Sikap pengguna motosikal yang mengambil mudah soal keselamatan ketika menunggang termasuk tidak memakai topi keledar, lampu isyarat rosak atau lampu brek belakang tidak berfungsi adalah antara punca utama kemalangan melibatkan penunggang motosikal.
Timbalan Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan Mohd Apandi Jusoh berkata kebanyakan penunggang motosikal di negeri ini hanya belajar mengenai keselamatan ketika proses mendapatkan lesen memandu namun melupakannya selepas berjaya memperoleh lesen.
Beliau berkata pelbagai kempen sudah dilakukan oleh pelbagai agensi bagi mendidik pengguna jalan raya terutamanya penunggang motosikal tetapi kurang berkesan.
"Berdasarkan kajian Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) sebanyak 60 hingga 65 peratus kemalangan maut seluruh negara kebanyakannya adalah melibatkan penunggang motosikal.
Berdasarkan statistik tahun lepas, dianggarkan sebanyak 18 kematian sehari di seluruh negara dengan kebanyakannya melibatkan penunggang motosikal disebabkan pengabaian dari sudut fizikal motosikal yang ditunggangi," katanya kepada pemberita selepas Op Khas Motosikal di Kubang Kerian di sini, pada Sabtu.
Mohd Apandi berkata amat sukar mengubah sikap penunggang motosikal terutamanya yang tinggal di luar dan pinggir bandar.
Beliau berkata ada sesetengah ibu bapa yang memakai topi keledar ketika menunggang motosikal tetapi anak yang dibonceng tidak dipakaikan topi keledar dan boleh menyebabkan cedera parah atau maut jika berlaku kemalangan.
Mengulas mengenai Op Sikap yang dijalankan selama tiga jam bermula pukul 9 pagi hingga 12 tengahari di Jalan Kubang Kerian-Kota Bharu hari ini sebanyak 100 notis dikeluarkan pihaknya.
Beliau berkata selain itu, dalam Op Sisih (Operasi pra Hari Raya) yang bermula 22 hingga 28 Mei lalu, sebanyak 663 notis pelbagai kesalahan dikeluarkan seperti kesalahan berkaitan lesen memandu, lebih muatan dan cukai jalan tamat tempoh.
"Untuk Op Sisih mulai 28 Mei hingga 13 Jun depan pula, seramai 300 anggota JPJ Kelantan akan terlibat. Tahun ini kita adakan dua sesi iaitu sesi biasa selama 16 jam dan tempoh kedua sekatan selama 24 jam dan diadakan di seluruh negara.
Kali ini kita tumpu kepada tujuh kesalahan utama iaitu memandu sambil menggunakan telefon bimbit, tidak memakai tali pinggang dan topi keledar, memotong di sebelah kiri, menggunakan lorong kecemasan, memotong barisan serta menggunakan tayar nipis," katanya.
Katanya di Kelantan, sekatan akan dilakukan di lokasi yang kerap berlaku kemalangan jalan raya, terutama laluan Jeli-Gerik, Kota Bharu-Pasir Puteh dan Kuala Krai-Gua Musang.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 01 2019
Mohd Apandi (tengah) bersama anggota memeriksa lesen dan cukai jalan seorang penunggang motosikal.
Tahun kelima kempen 'We Care for Society’ Hada Labo terus bantu golongan terpinggir
RM50,000 disumbangkan dengan kerjasama Watsons Malaysia kepada Women of Will (WOW) dan Perstuan Kechara Soup Kitchen untuk salur bantuan kepada golongan memerlukan.
Ringgit susut berbanding dolar AS pada sesi awal
Pada 9 pagi, ringgit merosot kepada 4.7770/7825 berbanding dolar AS daripada 4.7745/7775 pada Khamis.
MAQIS tahan dua ekor anjing dari China, identiti mengelirukan
Pemeriksaan mendapati nombor mikrocip yang diimbas pada badan anjing tidak sepadan dengan nombor mikrocip yang diikrar dalam permit import.
