Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengesahkan tiada amaran gelombang kedua dikeluarkan ketika ini berhubung kejadian ribut yang melanda beberapa negeri di utara semenanjung.

Menurut Ketua Pengarahnya Jailan Simon ketika dihubungi Astro AWANI, pemantauan daripada pihaknya masih dijalankan ketika ini.

Namun, tiada tanda gelombang kedua akan berlaku sepertimana yang tular di laman sosial ketika ini.

"Kejadian berserta dengan ribut petir itu dijangkakan berlaku sekali sahaja. Biasanya ia berlaku ketika Taufan Lekima itu mendarat ke daratan di Timur China," katanya.

Jelasnya, taufan di China itu dijangka berakhir dalam tempoh dua hari.

Bagaimanapun MetMalaysia akan terus memantau dan akan mengeluarkan sebarang amaran dari semasa ke semasa.

BACA: 100.8km sejam direkod, ekor Taufan Lekima punca ribut di utara Semenanjung - MetMalaysia