Bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bebas mengeluarkan sebarang kenyataan dalam media sosial selagi ia tidak bercanggah dengan undang-undang, kata Datuk A. Kadir Jasin.
Penasihat media dan komunikasi kepada perdana menteri itu berkata, sejauh mana beliau tahu, seseorang tertuduh masih boleh membuat sebarang kenyataan di luar mahkamah jika ia tidak berkaitan dengan kes yang dihadapinya.
"Sekiranya dia tidak melanggar undang-undang, saya fikir kita tidak boleh menghalangnya. Saya tidak fikir ada orang menyokongnya selepas mereka menyingkirkan dia. Jika dia masih tidak didapati bersalah, biarkan dia bercakap," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalah daripada peserta sesi ceramah bertajuk 'Pasca 9 Mei – Di Manakah Kita Menuju dalam Malaysia Baharu' anjuran firma guaman, Lee Hishammuddin Allen dan Gledhill, di sini pada Khamis.
BACA: Najib kirim soalan matematik untuk PH
BACA: "Kenapa nak hina? Rakyat Kelantan juga rakyat Malaysia" - Najib
BACA: Hentikan temu bual, Najib dakwa Al Jazeera tidak adil kepadanya
Kepada soalan mengapa Najib tidak memakai baju lokap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berwarna jingga, A. Kadir berkata beliau juga hariran dengan keputusan SPRM itu, sambil menegaskan setiap orang yang ditangkap oleh suruhanjaya itu perlu diperlakukan sama-rata.
Sambil menggesa hadirin yang sebahagian besarnya adalah peguam untuk menyuarakan perkara itu, beliau menegaskan keadilan bukan sahaja perlu ditegakkan, malah perlu dilihat telah ditegakkan.
"Saya pasti ada saiz yang padan dengan beliau. Saya tetap percaya bahawa kita perlu mendesak supaya setiap orang diberi layanan sama," katanya.
Najib sebelum ini ditahan semalaman dan dihadapkan ke mahkamah untuk berdepan empat pertuduhan rasuah serta 21 pertuduhan pengubahan wang haram pada 20 Sept mengikut Seksyen 23 (1) Akta SPRM dan beliau dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dengan tidak digari atau memakai baju lokap.
Mengenai dakwaan bahawa kerajaan hanya mendakwa pemimpin daripada era Najib manakala pemimpin daripada era Dr Mahathir pula dilindungi, A. Kadir menjelaskan bahawa kerajaan tidak mengamalkan pilih kasih.
"Najib adalah daripada era Tun Mahathir, dan Tun Mahathir jugalah yang menjadikan beliau menteri besar paling muda dalam sejarah Malaysia," katanya. -- Bernama
Bernama
Thu Nov 15 2018
Najib sebelum ini ditahan semalaman dan dihadapkan ke mahkamah untuk berdepan empat pertuduhan rasuah serta 21 pertuduhan pengubahan wang haram pada 20 September lalu.- Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR
UTM lancar Hab Malaysia Erasmus+
Ia bermatlamat meningkatkan kerjasama antara universiti dan diplomat yang mampu memberi panduan kepada pihak dalam sektor pendidikan tinggi.
Ancaman bom: Pusat Kargo KLIA gempar ancaman bom, rupanya laptop
Pusat Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) gempar apabila mesin pengimbas menerima bungkusan tertera ayat ancaman bom, pada Khamis
WFP: Utara Gaza diancam kebuluran kritikal
Timbalan Pengarah Eksekutif Program Makanan Sedunia (WFP), Carl Skau, menegaskan perlunya lebih banyak akses bantuan untuk mengatasi masalah kebuluran yang kritikal di utara Gaza.
Tentera AS mula pembinaan jeti sementara di Gaza
Tentera Amerika Syarikat memulakan pembinaan jeti sementara bagi penghantaran bantuan ke Gaza, diumumkan oleh Setiausaha Akhbar Jabatan Pertahanan, Patrick Ryder.
