan Kampung Baru adalah pemilikan berganda yang setiap pemilik ada cara berfikir yang berbeza. Ada sesetengah keluarga dalam kalangan adik-beradik mahu jadikan rumah berkenaan sebagai rumah warisan dan ada juga yang mahu jual. Ini buatkan kami buntu.
"Selain itu, kami juga perlu dapatkan kelulusan pewaris. Ada dalam kalangan ahli keluarga yang mahu jual tanah mereka dengan saiz berbeza. Hal ini menyukarkan jurunilai tanah untuk membuat penilaian harga ke atas saiz tanah tersebut.
"Namun, kami akan terus terlibat dengan tuan tanah atau pewaris mengenai pembangunan di sini dan kami mahu ada situasi menang-menang antara mereka dan pemaju," katanya.
Johari turut menyelar tindakan pihak-pihak tertentu yang mengatakan Kampung Baru tidak membangun walaupun sudah berusia 118 tahun.
"Mereka tak faham isu sebenar yang kerajaan sedang hadapi dan kalau ikutkan (isu) sudah wujud dari zaman bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi dan pilihan raya sebelumnya lagi," katanya.
Beliau turut yakin melalui prestasi kerajaan selama 60 tahun dalam membangunkan negara dengan saiz ekonomi sebanyak RM1.3 trilion, Kampung Baru seluas 121.81 hektar dan didiami kira-kira 5,000 pemilik tanah itu dapat dibangunkan dengan baik.
"Kami akan buat pembangunan seperti kondominium dan lot runcit yang akan dimajukan oleh orang Melayu. Ia akan ikut acuan orang Melayu dan kami akan pastikan ia dimiliki oleh orang Melayu. Semasa proses pembangunan di sini berlaku, kami akan pastikan kebersihan di kawasan kediaman dan komersial terjamin, selain penanaman pokok dan pemasangan lampu jalan dibuat dengan teratur.
"Imej Kampung Baru sebagai pusat makanan juga akan dipertingkatkan dengan merancang bagaimana mahu sediakan jaringan agar kita boleh tarik lebih ramai pelancong ke Kampung Baru," katanya.
Kampung Baru berada dalam kawasan Parlimen Titiwangsa. Johari akan mempertahankan kerusi Parlimen Titiwangsa yang telah dimenangi pada PRU13 dan dijangka ditentang wakil PAS Mohammad Noor Mohammad dan Rina Harun dari PPBM.
Mengulas mengenai cadangan PAS untuk memindahkan kelab hiburan Zouk dari Parlimen berkenaan sekiranya menang pada PRU14, Johari berkata PAS perlu memahami keperluan masyarakat lain yang berbeza dan bukan hanya mahu memenangi hati sesetengah golongan.
"Jika kita percaya orang Melayu tidak boleh masuk ke tempat-tempat begitu, kita perlu didik mereka dengan penguatkuasaan dan disiplin yang betul. Tetapi saya akan bersama-sama mereka jika tempat-tempat ini tidak mempunyai lesen atau permit atau beroperasi dalam persekitaran yang tidak sah. Yang ini saya mahu tangani," katanya.
Turut hadir Pengerusi Perbadanan Kampung Baru (PKB), Datuk Affendi Zahari dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Mhd Amin Nordin Abd Aziz.
Saloma Link hasil cetusan idea PKB, merupakan kemudahan pejalan kaki yang bakal menjadi antara binaan ikonik di ibu negara yang akan dibina dengan anggaran kos RM30 juta dan dijangka siap pada 30 Sept 2019.
Laluan berbumbung sepanjang 68 meter itu akan menghubungkan Lorong Raja Muda Musa 3 berhampiran Stesen LRT Kampung Baru dengan Jalan Saloma yang terletak di sisi bangunan Menara Public Bank berhadapan Jalan Ampang, tidak jauh daripada Menara Berkembar Petronas (KLCC).
Seni bina berkonsepkan sirih junjung itu akan merentasi Lebuh Raya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH) dan bakal memendekkan masa perjalanan pejalan kaki seperti warga kota mahupun pelancong asing sekitar 15 minit sahaja.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 26 2018
Johari (tiga, kanan) melihat replika cadangan pembinaan laluan pejalan kaki bertingkat 'Saloma Link' ketika Majlis Pelancaran Pembinaan Saloma Link di Jalan Saloma hari ini. Turut kelihatan, Mhd Amin (tiga, kiri) dan Affendi (kanan). --fotoBERNAMA
Amnesty gesa universiti AS tarik balik tindakan keras terhadap protes Gaza
Dalam satu laporan, badan pemantau hak asasi mengutuk penindasan ke atas pelajar yang melakukan protes terhadap perang di Gaza.
