Seorang wanita hamil empat bulan parah apabila kereta jenis Perodua Myvi yang dipandunya dirempuh dua kenderaan lain hingga menyebabkan mangsa terperangkap di dalam kenderaan di Kilometer 406 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara pagi ini.

Kemalangan itu berlaku kira-kira jam 4 pagi itu ketika laluan kedua-dua hala sesak akibat proses pembersihan dan pengalihan kenderaan kemalangan arah utara.

Malah ketika kejadian, keadaan cuaca hujan renyai selain jalan licin.

Rempuhan kuat itu menyebabkan petugas pembersihan lebuhraya, Peronda Plus dan anggota trafik bergegas ke kenderaan mangsa selepas mendapati wanita itu tersepit.

Mangsa kemudian berjaya dikeluarkan dengan selamat sebelum dhantar ke Hospital Kuala Kubu Baru.

Sementara itu, dua pemandu kenderaan pacuan empat roda dan Toyota Vios mengalami cedera ringan.