HANYA Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak tahu bila pembubaran Parlimen dan tarikh diadakan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Bagaimanapun, pelbagai andaian mengenai tarikh ibu segala pilihan raya itu sudah banyak tersebar dan menjadi topik utama di kedai kopi.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini membayangkan PRU14 akan diadakan tahun depan, secara rasminya menamatkan spekulasi ia akan diadakan tahun ini.
Ahmad Zahid juga orangnya yang memberitahu, PRU14 akan diadakan selepas Tahun Baru Cina yang akan disambut pertengahan Februari depan.
Ia hanya sandaran waktu, di mana realitinya, adakah UMNO sendiri sudah bersedia untuk berhadapan perang paling besar dalam sejarah politik negara ini?
Dengan penambahan jutaan pengundi baharu kali ini, nasib UMNO sebenarnya tidak boleh ditentukan lagi di atas kertas.
Kira-kira atau congaknya masih kabur dan formula yang dibentang 'Panglima Siber UMNO' sendiri tidak boleh dijadikan ukuran kemenangan besar UMNO dan Barisan Nasional (BN).
Persoalannya, adakah BN sebagai parti pemerintah akan diterima oleh pengundi baharu atau pengundi kali pertama pada PRU14?
Pastinya amat sukar untuk menentukan parti politik manakah yang akan menjadi pilihan pengundi kali pertama ini.
Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin, sebelum ini menganggarkan seramai lima juta pengundi muda bakal mengundi buat kali pertama pada PRU14.
Jadi, sangat penting bagi pemimpin UMNO di semua peringkat untuk mendekati mereka.
Sejarahnya pada pilihan raya umum (PRU) 2008, terdapat 600,000 pengundi muda dan pada PRU13 ia meningkat kepada tiga juta orang.
Jumlah kerusi Parlimen yang dikuasai pakatan pembangkang pada 2013 pula hanya 89 kerusi berbanding 133 dimenangi BN.
Sedarkah, bilangan kerusi diperlukan pakatan pembangkang pada PRU13 sebenarnya hanya 23 kerusi lagi untuk membentuk kerajaan dan itu sebenarnya satu amaran untuk BN serta UMNO agar tidak lena dibuai oleh andaian kemenangan pada PRU akan datang.
Angka itu mungkin menurun atau melonjak bergantung sepenuhnya kepada usaha BN atau pembangkang sendiri untuk menarik pengundi pertama kali bersama mereka.
Kerisauan itu jika disedari diterjemahkan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak, di dalam blognya yang meminta seluruh rakyat, terutama golongan muda yang layak mengundi, mendaftar sebagai pemilih bagi menentukan pemerintahan kerajaan pada masa depan.
Salleh mengingatkan, adalah menjadi tanggungjawab rakyat kepada negara untuk memilih kerajaan yang akan memerintah negara bagi lima tahun ke hadapan.
Sebelum ini, Najib sendiri menyatakan, sehingga 31 Mac lepas, masih terdapat 3.7 juta rakyat yang belum mendaftar sebagai pengundi daripada 18 juta rakyat yang layak mengundi.
Secara keseluruhan, daftar pengundi terbaharu menunjukkan sejumlah 14,622,640 orang layak mengundi dalam PRU14.
Ini berbanding cuma 13,291,385 pengundi dalam PRU13. Daripada sudut perbandingan secara tradisional dan konservatif, pertambahan pengundi keseluruhan adalah seramai 1,331,255 orang.
Namun daripada analisis data, pertambahan pengundi sebenar adalah 2,179,572 dengan 1,965,813 daripada mereka setakat ini adalah pengundi kali pertama yang bakal mengundi nanti.
Jika diimbas kembali, dalam sejarah pilihan PRU Malaysia, telah dicatatkan berlaku dua 'tsunami' yang telah mengubah senario politik negara.
Kali pertama pada PRU12 (2008) dan kali kedua pada PRU13 (2013).
Walaupun BN ditunjangi UMNO kekal memerintah, namun sebenarnya parti itu kehilangan majoriti dua pertiga di Parlimen, itu tidak boleh dinafikan.
Selain gagal merampas kembali Kelantan yang terus berada dalam genggaman PAS sejak 1990, BN juga kehilangan Kedah, Perak (untuk tempoh 11 bulan), Selangor dan Pulau Pinang dalam PRU12.
Dalam PRU13 pula, Kedah kembali dikuasai manakala Selangor dan Pulau Pinang kekal di tangan Pakatan Rakyat yang kini berpecah menjadi Pakatan Harapan.
Jangan jadikan kemenangan UMNO hasil keruntuhan pembangkang atau kegagalan pihak lain dalam mengaut sokongan politik parti mereka.
Jadikan kejayaan UMNO pada PRU14 bukti padu parti Melayu itu mendapat sokongan 100 peratus dan bukan hasil umpanan hasil berbentuk kewangan atau projek yang berkiblatkan keuntungan poket pemimpin parti semata-mata.
Paling penting, masanya pasti akan tiba untuk UMNO masuk gelanggang demi membuktikan kekuatan parti.
Ia memerlukan ahli dan pemimpin UMNO sentiasa bermuhasabah diri, bukan hanya pandang 'sembang kencang', sedar kedudukan semasa parti, mencari sokongan akar umbi dan bukan merajuk jika tidak terpilih menjadi calon pada PRU nanti.