Ruhainies mohon maaf kepada Bella Astillah, luah hasrat untuk bertemu
"Dengan rasa rendah hati, saya ingin mohon maaf kepada Bella Astillah atas segalanya yang telah berlaku."
Universiti perlu tapis aktiviti namun tidak sehingga ganggu keterbukaan, autonomi - Pakar
Abu Hafiz berpandangan ia perlu dilaksana bagi mengelakkan kontroversi khususnya membabitkan isu sensitif serta polisi negara.
'Man Kubur' tolak rasa malu, teruskan legasi ayah hasilkan kepok kubur
Dikman mengakui minat terhadap pembuatan kepok timbul sejak di bangku sekolah rendah lagi apabila sering membantu bapanya di bengkel.
UTM lancar Hab Malaysia Erasmus+
Ia bermatlamat meningkatkan kerjasama antara universiti dan diplomat yang mampu memberi panduan kepada pihak dalam sektor pendidikan tinggi.
Ancaman bom: Pusat Kargo KLIA gempar ancaman bom, rupanya laptop
Pusat Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) gempar apabila mesin pengimbas menerima bungkusan tertera ayat ancaman bom, pada Khamis
WFP: Utara Gaza diancam kebuluran kritikal
Timbalan Pengarah Eksekutif Program Makanan Sedunia (WFP), Carl Skau, menegaskan perlunya lebih banyak akses bantuan untuk mengatasi masalah kebuluran yang kritikal di utara Gaza.
Tentera AS mula pembinaan jeti sementara di Gaza
Tentera Amerika Syarikat memulakan pembinaan jeti sementara bagi penghantaran bantuan ke Gaza, diumumkan oleh Setiausaha Akhbar Jabatan Pertahanan, Patrick Ryder.
Kekejaman zionis: Penemuan kubur besar di Hospital Gaza perlu disiasat
Pasukan pertahanan awam Palestin gesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyiasat penemuan hampir 400 mayat dari kubur besar di hospital di Gaza selepas tentera Israel meninggalkan fasiliti kesihatan itu.
Israel perlu dikenakan sekatan senjata dan minyak tanpa syarat
Wakil Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Francesca Albanese, menyeru sekatan senjata dan minyak tanpa syarat dikenakan ke atas Israel, susulan tindakan rejim itu melanggar undang-undang antarabangsa.
AS International Half Marathon: Lebuhraya AKLEH, SUKE ditutup sementara mulai 5 petang esok
Semua laluan yang ditutup akan dibuka semula kepada pengguna bermula 2.01 pagi 4 Feb.
Pengguna Lebuhraya GCE, AKLEH boleh bayar tol guna kad bank
Alternatif baharu pembayaran tol itu boleh digunakan oleh pengguna kenderaan Kelas 1 (kereta).
Kenderaan mewah ditahan 45 kali culas bayar tol
Tindakan sebuah kenderaan mewah yang didapati tidak membayar tol membawa padah apabila ditahan di Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH) di sini pada Isnin.
AKLEH, DUKE antara jalan utama ditutup sempena KLSCM 2022
Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH) dan Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE), antara jalan utama akan ditutup sempena larian Kuala Lumpur Standard Chartered Marathon (KLSCM) 2022.
Kadar tol lebuh raya AKLEH, GCE, LKSA dan Kajang SILK turun 8 - 15 peratus
Pengurangan kadar tol ini membabitkan kenderaan Kelas Satu, Kelas Empat dan Kelas Lima di empat lebuh raya terbabit.
Seorang maut, lima cedera dalam kemalangan di AKLEH
Seorang lelaki maut manakala lima lagi cedera apabila kenderaan dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 5.7 Lebuh Raya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH).
Padah ulang kesalahan aksi 'wheelie,' lelaki ditahan kali kedua
Semakan mendapati individu berkenaan pernah ditahan kerana melakukan kesalahan sama pada 2018.
Diskaun tol 20 peratus Lebuhraya AKLEH sepanjang April
Diskaun tol itu ditawarkan kepada pengguna kenderaan Kelas 1 bermula 5 pagi hingga 8 pagi, setiap Isnin dan Jumaat.
Saya akan pastikan Kampung Baru terus milik orang Melayu - Johari
Johari turut menyelar tindakan pihak-pihak tertentu yang mengatakan Kampung Baru tidak membangun walaupun sudah berusia 118 tahun.
Krismas: Diskaun 20 peratus bagi Lebuhraya AKLEH, GCE dan LKSA
Pemberian diskaun itu bermula 6 pagi pada 25 Disember hingga 6 pagi 26 Disember kepada semua pengguna kenderaan kelas satu yang membuat bayaran secara elektronik.