Tutup

Tengku Mahkota Kelantan langsung perkahwinan 19 April ini

Tengku Mahkota Kelantan langsung perkahwinan 19 April ini
Tengku Mahkota Kelantan Dr Tengku Muhammad Faiz Petra, 45, akan melangsungkan perkahwinan dengan warga Sweden Sofie Louise Johansson, 33, pada 19 April ini. - Foto BERNAMA
KOTA BHARU: Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Dr Muhammad Faiz Petra Ibni Sultan Ismail Petra, 45 tahun bakal menamatkan zaman bujangnya dengan wanita pilihan dari Sweden Cik Sofie Louise Johansson, 33 tahun.

Menurut Ketua Istiadat Istana Kelantan, Datuk Dr Tengku Mohamed Faziharudean Tengku Feissal majlis perkahwian diraja itu bakal dilangsungkan di Istana Balai Besar pada 19 April depan.

Majlis tersebut bagaimanapun akan diadakan secara sederhana dan tertutup.
Menurut Dr Tengku Mohamed Faziharudean, majlis akad nikah pasangan berkenaan akan dilakukan di Istana Balai Besar seterusnya majlis persandingan yang turuti diadakan di tempat yang sama.

Mufti Kelantan, Datuk Shukri Mohamed dijangka akan menyempurnakan majlis akad nikah pada malam 19 April nanti.
Dr Tengku Mohamed Faziharudean turut memaklumkan titah baginda supaya cenderamata sempena pernikahan baginda disumbangkan kepada badan amal dan kebajikan Kelantan.

Baginda juga meminta rakyat kelantan mendoakan supaya majlis perkahwinan baginda berjalan lancar dan dipermudahkan.



Tag: Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Dr Muhammad Faiz Petra Ibni Sultan Ismail Petra, menamatkan zaman bujang, Ketua Istiadat Istana Kelantan, Mufti Kelantan, Shukri Mohamed, Istana Balai Besar


Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.