Pemimpin Barisan Nasional (BN) dan UMNO malam ini mengorak langkah memulakan siri Ceramah Rakyat bagi menjelaskan kepada masyarakat mengenai isu-isu semasa termasuk yang dibangkitkan pembangkang.
Sesi pertama yang berlangsung di Taman Bunga Raya, Bukit Beruntung di sini menyaksikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Pengarah Komunikasi BN Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan dan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tan Sri Noh Omar turun padang.
Turut berbuat demikian Presiden Gerakan Datuk Seri Mah Siew Keong dan Timbalan Presiden MIC Datuk Seri S.K. Devamany.
Antara perkara yang disentuh Abdul Rahman ialah sabotaj ekonomi yang cuba dilakukan pihak tertentu termasuk dengan melempar tuduhan terhadap syarikat berkaitan kerajaan, selain usaha menjatuhkan kerajaan.
"Saya mahu ingatkan pembangkang jangan sabotaj ekonomi negara kerana akhirnya ia akan merugikan rakyat," katanya pada Ceramah Rakyat bertema 'Negaraku, Generasiku' itu.
Abdul Rahman menegaskan tindakan perlu diambil terhadap pihak yang cuba mensabotaj ekonomi negara yang menurutnya boleh memudaratkan negara dan rakyat.
Noh pula memperkatakan tentang kegagalan tadbir urus negeri Selangor termasuk dari segi penyelenggaraan prasarana rumah kos rendah, pengurusan sampah, bekalan air dan wabak denggi.
Beliau menarik perhatian bahawa BN banyak membantu negeri Selangor sekarang walaupun ia bukan di bawah teraju BN, demi membantu rakyat negeri itu.
Perkara sama turut diperjelas Mah dan Devamany yang antara lain meminta rakyat supaya jangan mudah terpedaya dengan putarbelit pembangkang termasuk mengenai ekonomi.
Sesi ceramah itu akan diperluas ke negeri-negeri lain.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 26 2017
Abdul Rahman Dahlan akan memulakan sesi pertama yang berlangsung di Taman Bunga Raya, Bukit Beruntung. - Gambar fail
Laporan Pasaran Labuan IBFC 2023 tunjukkan pemulihan kukuh, pertumbuhan luar biasa
Laporan Labuan IBFC 2023 mendedahkan pertumbuhan luar biasa wilayah itu yang menyumbang RM1.2 bilion kepada hasil fiskal Malaysia dan melepasi paras RM1 bilion buat pertama kalinya.
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Polis serbu pejabat 'Save the Children' di Guatemala
Polis Guatemala melakukan serbuan mengejut ke atas pejabat-pejabat Pertubuhan Save the Children di pelbagai lokasi di negara itu. Ia bagi mencari bukti dakwaan pertubuhan yang memperjuangkan kebajikan kanak-kanak itu, terlibat dalam jenayah penderaan terhadap golongan itu.
LIMA '25 dianjurkan pada 20-24 Mei tahun depan
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LlMA ‘25) akan dianjurkan pada 20 hingga 24 Mei tahun depan bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Malaysia komited tingkat hubungan dua hala bersama Libya
Malaysia terus komited mempertingkatkan hubungan dua hala yang berterusan bersama Libya demi manfaat bersama dalam pelbagai sektor.
Demi rakyat, Zahid-Muhyiddin henti saman fitnah
Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersepakat untuk menamatkan pertikaian peribadi antara mereka.
Sultan Selangor berangkat ke Majlis Bacaan Yassin di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut di Perak bagi menghadiri Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Khutbah Khas sempena Sambutan Hari TLDM ke-90.
Bukan koman-koman, PRK Kemaman disifatkan ''battle of honour''
Pilihan Raya Kecil Kemaman disifatkan sebagai battle of honour yang menjadi medan penting untuk menilai dinamik dan landskap politik negara.
PRK Pelangai: Peluang PN, BN menang setara - Takiyuddin
Takiyuddin optimis PN mempunyai kelebihan, impak daripada strategi pecutan akhir yang dilakukan parti itu.
Kalau BN kalah PRK Pelangai, PH kena bertanggungjawab - Mohamad Sabu
Menjadi tanggungjawab jentera PH memastikan kemenangan calon BN di PRK Pelangai.
PRK Pelangai: Bapa ingatkan Amizar jangan tabur janji bulan bintang
"Usah berjanji bulan bintang semata-mata untuk meraih undi", itu pesan bapa kepada calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai Datuk Amizar Abu Adam.
BN hilang 27,000 undi Melayu pada PRK - Isham Jalil
BN kehilangan 27,000 undi Melayu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram yang berlangsung pada Sabtu.
PRK: PH mungkin hilang Simpang Jeram jika undi BN beralih - KJ
Khairy Jamaluddin tidak menolak kemungkinan Pakatan Harapan (PH) hilang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram.
'UMNO bertanding sendiri, itu pandangan peribadi saya' - Azalina
Azalina berkata, kenyataannya berkenaan UMNO boleh menimbang bertanding atas tiket sendiri pada pilihan raya selepas ini berbanding menggunakan logo BN adalah pandangan peribadinya.
Pasca PRN Selangor: Perang sudah tamat, kini masa berkhidmat untuk rakyat
Persoalan siapa memiliki 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor telah berakhir dan mandat telah diberikan rakyat kepada pemimpin yang dipilih.
Saarani nafi keluar kenyataan ada perubahan 'besar' jika BN tidak diangkat MB Negeri Sembilan
Saarani berkata perbuatan mewujudkan kenyataan palsu itu langsung tidak membawa sebarang manfaat kepada negara serta rakyat.
Usaha PM bangunkan negara tidak harus ternoktah dengan keputusan PRN - Pemuda UMNO Kota Raja
Mohd Zaffarollah menegaskan biarpun UMNO mengalami kekalahan teruk, namun ia tidak seharusnya mengubah apa-apa keputusan menyertai Kerajaan Perpaduan.