Datuk Seri Anwar Ibrahim akan bertemu Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow, bagi berbincang dan mendengar penjelasan lebih terperinci berhubung projek tambakan laut di perairan selatan Pulau Pinang (PSR) yang ingin dibangunkan kerajaan negeri.
Anwar yang merupakan Presiden PKR itu berkata beliau akan bertemu dengan pemimpin tertinggi Pulau Pinang itu dalam masa terdekat, bagi membantu mencari jalan penyelesaian berhubung kemelut yang sedang dihadapi golongan nelayan tradisional, di selatan Pulau Pinang itu.
"Saya akan bertanya dengan pihak kerajaan negeri, adakah boleh kita menjamin nasib dan kepentingan nelayan?
"Saya tahu ini adalah sukar, sebab saya tidak pernah tahu dalam mana-mana projek tambak laut secara besar-besaran di seluruh dunia, yang mana nasib nelayan terjamin," katanya kepada pemberita selepas pertemuan dengan penduduk dan nelayan di unit Sungai Batu, Permatang Damar Laut di sini hari ini.
Dalam pertemuan kira-kira dua jam itu, Anwar berkata beliau terpanggil untuk hadir dan mendengar sendiri kegelisahan yang dihadapi kelompok nelayan di situ.
"Saya datang bukan nak halang (projek itu), tetapi saya datang untuk mendengar penjelasaan semua pihak, termasuk syarikat pemaju dan saya telah membaca memorandum yang telah diserahkan persatuan dan Badan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO). Saya perlu berlaku adil dan mendengar dari semua pihak".
"Kita kena dengar suara kedua-duanya. Apakah keluhan nelayan dan apakah pula cadangan kerajaan negeri mahu lakukan untuk nelayan. Walau apa pun projek, jangan korbankan kepentingan rakyat," katanya.
Pada Khamis, sekumpulan nelayan dari Pulau Pinang dan Perak membuat demonstrasi bantahan di Parlimen, memohon agar Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menimbang semula cadangan projek PSR itu, kerana ia tidak mendatangkan faedah.
Selain itu, golongan nelayan itu turut mengemukakan memorandum yang mempunyai tiga tuntutan iaitu mewujudkan Majlis Perancangan Fizikal Negara untuk membatalkan projek PSR, mengenakan moratorium aktiviti perlombongan pasir laut di luar pantai Perak, dan melakukan kajian komprehensif oleh pakar bebas dan perancang profesional bagi projek Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP).
Terdahulu Anwar berkata beliau telah memaklumkan kepada perdana menteri semalam untuk bertemu dengan nelayan dan mendengar keresahan mereka berhubung projek tambak laut itu, serta mahu membantu mencari jalan penyelesaian.
"Saya ikuti perkembangan tambak laut ini. Saya tahu ini projek kerajaan negeri yang akan merujuk kepada Kerajaan Persekutuan.
"Maka saya ambil keputusan berjumpa Tun dan maklumkan kepadanya untuk bertemu dengan nelayan. Bagi saya ini projek mega dan juga isu nasional," katanya.
Kerajaan Negeri bercadang menebus guna 1,821.085 hektar kawasan laut bagi membina tiga pulau buatan merentang dari selatan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) ke arah timur sekitar Permatang Damar Laut.
Projek PSR dicadangkan bertujuan mewujudkan bank tanah untuk membiayai projek PTMP Pulau Pinang. Difahamkan jangka masa projek tebus guna adalah selama 15 tahun dan keseluruhan projek dijangka siap antara 30 hingga 50 tahun.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 13 2019
Anwar berkata beliau terpanggil untuk hadir dan mendengar sendiri kegelisahan yang dihadapi kelompok nelayan di situ. - Gambar fail/Astro AWANI
Kontroversi UM: Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Anwar menyindir ahli akademik AS yang terbabit dalam kontroversi pro-Israel sebagai sarjana berkualiti rendah dan tidak mempunyai pencapaian luar biasa atau istimewa.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Ulang Tahun Keputeraan kepada Sultan Terengganu
Ucapan itu dizahirkan Seri Paduka Baginda berdua menerusi poster yang dimuat naik di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.
