Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan mana mana-mana individu yang keluar dari parti lawan, tidak akan akan diterima sebagai anggota dalam parti Pakatan Harapan (PH).

Jelasnya, bagaimanapun mereka hanya akan diterima sebagai individu yang menyokong kerajaan tanpa keanggotaan dengan parti.

"Saya nampak ramai orang dari parti lawan yang kalah, mereka ini mahu masuk parti dalam Pakatan Harapan, tetapi rakyat tidak boleh terima orang daripada UMNO dan parti lain," katanya dalam sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana, di sini hari ini.

Kata beliau, langkah itu bagi memastikan PH tidak nampak serupa dengan kerajaan sebelum ini.


"Jadi mereka tidak harus diterima jadi ahli (PH) walau mereka sudah isytihar keluar dari parti mereka dan mereka boleh jadi secara individu sokong kerajaan, tetapi takkan jadi ahli, sebab ini takkan di pandang baik sebab kita tak nak ia mempengaruhi kerajaan baharu ini. Kita juga tidak mahu kerajaan baharu ini nampak seperti kerajan lama juga," tambahnya.

Kekalahan Barisan Nasional (BN) kepada Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum ke-14 lalu menyebabkan ada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan anggota parti itu bertindak lompat parti.