Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berhak untuk mengeluarkan apa sahaja kenyataan atau pendapat termasuk mengkritik kepimpinan Barisan Nasional (BN) dan menggelar mereka sebagai 'pencuri'.

Bagaimanapun, kata Pengerusi Lembaga Penasihat BN, Datuk Seri Najib Tun Razak, keputusan akhir terutama dalam memilih pemimpin yang akan mengetuai kepimpinan negara selepas Pilihan Raya Umum Ke-15m(PRU15) hanya berada di tangan rakyat.

Menurut beliau, rakyat Malaysia kini dilihat semakin sedar akan 'penipuan' yang dilakukan kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Dalam masa sama, bekas Perdana Menteri itu menyerahkan kepada rakyat untuk membuat keputusan terbaik demi masa depan negara.

"Saya tengok di FB (Facebook) sudah banyak ulasan rakyat, tak payah (untuk saya) buat ulasan, apa pun kuasa muktamad (di tangan) rakyat.

"Apa pun (pandangan) Tun M itu pendapat dia, tapi yang paling penting pendapat rakyat. Rakyat kini semakin sedar (mereka) punyai maklumat, rakyat boleh buat kesimpulan.

"Saaya tetap (serah) kepada keyakinan rakyat untuk buat keputusan tepat dan bijak untuk masa depan negara kita.

"Rakyat yang akan pilih, dia (rakyat) tak bergantung kepada pemimpin cakap tapi rakyat buat penilaian sendiri," tegas Najib.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menjayakan program Santai Bossku Bersama Masyarakat Parlimen Pokok Sena di Hutan Kampung, di sini pada Jumaat.

Najib mengulas kritikan Dr Mahathir yang menyuarakan rasa pelik dan tidak faham beliau atas sikap setengah pihak yang masih menyatakan sokongan kepada individu yang 'mencuri' wang rakyat dan sedang menghadapi kes pendakwaan di mahkamah.

BACA: Tun M pelik ada orang sanggup cium tangan pencuri


Sehubungan itu, Dr Mahathir menegaskan, gabungan PH tidak akan sam sekali kembali untuk membantu membersihkan pentadbiran kerajaan seperti ketika ini sekiranya rakyat Malaysia kembali menyokong BN dalam PRU akan datang.