Ada wajah kita tak mahu berpisah, tapi terpaksa melepaskannya - Datuk Red
Menerusi perkongsian itu, Adnan mengatakan ada perkara yang dia terpaksa reda dan menerima takdir yang sudah tertulis untuknya.
Komen jelik nahas helikopter Lumut, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 di Mahkamah Sesyen di sini, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter TLDM.
Bursa Malaysia dibuka rendah, jejaki prestasi Wall Street
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.29 mata kepada 1,566.96 daripada 1,569.25 ketika ditutup pada Khamis.
AWANI Ringkas: Pesawat ringan mendarat cemas di Subang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Cambodia Airways mulakan penerbangan terus Phnom Penh-Kuala Lumpur
Syarikat penerbangan Kemboja, Cambodia Airways, secara rasmi memulakan penerbangan terus dari ibu negaranya, Phnom Penh ke KLIA pada Khamis.
Semangat baharu bina ekosistem inovasi lebih dinamik
Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia, MTDC meneruskan kesinambungan dalam memacu pembangunan teknologi negara, dengan melancarkan Citra MTDC, untuk mewujudkan ekosistem inovasi yang lebih dinamik.
Polis tahan guru disyaki liwat tiga pelajar
Tiga pelajar tahfiz dipercayai menjadi mangsa seks luar tabii apabila didakwa diliwat seorang guru agama dari pusat tahfiz berkenaan sejak dua tahun lalu.
Rumah Terbuka Aidilfitri Selangor di KKB langgar Akta - Bersih
Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Negeri Selangor yang akan dianjurkan di Pekan Kuala Kubu Bharu Sabtu ini, boleh bercanggah dengan banyak peruntukan dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (AKPR).
Kontroversi UM: Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Anwar menyindir ahli akademik AS yang terbabit dalam kontroversi pro-Israel sebagai sarjana berkualiti rendah dan tidak mempunyai pencapaian luar biasa atau istimewa.
Terdapat keperluan tambah bilangan wanita isi jawatan KSU, KP - PM Anwar
Anwar berkata jumlah pimpinan wanita sedia ada tidak mencerminkan jumlah keseluruhan 42 peratus golongan itu yang terlibat sebagai pembuat keputusan dalam perkhidmatan awam ketika ini.
PM nafi kerajaan beri lesen kasino di Forest City
Perdana Menteri menafikan laporan yang mendakwa kerajaan akan mengeluarkan lesen untuk pengoperasian kasino di Forest City, Johor.
SSPA terbaik pernah diperkenalkan kerajaan - PM Anwar
Beliau berkata, usaha tersebut diharap dapat menjadi motivasi buat penjawat awam untuk meningkatkan produktiviti, dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.
Sultan Selangor adakan pertemuan dengan PM Anwar di Seri Perdana
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat ke kediaman rasmi Perdana Menteri di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya.
Agong berkenan meriahkan Majlis Sulaman Kasih Aidilfitri Kementerian Perpaduan
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan memeriahkan Majlis Sulaman Kasih Aidifitri Kementerian Perpaduan Negara.
PM Anwar meriahkan sambutan ulang tahun ke-15 UKAS
Perdana Menteri menyantuni Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) di bawah Jabatan Perdana Menteri, yang menyambut ulang tahun ke-15 mereka.
PM Anwar tubuh Jawatankuasa Penasihat Dasar Kepada Perdana Menteri - PMO
Perdana Menteri menubuhkan Jawatankuasa Penasihat Dasar Kepada Perdana Menteri untuk memberi khidmat nasihat terkait soal pembangunan negara dan daya tahan ekonomi.
KL20 2024: Pelabur asing iktiraf masa tepat untuk melabur di Malaysia - PM
Ia bersandarkan kepada kestabilan dalam kerajaan dan tadbir urus yang baik, selain sifat pro-perdagangan dan pendirian neutral oleh Malaysia.
Sidang Kemuncak KL20 2024 bermula hari ini
Sidang kemuncak dua hari itu bakal mendedahkan kertas tindakan KL20 yang akan dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.