Cukai jualan mesti dipulihkan jika Pakatan Harapan berhasrat menghapuskan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), kata bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menurutnya, perkara ini boleh diselesaikan melalui cara yang tidak memudaratkan rakyat dan sektor kewangan kerajaan..

“Jika kami ingin hapuskan GST, kami mesti memulihkan cukai jualan. Tetapi semua proses yang dilakukan oleh kerajaan perlu dilaksanakan secara berperingkat. Jika kami hapuskannya secara tiba-tiba dan kami tidak mempunyai sumber pendapatan, ia akan memudaratkan kerajaan.

“Dahulu, dengan petroleum, ketika kami terpaksa menaikkan harga petrol, kami melakukannya secara berperingkat supaya tidak menjejaskan rakyat.

Dr Mahathir, yang merupakan pengerusi Pakatan Harapan, sebelum ini mengumumkan Pakatan Harapan akan menghapuskan pelaksanaan GST dalam tempoh 100 hari jika parti itu berjaya mengambil alih pentadbiran negara.

Dr Mahathir bercakap pada forum "Insight Talk - Saving Malaysia: Friends and Foes" anjuran Malaysan Insight pada Rabu.

Turut hadir pada program tersebut ialah penasihat DAP Lim Kit Siang.