awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebih 68 peratus penduduk Malaysia telah dibanci

Bernama
Bernama
30/06/2021
10:47 MYT
Lebih 68 peratus penduduk Malaysia telah dibanci
Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata e-Census dan pengumpulan data menggunakan kaedah CATI akan diteruskan sehingga semua penduduk Malaysia dibanci atau liputan penuh dapat dicapai. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Seramai 22.5 juta atau 68.8 peratus daripada 32.7 juta penduduk Malaysia telah dibanci menerusi Operasi Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 (Banci Malaysia 2020).
Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata banci dalam talian (e-Census) dan pengumpulan data menggunakan kaedah Temu Bual Telefon dengan Bantuan Komputer (CATI) akan diteruskan sehingga semua penduduk Malaysia dibanci atau liputan penuh dapat dicapai.
Walau bagaimanapun, katanya Banci Malaysia 2020 secara bersemuka tidak dapat dijalankan ketika ini berikutan situasi terkini penularan COVID-19 dan pelaksanaan Fasa Satu Kawalan Pergerakan dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN).
"Keputusan ini diambil dalam menyokong usaha kerajaan membendung dan memutuskan rantaian penularan jangkitan COVID-19.
Justeru orang ramai yang masih belum membuat pengisian banci diseru memberikan kerjasama dengan mengisi maklumat melalui e-Census atau sistem panggilan telefon CATI. Sekiranya memerlukan maklumat lanjut, sila layari portal www.mycensus.gov.my atau berhubung terus dengan pejabat Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) Negeri berdekatan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
--BERNAMA
Topic Berkaitan
#Banci Malaysia 2020
#banci
#Penduduk
#e-Census
#CATI
#COVID-19
#Pelan Pemulihan Negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan