Seorang warga Bangladesh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas dua tuduhan memberi rasuah kepada pihak berkuasa supaya tidak dikenakan tindakan kerana mengusahakan kebun sayur di Cameron Highlands, tiga tahun lalu.
Pengakuan Rayhan Shahid, 45, direkodkan di hadapan Hakim Mohd Ghazali Mohamad Taib selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan dalam Bahasa Melayu.
Tertuduh yang berasal dari Bogra, Bangladesh didakwa memberi suapan RM5,000 kepada Timbalan Komander Operasi Medan Ops Gading, Sanifah Yusof, 41, sebagai dorongan untuk tidak dikenakan tindakan penguatkuasaan kerana mengusahakan kebun di Lembah Bertam, Cameron Highlands.
Kesalahan itu didakwa dilakukan pada pada 11 malam, 13 Mei 2015 di Coffee House Hotel Heritage di Jalan Gereja dan pada 10.15 malam, 21 Mei 2015 di Restoran Strawberry Park Resort di Tanah Rata, Cameron Highlands.
Bagi kesalahan itu, tertuduh yang bertubuh tinggi didakwa mengikut Seksyen 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama, memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda atau RM10,000, yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Pada prosiding itu, Timbalan Pendakwa Raya SPRM Siti Sarah Zainal Abiddin memohon jaminan tidak diberikan terhadap tertuduh atas alasan bukan warganegara, namun jika mahkamah ingin menggunakan budi bicaranya, jaminan yang ditawarkan ialah RM10,000 bagi setiap pertuduhan.
Bagaimanapun, peguam Muhammad Zakuan Mokhtar merayu jaminan diberikan kerana anak guamnya telah memberikan kerjasama sepenuhnya sejak siasatan bermula pada Julai 2015, selain telah menjelaskan jaminan RM30,000 kepada SPRM.
"Setiap bulan, tertuduh yang mempunyai dua orang anak berusia enam dan empat tahun serta seorang isteri yang tidak bekerja akan ke pejabat SPRM di Ipoh, Perak yang terletak kira-kira 70 kilometer dari kediamannya untuk menyambung jaminan.
"Dalam tempoh tiga tahun ini, tertuduh juga telah 10 kali pulang ke kampung asalnya di Bangladesh. Dia merupakan anak lelaki sulung dalam keluarga dan mempunyai tiga orang kakak, dengan dua daripadanya menghidap kencing manis, darah tinggi dan penyakit jantung.
"Bagaimanapun, tertuduh tetap pulang ke negara ini dan seterusnya melaporkan diri ke pejabat SPRM. Dia dimaklumkan akan didakwa di mahkamah menerusi surat pada 1 Ogos lalu, namun masih tidak melarikan diri dan tetap berhadapan dengan tindakan undang-undang," katanya.
Mohd Ghazali membenarkan jaminan sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin bagi kedua-dua pertuduhan dengan syarat pasport perjalanan tertuduh diserahkan kepada mahkamah dan menetapkan sebutan semula kes pada 17 Okt depan.
Tertuduh menjelaskan jaminan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 26 2018
Rayhan Shahid dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuantan oleh pegawai SPRM atas tuduhan memberi rasuah berupa wang tunai kepada Timbalan Komander Operasi Ops Gading di Cameron Highlands, 26 Sept, 2018. --fotoBERNAMA
Ruhainies mohon maaf kepada Bella Astillah, luah hasrat untuk bertemu
"Dengan rasa rendah hati, saya ingin mohon maaf kepada Bella Astillah atas segalanya yang telah berlaku."
Universiti perlu tapis aktiviti namun tidak sehingga ganggu keterbukaan, autonomi - Pakar
Abu Hafiz berpandangan ia perlu dilaksana bagi mengelakkan kontroversi khususnya membabitkan isu sensitif serta polisi negara.
