Sistem Statistik Negara yang teguh perlu dilaksanakan supaya penyaluran sumber negara bagi perancangan dan pembangunan dapat dilaksanakan secara cekap dan berkesan.
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pelaburan strategik oleh pihak berkepentingan diperlukan bagi pembinaan prasaran dan pembangunan kapasiti Sistem Statistik Negara.
“Persekitaran dunia yang kian mencabar dengan daya saing negara semakin bergantung kepada penguasaan data dan maklumat untuk membuat keputusan yang tepat telah menuntut agar Sistem Statistik Negara yang teguh perlu dilaksanakan.
“Pastinya dengan ketersediaan statistik yang teguh, penyaluran sumber negara bagi perancangan dan pembangunan dapat dilaksanakan secara cekap dan berkesan,” kata Muhyiddin pada majlis pelancaran Hari Banci Penduduk dan Perumahan 2020 di PICC, di sini, hari ini.
Turut hadir ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Pesuruhjaya Banci Penduduk dan Perumahan 2020, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin.
Tambah beliau, inisiatif yang dilaksanakan setiap 10 tahun sekali ini adalah sangat penting bagi memberi gambaran sebenar mengenai situasi kependudukan semasa negara yang akan menjadi sumber rujukan dan asas penting kepada perancangan pembangunan negara.
“Melaluinya, saiz, taburan, komposisi dan ciri sosioekonomi penduduk serta perumahan di Malaysia dapat dikenalpasti.
“Maklumat seperti fasiliti pendidikan, kesihatan, rekreasi, jaringan jalan raya yang diperoleh akan digunakan untuk menggubal dan melaksanakan polisi kerajaan untuk tujuan pembangunan negara dan kepentingan rakyat.
“Keberhasilan daripada produk dan perkhidmatan statistik secara berkala dengan kekerapan bulanan, suku tahunan dan tahunan merupakan bukti statistik yang digunakan kerajaan sebagai input dalam pembentukan, penilaian dan semakan semula dasar awam negara,” tambahnya.
Justeru, beliau memohon agar semua rakyat Malaysia memberikan kerjasama dalam membekalkan maklumat yang diperlukan bagi menjayakan Banci 2020 berkenaan.
“Maklumat yang dibekalkan akan mencorakkan kehidupan generasi pada masa hadapan, yang bakal mengemudi negara ini ke satu tahap yang lebih baik.
“Jika diimbas kembali, kehidupan dan nikmat yang kita perolehi pada hari ini adalah hasil kerjasama dan komitmen rakyat yang membekalkan maklumat pada lima banci terdahulu.
“Peranan dan tanggungjawab yang perlu dipikul kerajaan dan rakyat ini adalah bagi memastikan kelangsungan pembangunan negara secara kompetitif, berintegriti dan bermaruah agar semua rakyat mengecapi taraf hidup yang wajar serta tumpuan terhadap pembangunan dan kemajuan negara untuk mencapai taraf negara maju lebih awal turut dapat direalisasikan,” katanya.
Isabelle Leong
Tue Jul 07 2020
MUHYIDDIN: Maklumat seperti fasiliti pendidikan, kesihatan, rekreasi, jaringan jalan raya yang diperoleh akan digunakan untuk menggubal dan melaksanakan polisi kerajaan untuk tujuan pembangunan negara dan kepentingan rakyat. - Astro AWANI/SHAHIR OMAR
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Polis serbu pejabat 'Save the Children' di Guatemala
Polis Guatemala melakukan serbuan mengejut ke atas pejabat-pejabat Pertubuhan Save the Children di pelbagai lokasi di negara itu. Ia bagi mencari bukti dakwaan pertubuhan yang memperjuangkan kebajikan kanak-kanak itu, terlibat dalam jenayah penderaan terhadap golongan itu.
LIMA '25 dianjurkan pada 20-24 Mei tahun depan
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LlMA ‘25) akan dianjurkan pada 20 hingga 24 Mei tahun depan bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Malaysia komited tingkat hubungan dua hala bersama Libya
Malaysia terus komited mempertingkatkan hubungan dua hala yang berterusan bersama Libya demi manfaat bersama dalam pelbagai sektor.
Demi rakyat, Zahid-Muhyiddin henti saman fitnah
Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersepakat untuk menamatkan pertikaian peribadi antara mereka.
Sultan Selangor berangkat ke Majlis Bacaan Yassin di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut di Perak bagi menghadiri Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Khutbah Khas sempena Sambutan Hari TLDM ke-90.
PM Anwar pulangkan elaun Pengerusi Khazanah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau memulangkan elaun sebagai pengerusi Khazanah Nasional Berhad yang diterimanya dan sekali lagi menegaskan tidak menerima gaji bagi jawatan Perdana Menteri yang disandangnya sejak November 2022.
557 daripada 1,065 mukim capai kategori menua, Kerling tertinggi - DOSM
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), Mukim Kerling di Selangor mencatatkan penduduk tertinggi bagi umur 65 tahun dan lebih dengan 25.2 peratus.
KDNK negeri Johor meningkat 2.4 peratus, berada di landasan pemulihan - Ketua Perangkawan
Ekonomi negeri Johor kini berada pada landasan pemulihan berikutan Keluaran Dalam Negara Kasar bagi negeri terbabit mencatatkan nilai RM131.1 bilion pada tahun lalu.
Penerbitan Subnasional DUN bantu ADUN rancang strategi tingkat ekonomi penduduk - Mustapa
Ia sebagai rujukan kepada ADUN mengenai maklumat Banci 2020 dari peringkat nasional sehingga kawasan terkecil.
COVID-19: Gelandangan meningkat di Sao Paulo akibat pandemik
Dapatan banci menunjukkan sekurang-kurangnya 31,884 tinggal di jalanan di bandar Sao Paulo.
Banci 2020: 330 petugas dijangkiti COVID-19, beberapa meninggal dunia
Lebih 300 petugas Banci Malaysia 2020 dijangkiti COVID-19 dengan beberapa dalam kalangan mereka meninggal dunia sepanjang tempoh operasi pembancian.
Aktiviti bancian gelandangan di Kuala Lumpur pada 27 Oktober ini - DOSM
DOSM mendapat kebenaran Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi melaksanakan Banci Malaysia 2020 secara bersemuka dan Drop Off and Pick Up.
Lebih 68 peratus penduduk Malaysia telah dibanci
Seramai 22.5 juta atau 68.8 peratus daripada 32.7 juta penduduk Malaysia telah dibanci menerusi Operasi Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 (Banci Malaysia 2020).
Pasangan di China akan dibenar mempunyai tiga anak
China bakal melonggarkan dasar perancangan keluarga daripada dua kepada tiga anak bagi setiap keluarga.
55.1 peratus penduduk Malaysia telah dibanci setakat ini
Seramai 18 juta atau 55.1 peratus daripada 32.7 juta rakyat Malaysia sudah dibanci menerusi Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 (Banci 2020) setakat 5 Mei lepas.
17.7 juta rakyat Malaysia sudah dibanci
Seramai 17.7 juta daripada 32.7 juta rakyat Malaysia sudah dibanci menerusi Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 (Banci 2020) setakat semalam.