Bekas Pengarah Urusan Malaysia Airlines Bhd (kini dikenali sebagai Malaysia Airlines) Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Gleneagles, Ampang, malam tadi.
Allahyarham, 86 tahun, memegang jawatan Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan Malaysia Airlines sejak 1982 hingga 1992.
Sewaktu perkhidmatannya, MAS memasuki antara fasa kegemilangannya dan mempunyai jaringan penerbangan di serata Asia, Eropah, Australasia dan benua Amerika.
Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Allahyarham kerap berkongsi pendapatnya tentang langkah untuk mengembalikan kegemilangan syarikat penerbangan itu.
Berita pemergian Allahyarham dikongsikan di laman Facebook Kesatuan Kebangsaan Anak Kapal Kabin Penerbangan Malaysia (Nufam).
Sementara itu, Bernama melaporkan, Abdul Aziz meninggal dunia akibat komplikasi kanser.
Perkara itu disahkan anak Allahyarham, Anita Azrina, melalui catatan Facebook.
Beliau turut memaklumkan, bapanya meninggal dunia pada pukul 11.51 malam
"Doakan Allah redha, beri keampunan dan rahmati ayahanda Abd Aziz dan dipermudahkan segala urusan seluruh keluarga kita semua," katanya dalam catatan itu.
Allahyarham yang menghidap kanser esofagus, meninggal dunia di sebuah hospital swasta dan jenazah dibawa ke Masjid Saidina Umar Bukit Damansara, di sini, pada pukul 9 pagi untuk disolatkan.
Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara.
Abdul Aziz mula menyertai syarikat penerbangan itu pada April 1971 sebagai Setiausaha Syarikat/Pengarah Hal Ehwal Undang-Undang MAS, sebelum dilantik sebagai Pengarah Urusan pada 1982 dan bersara pada 1991.
Astro Awani
Thu Jan 23 2020
Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Allahyarham kerap berkongsi pendapatnya tentang langkah untuk mengembalikan kegemilangan syarikat penerbangan itu.
Isu kehadiran tentera India sudah selesai - Menteri Luar Maldives
Isu kehadiran tentera India di Maldives sudah selesai, kata Menteri Luar Maldives Moosa Zameer.
Kembara, teroka dunia dengan kempen terbaharu Malaysia Airlines dan Firefly
Hadir merentas 21 pasaran hingga 22 Mei 2024, sama ada destinasi dekat mahupun jauh, sambar peluang untuk meneroka keindahan dunia dengan Hospitaliti Malaysia.
Belasungkawa: Mutang Tagal angkat nama 'Lun Bawang'
Pemergian Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Mutang Tagal merupakan satu kehilangan besar buat Sarawak dan negara.
Negara perlu sedia lakukan anjakan pendidikan selari dengan AI - Zambry
Negara perlu bersiap sedia melakukan anjakan sistem pendidikan selari dengan perkembangan teknologi Kecerdasan Buatan (AI).
Takut dicekup khalwat, lelaki tinggal kekasih dalam kereta terbabas tepi sungai
Seorang lelaki tergamak meninggalkan kekasihnya selepas kenderaan dinaiki mereka terbabas gara-gara takut dicekup berkhalwat.
Korban banjir Brazil meningkat kepada lebih 100 orang
Angka kematian akibat banjir di negeri Rio Grande do Sul di selatan Brazil telah meningkat kepada 107 orang, kata pihak berkuasa tempatan pada Khamis selepas tujuh lagi kematian dicatatkan.
Apple mohon maaf selepas iklan iPad Pro guris perasaan
Apple memohon maaf kerana menghasilkan iklan itu kerana ia dilihat sebagai bersikap tidak sensitif terhadap artis.
Speaker Dewan Negara Mutang Tagal meninggal dunia di IJN
Mutang telah menerima rawatan di IJN sejurus tiba dari Azerbaijan pada 6 Mei, selepas melakukan lawatan kerja bermula 29 April.
PRK KKB: Persiapan hari pengundian berjalan lancar - SPR
Semua ketua tempat mengundi telah memberikan kerjasama yang baik bagi memastikan kelancaran.
NASA bangunkan sistem rel terapung di permukaan bulan
FLOAT membabitkan pembangunan sistem rel terapung yang tidak memerlukan manusia untuk beroperasi menjelang 2030.
Bekas Pengarah Urusan MAS, Tan Sri Abdul Aziz meninggal dunia
Anak Allahyarham, Anita Azrina mengesahkan, Abdul Aziz meninggal dunia akibat komplikasi kanser esofagus.
Bellew pentingkan diri - Tokoh veteren industri penerbangan
Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines Berhad (MAB), Peter Bellew disifatkan mementingkan diri sendiri apabila mengambil keputusan meninggalkan syarikat penerbangan nasional itu.
Selamatkan rizab Melayu sebelum terlambat - Abdul Aziz
Penubuhan jawatankuasa itu nanti bukan untuk menidakkan hak kaum lain, tetapi perkara mengenainya telah dipersetujui Raja-Raja Melayu sebelum negara mengecapi kemerdekaan.
Ahli politik berkuasa gubal dasar diguna pakai pentadbir - Rahim Noor
Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor berkata, platform kuasa politik jelas bersumberkan kuasa rakyat dan datang daripada rakyat sendiri.
Badan Peguam tolak usul meminta permohonan maaf Christopher Leong
Mesyuarat Agung Tahunan Badan Peguam menolak usul untuk menarik balik kenyataan media Presiden Majlis Peguam, Christopher Leong.
Majlis peguam dicabar tegur anggota parlimen kerana hina mahkamah
Majlis Peguam perlu menegur anggota Parlimen dan pihak-pihak yang mempertikaikan keputusan Mahkamah Persekutuan berhubung kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Akta Hasutan 1948 perlu ditambah baik jamin perpaduan nasional - MPM
Pertubuhan bukan kerajaan, Majlis Perundingan Melayu (MPM), hari ini menggesa kerajaan mengekalkan Akta Hasutan 1948 dan ditambah baik kerana undang-undang itu perlu bagi sebuah negara majmuk.
Mubarak akan wujudkan kumpulan pemikir bantu BN menjelang PRU14
Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) akan mewujudkan kumpulan pemikir bagi membantu Barisan Nasional (BN) menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).
Kenapa 'buang' sampai 6,000 pekerja MAS? - Abdul Aziz
Apa asas pemberhentian 6,000 daripada 20,000 keseluruhan pekerja Malaysian Airline dalam pelan penstrukturan semula syarikat penerbangan itu yang diumum Jumaat lepas?