'Man Kubur' tolak rasa malu, teruskan legasi ayah hasilkan kepok kubur
Dikman mengakui minat terhadap pembuatan kepok timbul sejak di bangku sekolah rendah lagi apabila sering membantu bapanya di bengkel.
UTM lancar Hab Malaysia Erasmus+
Ia bermatlamat meningkatkan kerjasama antara universiti dan diplomat yang mampu memberi panduan kepada pihak dalam sektor pendidikan tinggi.
Ancaman bom: Pusat Kargo KLIA gempar ancaman bom, rupanya laptop
Pusat Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) gempar apabila mesin pengimbas menerima bungkusan tertera ayat ancaman bom, pada Khamis
WFP: Utara Gaza diancam kebuluran kritikal
Timbalan Pengarah Eksekutif Program Makanan Sedunia (WFP), Carl Skau, menegaskan perlunya lebih banyak akses bantuan untuk mengatasi masalah kebuluran yang kritikal di utara Gaza.
Tentera AS mula pembinaan jeti sementara di Gaza
Tentera Amerika Syarikat memulakan pembinaan jeti sementara bagi penghantaran bantuan ke Gaza, diumumkan oleh Setiausaha Akhbar Jabatan Pertahanan, Patrick Ryder.
Kekejaman zionis: Penemuan kubur besar di Hospital Gaza perlu disiasat
Pasukan pertahanan awam Palestin gesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyiasat penemuan hampir 400 mayat dari kubur besar di hospital di Gaza selepas tentera Israel meninggalkan fasiliti kesihatan itu.
Israel perlu dikenakan sekatan senjata dan minyak tanpa syarat
Wakil Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Francesca Albanese, menyeru sekatan senjata dan minyak tanpa syarat dikenakan ke atas Israel, susulan tindakan rejim itu melanggar undang-undang antarabangsa.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Suhu cecah 42 celsius, Bangladesh tutup semua sekolah sehingga Sabtu
Untuk rekod, ini merupakan tahun kedua berturut-turut pihak berkuasa Bangladesh mengambil langkah sama akibat cuaca ekstrem.
Umat Islam di Bangladesh, India dan Pakistan mula berpuasa pada Selasa
Arab Saudi mengumumkan anak bulan kelihatan pada Ahad dan Isnin merupakan hari pertama Ramadan.
Bangladesh hantar pulang 330 warga Myanmar
Bangladesh menghantar pulang kira-kira 330 warga Myanmar yang mencari perlindungan di negara itu, di tengah-tengah konflik di sempadan.
Menteri Luar India, Bangladesh bincang situasi di Myanmar
Menteri Luar India dan Bangladesh mengadakan perbincangan berhubung situasi di Myanmar.
Lebih ramai Rohingya lari ke Bangladesh susulan pertempuran etnik di Myanmar
Ramai telah menyeberang ke kem pelarian Rohingya di tenggara Cox's Bazar yang menempatkan kira-kira 1.2 juta komuniti Islam dari Myanmar.
Hari pertama 2024, ratusan warga asing di Brickfields 'digempur' Imigresen
Dalam serbuan itu, seramai 370 warga asing telah diperiksa manakala lebih 100 daripada mereka didapati melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63.
1,000 polis serbu 'mini Dhaka'
Seramai 1,000 anggota dan pegawai polis dari Pasukan Gerakan Am (PGA) menggempur 'mini Dhaka' di Jalan Silang di sini, pada Khamis.
Runtuhan gudang: Mangsa tiada caruman Perkeso, KSM akan ambil tindakan terhadap majikan
Kegagalan majikan mendaftar dan membayar caruman pekerja asing itu jelas melanggar Seksyen 6, Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4).
Syarikat Malaysia dapat tawaran RM125 juta melalui misi Matrade ke India, Bangladesh
Syarikat Malaysia telah mendapat tawaran perniagaan bernilai RM125 juta melalui misi pecutan eksport (EAM) baru-baru ini ke India dan Bangladesh.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.