Tiada kenaikan tarif elektrik bagi semua kategori pengguna elektrik domestik ataupun komersial dan industri untuk tempoh Julai hingga Disember tahun ini, kata Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Yeo Bee Yin.
Beliau berkata berdasarkan mekanisme 'Imbalance Cost Pass Through' (ICPT), kos bahan api dan peningkatan kos penjanaan lain yang perlu dilepaskan kepada pengguna bagi tempoh sama berjumlah RM1.592 bilion melalui surcaj kepada pengguna, iaitu peningkatan sebanyak 0.39 sen/kwj.
Bagaimanapun, katanya untuk mengurangkan beban rakyat serta pihak komersial dan industri, kerajaan mengambil pelbagai langkah dengan mengurangkan kos yang perlu dilepaskan kepada pengguna.
"Kementerian melalui Suruhanjaya Tenaga telah membuat pelarasan ke atas hasil dan kos elektrik pada tahun 2018 dan 2019 di bawah 'Incentive-Based-Regulation' (IBR) berdasarkan peruntukan 'Regulatory Implementation Guidelines' (RIGs) dan berjaya mendapatkan jumlah penjimatan sebanyak RM336.70 juta.
"Kementerian juga mendapat kelulusan Kabinet untuk menyumbang subsidi kepada tarif elektrik melalui peruntukan dana daripada Kumpulan Wang Industri Elektrik (KWIE) sebanyak RM107.16 juta," katanya pada sesi soal jawab lisan persidangan Dewan Rakyat, pada Isnin.
Yeo menjawab soalan Datuk Hasbullah Osman (BN-Gerik) yang ingin tahu adakah kerajaan mengkaji semula tarif elektrik baharu berikutan pergerakan harga arang batu dan gas di pasaran antarabangsa yang merosot dalam beberapa bulan kebelakangan ini.
Yeo berkata meskipun harga pasaran bahan api mengalami penurunan kebelakangan ini, namun penetapan ICPT bagi Julai hingga Disember ini adalah berdasarkan harga purata bahan api bagi tempoh Januari hingga Jun lepas.
Beliau berkata kementerian itu sedang merangka Akta Kecekapan dan Konservasi sebagai langkah penggunaan tenaga dengan cekap sekali gus dapat menurunkan penggunaan elektrik dan menjimatkan bil elektrik.
Katanya satu sesi libat urus dan perbincangan dengan Ahli-ahli Parlimen akan diadakan bagi mendapatkan maklum balas mengenai akta tersebut.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 15 2019
Yeo berkata meskipun harga pasaran bahan api mengalami penurunan kebelakangan ini, namun penetapan ICPT bagi Julai hingga Disember ini adalah berdasarkan harga purata bahan api bagi tempoh Januari hingga Jun lepas. - Foto fail
Kru Shenzhou-18 berjaya masuk stesen angkasa Tiangong
Kru Shenzhou-18 China berjaya memasuki stesen angkasa Tiangong selepas kapal angkasa yang dinaiki mereka bercantum dengan kombinasi stesen angkasa secara automatik pada 5.04 pagi Jumaat.
Kemas kini Windows 11 papar iklan pada menu Start, bagaimana untuk matikannya?
Microsoft memberi ruang untuk pengguna Windows 11 menyembunyikan paparan iklan berkenaan.
AWANI Ringkas: Ketelusan boleh elak pembaziran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pemilik stesen minyak diminta lapor KPDN jika diancam sindiket
Beliau berkata KPDN akan merahsiakan maklumat diterima kerana sedar ada pemilik stesen minyak yang enggan membuat laporan walaupun diancam.
Indeks harga pengeluar Malaysia naik 1.6 peratus
Indeks Harga Pengeluar Malaysia yang mengukur perubahan harga barangan di peringkat pengeluar, meningkat 1.6 peratus pada Mac 2024.
Kadar penerimagunaan 5G hampir 36 peratus, liputan 80.3 peratus - Fahmi
Kadar penerimagunaan 5G di negara ini telah mencecah hampir 36 peratus setakat pertengahan bulan ini, manakala kadar liputan perkhidmatan itu telah mencapai 80.3 peratus pada Februari lepas.
Kontroversi UM: Mahasiswa tuntut penjelasan atau boikot kuliah
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya yang berang dengan tindakan Institut Pengajian China, Universiti Malaya (UM) menjemput individu pro-Zionis, akhirnya turun berdemonstrasi bagi menyuarakan bantahan dan akan memboikot kuliah pengajian jika tiada reaksi dari pihak pentadbiran UM.
Lima anggota polis disyaki samun berdepan tindakan dalaman
Lima anggota polis antara tujuh individu yang ditahan kerana disyaki terbabit dalam kes samun warga asing membabitkan wang tunai berjumlah RM260,000, berdepan tindakan dalaman antaranya pertukaran jabatan.
JKDM beli 20 anjing pengesan dadah libat kos RM1.9 juta
JKDM dalam proses perolehan 20 ekor anjing pengesan dadah serta tiga unit mesin pengimbas 'backscatter' dalam usaha perangi dadah.
Sultan Selangor berangkat ke majlis bacaan yasin, tahlil di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut.
Capai aspirasi sifar karbon menjelang 2050, tenaga nuklear diperlukan - Agensi Nuklear
Nuklear Malaysia tidak menolak kemungkinan bahawa penggunaan tenaga nuklear mungkin diperlukan bagi proses penjanaan tenaga menjelang 2050.
Malakoff Corp catat kerugian bersih suku ketiga RM109.42 juta
Malakoff Corp Bhd mencatatkan kerugian bersih RM109.42 juta pada suku ketiga berakhir 30 Sept 2023 berbanding keuntungan bersih RM66.54 juta setahun lepas.
UNWRA perlu 160,000 liter bahan api setiap hari untuk beroperasi di Gaza
Agensi Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) pada Jumaat berkata pihaknya memerlukan sebanyak 160,000 liter bahan api setiap hari di Gaza.
Hanya 1 peratus bantuan sampai ke penduduk Gaza
Situasi ini disebabkan kekurangan bahan api yang kritikal menyebabkan pengagihan makanan dan bekalan perubatan menjadi semakin sukar.
Hospital Gaza berhadapan risiko kehabisan bahan api - ActionAid
ActionAid Palestin merayu kepada masyarakat antarabangsa untuk bertindak segera menyalurkan bantuan bahan api ke Gaza.
Rusia sekat eksport petrol dan diesel
Rusia menghentikan eksport petrol dan diesel pada Khamis berkuat kuasa serta-merta bagi menstabilkan pasaran bahan api domestik.
Kebocoran radioaktif dikesan di kemudahan penyelidikan bahan api nuklear Jepun
JAEA mengesahkan kebocoran bahan radioaktif di satu kemudahan penyelidikan bahan api nuklearnya.
Sri Lanka mansuh sistem kuota bahan api
Stok bahan api yang mencukupi membolehkan penyediaan bekalannya di pasaran runcit dilaksanakan tanpa gangguan.
IATA gesa syarikat penerbangan di Asia Pasifik perkukuh kesediaan peralihan kepada SAF
Dasar dan insentif kerajaan adalah penting untuk menggalakkan peningkatan pengeluaran SAF.
Depot bahan api terbakar di selatan Rusia
Kebakaran besar berlaku di depot bahan api di selatan Rusia berhampiran semenanjung Laut Hitam Crimea, kata pihak berkuasa Rusia pada Rabu.