* Wan Syamsul Amly merupakan wartawan penyiaran kanan di Astro AWANI dan lulusan Pusat Pengajian Perang Saraf Media dan Informasi (CMIWS) UiTM.
** Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan Astro AWANI.
Wan Syamsul Amly
Wed Dec 06 2017
Adakah BN sebagai parti pemerintah akan diterima oleh pengundi baharu atau pengundi kali pertama pada PRU14? - Gambar fail
UTM lancar Hab Malaysia Erasmus+
Ia bermatlamat meningkatkan kerjasama antara universiti dan diplomat yang mampu memberi panduan kepada pihak dalam sektor pendidikan tinggi.
Ancaman bom: Pusat Kargo KLIA gempar ancaman bom, rupanya laptop
Pusat Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) gempar apabila mesin pengimbas menerima bungkusan tertera ayat ancaman bom, pada Khamis
WFP: Utara Gaza diancam kebuluran kritikal
Timbalan Pengarah Eksekutif Program Makanan Sedunia (WFP), Carl Skau, menegaskan perlunya lebih banyak akses bantuan untuk mengatasi masalah kebuluran yang kritikal di utara Gaza.
Tentera AS mula pembinaan jeti sementara di Gaza
Tentera Amerika Syarikat memulakan pembinaan jeti sementara bagi penghantaran bantuan ke Gaza, diumumkan oleh Setiausaha Akhbar Jabatan Pertahanan, Patrick Ryder.
Kekejaman zionis: Penemuan kubur besar di Hospital Gaza perlu disiasat
Pasukan pertahanan awam Palestin gesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyiasat penemuan hampir 400 mayat dari kubur besar di hospital di Gaza selepas tentera Israel meninggalkan fasiliti kesihatan itu.
Israel perlu dikenakan sekatan senjata dan minyak tanpa syarat
Wakil Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Francesca Albanese, menyeru sekatan senjata dan minyak tanpa syarat dikenakan ke atas Israel, susulan tindakan rejim itu melanggar undang-undang antarabangsa.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Israel dakwa Hamas tarik diri daripada rundingan bebas tebusan
Israel dakwa Hamas tarik diri daripada rundingan pembebasan tebusan menyebabkan usaha menamatkan krisis di Gaza gagal.
Suhu cecah 42 celsius, Bangladesh tutup semua sekolah sehingga Sabtu
Untuk rekod, ini merupakan tahun kedua berturut-turut pihak berkuasa Bangladesh mengambil langkah sama akibat cuaca ekstrem.
[TERKINI] Pendaftaran kapal misi di negara lain mungkin memakan masa
Mengulas penangguhan sekali lagi misi pelayaran Break The Siege Freedom Flotilla To Gaza , Profesor Hubungan Antarabangsa Di Fakulti Undang-Undang Dan Hubungan Antarabangsa Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA), Prof Dr Mohd Afandi Salleh berpandangan, proses pendaftaran baharu bagi sesebuah kapal di negara lain mungkin akan memakan lebih banyak masa.
KJ puas hati Lokman Adam minta maaf, setuju bayar pampasan
Dakwa plaintif, kenyataan fitnah dalam saman itu membawa maksud antaranya beliau menipu orang ramai dengan mendakwa telah diberi vaksin COVID-19.
Keluar Sekejap ambil alih podsiar Jugador TV, rancang terus perluas empayar
Keluar Sekejap mengumumkan pengambilalihan podsiar luar pertama, iaitu Jugador TV.
KJ akhirnya dapat isi PADU selepas identiti dicuri
Khairy Jamaluddin akhirnya berjaya mendaftar dalam sistem PADU selepas mendakwa akaunnya telah didaftarkan oleh individu yang tidak dikenali.
Kes saman KJ terhadap Jamal Yunos diteruskan
Kes saman fitnah bekas Khairy Jamaluddin terhadap Datuk Seri Jamal Md Yunos, berhubung satu kenyataan media ketika PAU 2022 akan diteruskan di Mahkamah Tinggi pada Selasa.
Selepas DJ, Khairy jadi model pula
KJ kini menjadi model untuk sebuah produk minuman tempatan dan baju Melayu untuk sebuah syarikat pengeluar pakaian raya terkemuka.
Pempengaruh diingatkan hati-hati kendali podcast - Fahmi
Kerajaan akan melakukan pemantauan dari semasa ke semasa serta meneliti sebarang tindakan sekiranya perlu terhadap mereka yang membuat kandungan kurang membina.
‘On a serious note? Habis tadi tu tak serius?’... Rafidah minta KJ, Shahril 'tebalkan telinga'
KJ, Shahril sampai terkedu dengan jawapan 'savage' Tan Sri Rafidah. Ikuti kompilasi menarik dari podcast #KeluarSekejap episod ke-79 ini...
Akta Parlimen Berpenggal tidak demokratik - Khairy
Khairy berkata, cadangan Ahmad Zahid tidak demokratik tetapi jika ia usul seperti yang berlaku di UK, perkara itu boleh diperbincangkan.
Ganja dalam perubatan: Khairy serah kepada Menteri Kesihatan baharu
Keputusan sama ada penggunaan ganja dalam perubatan diteruskan atau tidak, diserahkan kepada Menteri Kesihatan yang baharu dilantik Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
COVID-19: Kes baharu cecah paras tertinggi tahunan, KJ dan Kian Ming saran lima langkah
Kes baharu cecah paras tertinggi tahunan iaitu 29,129 kes pada 11 Disember 2023, satu trend yang turut disaksikan di peringkat serantau dan global.