Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) berhasrat untuk memperoleh lebih banyak aset berkaitan maritim bagi mempertingkat tahap keselamatan negara.
Panglima TUDM Jeneral Datuk Seri Affendi Buang berkata rancangan untuk mendapatkan pesawat ronda maritim yang baharu itu adalah sebahagian daripada program pembangunan keupayaan TUDM.
"Program ini amat bergantung kepada dana, peruntukan kerajaan. Kami sedang menunggu bajet," katanya kepada Bernama pada Rabu.
Bagaimanapun beliau enggan memberi perincian aset yang TUDM berminat untuk peroleh, sambil menambah TUDM masih menimbangkan beberapa pilihan dan jenis pesawat ronda maritim yang terdapat di pasaran.
Portal dalam talian baru-baru ini memetik Affendi sebagai berkata TUDM masih mempertimbangkan beberapa pilihan untuk meningkatkan keupayaan pesawat ronda maritim yang kini dikendalikan pesawat Beechcraft B200T.
"Disebabkan faktor usia (23 tahun) dan bilangan serta keupayaan yang terhad, pesawat ronda maritim baharu yang lebih canggih dilengkapi sistem pengawasan dan peninjauan (ISR) dan keupayaan radar (SAR) sedang dinilai bagi menggantikan pesawat B200T," katanya dipetik oleh Shephard Media.
Affendi juga memberitahu Bernama di luar Pertunjukan Udara Paris ke-52 yang diadakan di Lapangan Terbang Le Bourget berdekatan Paris, Perancis baru-baru ini bahawa pemilikan aset baharu dan berkeupayaan tinggi adalah penting untuk pembangunan keupayaan susulan penubuhan Trilateral Maritime Patrol (TMP) antara Malaysia, Indonesia dan Filipina.
Pada 19 Jun, Malaysia dan kedua-dua negara berkenaan melancarkan TMP bagi memastikan ancaman militan seperti kumpulan Daesh tidak menggunakan Laut Sulu untuk masuk ke negara-negara ini, terutama selepas kumpulan itu menguasai bandar Marawi.
Pada masa ini 16 Skuadron yang berpangkalan di Pangkalan Udara Subang, dilengkapi empat Beechcraft Super King Air B200T Pesawat Ronda Maritim (MPA).
Bagaimanapun pada Disember 2016, satu daripada pesawat itu terhempas berhampiran pangkalan udara di Teluk Ayer Tawar berhampiran Butterworth, Pulau Pinang semasa melakukan latihan penerbangan, mengorbankan seorang juruterbang TUDM dan mencederakan tiga yang lain.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 29 2017
Panglima TUDM Jeneral Datuk Seri Affendi Buang berkata rancangan untuk mendapatkan pesawat ronda maritim yang baharu itu adalah sebahagian daripada program pembangunan keupayaan TUDM. - Foto BERNAMA
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
USM cipta rekod hasilkan kaligrafi Cina 2.68km
Penuntut USM cipta rekod dalam MBOR apabila menghasilkan penulisan kaligrafi Cina sepanjang 2.68 kilometer.
MITRA sudah belanja RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta tahun ini
Sebanyak RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah dimanfaatkan untuk pelbagai program.
Laporan Pasaran Labuan IBFC 2023 tunjukkan pemulihan kukuh, pertumbuhan luar biasa
Laporan Labuan IBFC 2023 mendedahkan pertumbuhan luar biasa wilayah itu yang menyumbang RM1.2 bilion kepada hasil fiskal Malaysia dan melepasi paras RM1 bilion buat pertama kalinya.
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Peruntukan tambahan RM200 juta diguna baiki kerosakan dalam rumah anggota tentera
Peruntukan tambahan RM200 juta bagi membaik pulih dan menyelenggara rumah anggota ATM, akan digunakan bagi pembaikan kerosakan rumah anggota.
Pasukan Starlight II selamat tiba di tanah air
Sepanjang tempoh operasi, Hospital Medan Malaysia telah merawat seramai 2,415 pesakit termasuk 83 kes pembedahan.
Abdul Rahman dilantik Panglima TLDM yang baharu
Datuk Abdul Rahman Ayob menggantikan Laksamana Tan Sri Mohd Reza Mohd Sany yang bersara wajib.
Tiada kompromi anggota terlibat jenayah, langgar disiplin - Panglima ATM
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengesahkan 20 anggotanya disiasat polis berhubung dua kes rompakan di Semporna, Sabah pada 15 dan 18 Ogos lepas.
SKN 2.0 dilancar, jadi dokumen strategi terkini ketenteraan
Panglima Angkatan Tentera melancarkan dokumen Strategi Ketenteraan Negara (SKN) 2.0 yang menjadi dokumen strategi terkini yang relevan, berkesinambungan dan praktikal.
Bajet 2023: Bajet pertahanan perlu ditingkatkan 1.5 peratus daripada KDNK - PAT
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memerlukan sekurang-kurangnya 1.5 peratus peruntukan daripada Keluaran Dalam Kasar Negara (KDNK) bagi memastikan kesiapsiagaan aset pertahanan pada tahap tertinggi.
LIMA bakal buat kemunculan semula secara besar-besaran tahun depan - Affendi
Malaysia yakin LIMA 2023 bakal menjadi acara paling popular di rantau ini selepas edisi terakhir LIMA atau LIMA 19.
DEFTECH, FNSS Turki lanjut kerjasama bekal kenderaan perisai kepada Malaysia
DEFTECH telah bekerjasama dengan FNSS sejak 2011, bermula daripada pembekalan AV8 Gempita kepada Tentera Darat Malaysia.
Perlu keseimbangan antara tugas utama ATM dan peranan dalam CIMIC - Panglima ATM
Pertimbangan sewajarnya juga diberikan untuk melaksanakan peranan menangani cabaran keselamatan bukan tradisional yang dihadapi negara.
Lebih 700 anggota, keluarga ATM terjejas banjir terima sumbangan kerajaan UAE
Panglima ATM Jen Tan Sri Affendi Buang berkata sumbangan berkenaan disampaikan Duta Emiriah UAE ke Malaysia, Khalid Ghanim Mohammad Al-Ghaith.