Panggilan Google Meet kini boleh dipindahkan antara peranti tanpa henti
Pengguna kini boleh memindahkan panggilan Google Meet antara telefon pintar dan pelayar web tanpa henti.
Niaga SPOTLIGHT: Sustainability & palm supply chains
Kerentanan Android TV menyebabkan akaun Gmail boleh dirampas
Sebuah kerentanan yang agak serius wujud membolehkan sesiapa sahaja mengakses akaun Gmail yang di log masuk ke TV.
Rumah terbuka Selangor di Kuala Kubu Bharu Sabtu ini langgar akta - Bersih
Bersih persoal lokasi dan masa penganjuran rumah terbuka ini kerana majlis ini dianjurkan di kawasan dan ketika PRK Kuala Kubu Bharu.
AWANI Ringkas: Kedutaan AS sangkal dakwaan Prof Gilley
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
EPL: Manchester City himpit Arsenal
Gawang The Seagulls robek lagi kali ini menerusi bintang meningkat naik Phil Foden dengan gol pada minit ke-26 dan 34.
PRK Kuala Kubu Baharu: Gerakan turun padang, sokong PN
Gerakan berkata, parti itu akan bersama-sama memastikan untuk merampas kerusi DAP pada pilihan raya kecil kali ini.
Bentang tilam di tempat penumpang belakang undang bahaya - JPJ
Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Rospiagos Taha berkata, perlakuan tersebut membahayakan pemandu dan penumpang terutama kanak-kanak.
Ops Hari Raya: 42 bas dilarang beroperasi
Sebanyak 42 bas dikenakan Notis Larangan Penggunaan Kenderaan atas pelbagai kesalahan peraturan teknikal menerusi Ops Hari Raya Aidilfitri 2024.
Op Rempit: JPJ P.Pinang keluar 197 notis saman, sita 11 motosikal
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang mengeluarkan 197 notis saman terhadap penunggang motosikal atas pelbagai kesalahan menerusi Op Rempit.
JPJ kesan lebih 16,000 kes pandu lebih had laju menerusi Ops Khas HRA 2024
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengesan 16,142 kes memandu melebihi had laju menerusi kamera Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS).
Ops Khas HRA 2024: 39,066 saman dikeluarkan dalam tempoh lima hari
Jumlah notis saman yang dikeluarkan itu adalah 24 peratus daripada 163,558 kenderaan yang diperiksa bermula 1 hingga 5 April lalu.
Pemandu bas ‘Live' TikTok ketika memandu berdepan tindakan berat
Lokman berkata, pihak JPJ akan meletakkan pegawai penyamaran dalam setiap bas ekspres untuk memastikan tiada yang melakukan kesalahan itu.
Sedia pemandu kedua jika perjalanan lebih 300km - JPJ
Pemeriksaan JPJ mendapati masih banyak pengusaha bas yang gagal kemukakan pemandu kedua meskipun ia syarat yang wajib dipatuhi.
Op Khas Aidilfitri: 382 pegawai, anggota JPJ Selangor bertugas
Op Khas sempena Hari Raya Aidilfitri bermula 1 hingga 20 April ini bertujuan memantau kelancaran pergerakan perjalanan pengguna jalan raya.
JPJ laksana 3 operasi khas sempena musim perayaan - Lokman
JPJ akan memastikan tiada pengguna jalan raya melakukan kesalahan utama seperti menggunakan telefon pintar semasa memandu.
7,473 notis pelbagai kesalahan dikeluarkan pada hari pertama Ops Khas HRA 2024
Sebanyak 7,473 notis dikeluarkan terhadap pelbagai kesalahan kegagalan mematuhi peraturan dan undang-undang keselamatan jalan raya dikeluarkan pada hari pertama Ops Hari Raya Aidilfitri (HRA) 2024.