Kekejaman zionis: Penemuan kubur besar di Hospital Gaza perlu disiasat
Pasukan pertahanan awam Palestin gesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyiasat penemuan hampir 400 mayat dari kubur besar di hospital di Gaza selepas tentera Israel meninggalkan fasiliti kesihatan itu.
Israel perlu dikenakan sekatan senjata dan minyak tanpa syarat
Wakil Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Francesca Albanese, menyeru sekatan senjata dan minyak tanpa syarat dikenakan ke atas Israel, susulan tindakan rejim itu melanggar undang-undang antarabangsa.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Israel dakwa Hamas tarik diri daripada rundingan bebas tebusan
Israel dakwa Hamas tarik diri daripada rundingan pembebasan tebusan menyebabkan usaha menamatkan krisis di Gaza gagal.
Suhu cecah 42 celsius, Bangladesh tutup semua sekolah sehingga Sabtu
Untuk rekod, ini merupakan tahun kedua berturut-turut pihak berkuasa Bangladesh mengambil langkah sama akibat cuaca ekstrem.
[TERKINI] Pendaftaran kapal misi di negara lain mungkin memakan masa
Mengulas penangguhan sekali lagi misi pelayaran Break The Siege Freedom Flotilla To Gaza , Profesor Hubungan Antarabangsa Di Fakulti Undang-Undang Dan Hubungan Antarabangsa Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA), Prof Dr Mohd Afandi Salleh berpandangan, proses pendaftaran baharu bagi sesebuah kapal di negara lain mungkin akan memakan lebih banyak masa.
'Pemenjaraan Najib bukan sebab untuk rakyat gembira' - Kadir Jasin
Pemenjaraan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan beberapa individu kenamaan lain serta perbicaraan kes-kes rasuah berprofil tinggi bukanlah sebab untuk rakyat bergembira.
Cubaan lagakan UMNO dan Bersatu tindakan tidak bertanggungjawab
Kunjungan daripada pemimin UMNO itu langsung tidak membimbangkan malah ia sebenarnya perkara yang baik.
Kerjasama UMNO dan DAP bukan mustahil - Kadir Jasin
Menurut Kadir, UMNO mungkin boleh menimbangkan kerjasama dengan DAP untuk menarik sokongan bukan Melayu yang sudah tidak bersama Barisan Nasional.
Pemimpin politik sedia ada perlu beri peluang kepada orang muda - Kadir Jasin
Tun Abdul Razak Hussein dan Tun Dr Mahathir Mohamad masing-masing berusia 48 dan 45 tahun telah berusaha mengubah sejarah dan hala tuju negara.
[KEMAS KINI] Mesyuarat MPT Bersatu fokus selesai isu dalaman
Jemputan ke mesyuarat itu dihantar oleh Setiausaha Kerja Bersatu Kapten Muhammad Suhaimi Yahya menerusi aplikasi WhatsApp.
Kerajaan Perpaduan yang dicadang tidak bergantung kepada parti-parti politik - Abdul Kadir
Kerajaan Perpaduan kerana beliau tidak mahu atau berasa mampu menjadi Perdana Menteri yang bergantung kepada parti-parti politik.
Semua MP Bersatu selesai menghadap YDP Agong, nyata sokongan kepada Dr Mahathir
Ketua Penerangan Bersatu, Dr Radzi Jidin menyeru ahli-ahli Bersatu agar bertenang dan memberi keyakinan penuh kepada pimpinan untuk menangani situasi politik semasa.
Tun M rayu MPT Bersatu tidak paksanya mungkir janji dengan Anwar - Kadir Jasin
Beliau merayu kepada ahli MPT agar tidak memaksa beliau melanggar prinsip dan janji yang dibuat terhadap Anwar.
Hishammuddin, Khairy adalah masa depan UMNO
A Kadir percaya kedua-dua pemimpin yang dianggap sebagai Melayu moderat itu, mampu membawa kembali UMNO kepada prinsip kesederhanaannya
Berhenti cakap politik, buat kerja, pesan Kadir Jasin pada menteri
Video intim Sandakan yang tular baru-baru ini seolah-olah mempunyai kehidupan tersendiri dalam arena politik negara.