Pakatan Harapan (PH) yakin kemelut politik yang sedang berlaku di Sabah tidak memberi kesan kepada sokongan rakyat terhadap gabungan blok pembangkang itu.
Pengerusinya, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, ini kerana rakyat sudah ‘lali’ dengan ‘sepak terajang’ politik selain percaya rencah percaturan pemimpin atasan tidak semestinya mewakili aspirasi rakyat.
“Tidak, sebab perubahan begini, rakyat faham, mandat (yang) diberikan, macam-macam pengkhianatan dan sekarang kerajaan PN (Perikatan Nasional) tetapi kita masih bangkit soal mandat rakyat, masih mandat rakyat.
“Ini soal sepak terajang politik di kalangan ahli parlimen dan pimpinan itu tidak semestinya mewakili aspirasi rakyat. Dan kadang-kadang orang salah telahan bahawa percaturan politik golongan kelompok atasan itu mewakili aspirasi rakyat. Itu tidak semestinya,” kata Anwar.
BACA: Musa Aman dakwa dapat sokongan majoriti bentuk Kerajaan Sabah baharu
BACA: Sabah berdepan pilihan raya mengejut?
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas program jelajah Presiden PKR ke Melaka di Ayer Keroh, malam Rabu.
Terdahulu, beliau mengulas dakwaan bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman yang mendedahkan mempunyai jumlah wakil rakyat yang cukup untuk membentuk sebuah kerajaan baharu di negeri itu.
Dalam sidang media tergempar yang dibuat di rumahnya pada petang Rabu, Musa berkata, pihaknya akan membentuk gabungan baharu yang menyokong PN.
Mengulas lanjut, Anwar yang juga Presiden PKR berkata, PH masih menyokong kerajaan Sabah di bawah pimpinan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal selain turut mengikuti rapat perkembangan suasana politik negeri itu.
Tambah Ahli Parlimen Port Dickson itu, PKR juga tidak teragak-agak mengambil tindakan tegas terhadap pemimpin parti sekiranya terbukti bersekongkol menumbangkan kerajaan Parti Warisan Sabah (Warisan).
Shuhada Abdul Kadir
Wed Jul 29 2020
Anwar yang juga Presiden PKR berkata, PH masih menyokong kerajaan Sabah di bawah pimpinan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal. - Foto ihsan media DSAI
Strok haba: Kerajaan Thailand nasihatkan kumpulan berisiko tinggi supaya tidak keluar rumah
Kanak-kanak, pesakit dan golongan tua diingatkan mengelak daripada terlibat dalam aktiviti di luar bangunan selepas strok haba meragut sekurang-kurangnya 30 nyawa di Thailand.
KKM kekal keputusan pinda Akta Perubatan 1971
KKM kekal dengan keputusan untuk meminda Akta 50 bagi menangani jurang antara PPP dan Program Sarjana Perubatan tempatan biarpun mendapat bantahan sesetengah pihak.
Malaysia-China bincang perkukuh kerjasama sektor pendidikan tinggi
Sempena sambutan Ulang Tahun ke-50 Hubungan Diplomatik, Malaysia dan China bincang inisiatif strategik perluas dan perkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua delegasi diminta pulang, FFC akan maklumkan tarikh baharu misi
Freedom Flotilla Coalition tidak dapat meneruskan misi penghantaran bantuan ke Gaza untuk kali ini.
Biden rancang untuk berdebat dengan Trump
Sebelum ini, Biden tidak komited untuk berdebat dengan lawannya, Trump.
Pesta Kaamatan 2024 dilancar pada 1 Mei di Ranau, Sabah
Sambutan perayaan Pesta Kaamatan 2024 akan dilancarkan pada 1 Mei di Ranau dan diadakan sambutan di peringkat daerah, di Sarawak dan Semenanjung.
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
USM cipta rekod hasilkan kaligrafi Cina 2.68km
Penuntut USM cipta rekod dalam MBOR apabila menghasilkan penulisan kaligrafi Cina sepanjang 2.68 kilometer.
Pihak dikaitkan dalam laporan berkaitan lesen kasino perlu ambil tindakan - PM Anwar
Laporan yang memetik satu sumber itu berkata perbincangan mengenai pemberian lesen itu masih di peringkat awal.
Tiada kasino akan beroperasi di Johor - Onn Hafiz
Onn Hafiz berkata khabar angin yang tular itu berunsur sabotaj dan berniat jahat untuk mencemar imej Forest City dan Johor secara keseluruhannya.
MOT, Khazanah, MAG perlu perkukuh tadbir urus MAB - PM Anwar
Jelas Anwar lagi, pengurusan syarikat penerbangan yang baik juga akan memberi manfaat kepada kakitangan melalui gaji yang setimpal dengan perkhidmatan mereka.
Kontroversi UM: Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Anwar menyindir ahli akademik AS yang terbabit dalam kontroversi pro-Israel sebagai sarjana berkualiti rendah dan tidak mempunyai pencapaian luar biasa atau istimewa.
Terdapat keperluan tambah bilangan wanita isi jawatan KSU, KP - PM Anwar
Anwar berkata jumlah pimpinan wanita sedia ada tidak mencerminkan jumlah keseluruhan 42 peratus golongan itu yang terlibat sebagai pembuat keputusan dalam perkhidmatan awam ketika ini.
PM nafi kerajaan beri lesen kasino di Forest City
Perdana Menteri menafikan laporan yang mendakwa kerajaan akan mengeluarkan lesen untuk pengoperasian kasino di Forest City, Johor.
SSPA terbaik pernah diperkenalkan kerajaan - PM Anwar
Beliau berkata, usaha tersebut diharap dapat menjadi motivasi buat penjawat awam untuk meningkatkan produktiviti, dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.
Sultan Selangor adakan pertemuan dengan PM Anwar di Seri Perdana
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat ke kediaman rasmi Perdana Menteri di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya.
Agong berkenan meriahkan Majlis Sulaman Kasih Aidilfitri Kementerian Perpaduan
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan memeriahkan Majlis Sulaman Kasih Aidifitri Kementerian Perpaduan Negara.
PM Anwar meriahkan sambutan ulang tahun ke-15 UKAS
Perdana Menteri menyantuni Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) di bawah Jabatan Perdana Menteri, yang menyambut ulang tahun ke-15 mereka.