Polis Sabah menerima 199 laporan membabitkan pelbagai kesalahan sepanjang kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah bermula 12 September lalu hingga semalam, kata Pesuruhjaya Polis Negeri, Datuk Hazani Ghazali.
Beliau berkata daripada jumlah laporan tersebut, sebanyak 62 kertas siasatan telah dibuka dan hasil siasatan akan dirujuk ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan lanjut.
"Antara kesalahan adalah di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan (Khianat), Seksyen 500 Kanun Keseksaan (Fitnah), Seksyen 385 Kanun Keseksaan (Pemerasan), Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia, Seksyen 25 (1) (i) Peraturan-Peraturan Pendaftaran (Menggunakan Kad Pengenalan Orang Lain Untuk Mengundi)," katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini
Hazani juga menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua yang telah bertungkus lumus untuk memastikan proses PRN Sabah dapat diadakan dengan lancar hari ini.
"Biar siapa pun mendapat mandat rakyat, polis Sabah kekal bersikap berkecuali dalam memastikan ketenteraman, keselamatan dan kesejahteraan negeri Sabah," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 26 2020
Sebanyak 62 kertas siasatan telah dibuka dan hasil siasatan akan dirujuk ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan lanjut.
China sokong Malaysia untuk dapatkan pembangunan yang sesuai dan mainkan peranan dalam arena antarabangsa
China akan memberikan sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mempromosikan prinsip Malaysia MADANI dalam tadbir urus.
Perasuah semakin licik, perlu sokongan semua pihak terutama media - Azam Baki
Rasuah merupakan jenayah yang unik sifatnya pada masa kini dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memerlukan sokongan daripada semua pihak khususnya media untuk membanterasnya.
KJ tak terfikir untuk kembali ke FAM
Khairy berkata terdapat calon-calon lain yang lebih layak untuk menerajui badan induk itu berbanding beliau.
Dakwa kerajaan ambil tindakan terhadap kritikan, Syed Saddiq diminta tidak hipokrit - Fahmi
Fahmi berkata kerajaan tidak menghalang rakyat untuk mengkritik, khususnya melibatkan dasar yang dilaksanakan kerajaan.
Dua anak Tun M sekali lagi diberi tempoh lanjutan 30 hari bagi isytihar harta
Maklumat harta serta aset Mirzan dan Tan Sri Mokhzani sejak empat dekad lalu perlu dikemukakan dalam tempoh 30 hari kepada SPRM.
AWANI Ringkas: Kes saman fitnah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: PRK Kuala Kubu Baharu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Thomas Cup: Zii Jia ketepikan 'kegoyahan' kem perseorangan lelaki negara
Lee Zii Jia tidak mahu terlalu memikirkan situasi kem perseorangan negara yang kurang mantap menjelang aksi pembukaan Kumpulan D saingan Piala Thomas 2024 berdepan Hong Kong, esok.
AirAsia Group bakal disenaraikan di Bursa Malaysia pada September - Tony Fernandes
AirAsia Group Sdn Bhd (AAG) bakal disenaraikan di Bursa Malaysia pada September, mengambil alih status penyenaraian AirAsia X Bhd, kata Ketua Pegawai Eksekutif Capital A Bhd Tan Sri Tony Fernandes.
Sebutan rayuan pendakwaan terhadap Bung Moktar, isteri ditetapkan 29 Julai
Timbalan pendaftar Mahkamah Rayuan Muhammad Noor Firdaus Rosli menetapkan tarikh itu semasa pengurusan kes hari ini dan beliau turut menetapkan pengurusan kes akhir pada 15 Julai.
PRN: Sanusi didakwa 'tayang' kertas undi, langgar Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954
Kesalahan itu itu boleh dihukum penjara sehingga setahun, denda sehingga RM3,000, atau kedua-duanya sekali.
Kesalahan pilihan raya: Polis Johor panggil Che'gu Bard
Ahli politik itu akan memberi keterangan di IPD Mersing hari ini, menurut Ketua Polis Daerah Supt Cyril Edward Nuing.
PRU15: Polis P. Pinang terima 33 laporan nama, kad pengenalan diguna individu lain
Polis menerima 33 laporan di negeri ini berhubung nama dan kad pengenalan digunakan individu lain untuk mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Sabtu lepas.
PRU15: Polis terima 3,417 laporan di seluruh negara - Hazani
Sebanyak 3,417 laporan diterima Polis Diraja Malaysia (PDRM) sepanjang tempoh Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bermula dari 4 Nov hingga pascapilihan raya semalam.
PRU15: Polis buka 31 kertas siasatan, tahan empat individu
Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuka 31 kertas siasatan berhubung pelbagai kesalahan yang berkaitan dengan kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), semalam.
PRU15: Polis Pahang terima tiga laporan berkaitan jenayah dan kesalahan pilihan raya
Polis Pahang telah membuka tiga kertas siasatan setelah menerima tiga laporan polis kerana melakukan jenayah dan kesalahan berkaitan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
PRN Sabah: Polis terima 199 laporan pelbagai kesalahan
Polis Sabah menerima 199 laporan membabitkan pelbagai kesalahan sepanjang kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah bermula 12 September lalu hingga semalam.
PRK Kimanis: Polis buka enam kertas siasatan
Antara kesalahan berkenaan merangkumi Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 dan lain-lain.
Kimanis Memilih: Sembilan anggota polis mengundi awal esok
Pengerusi SPR Datuk Azhar Azizan Harun berkata, semua anggota terbabit akan mengundi di Bilik Gerakan, Balai Polis Membakut.
SPR kesan 74 kesalahan sepanjang lapan hari tempoh berkempen PRK Tanjung Piai
Sebanyak 74 kesalahan telah direkodkan Pasukan Petugas Kempen Pilihan Raya (KK-KPR) sepanjang lapan hari tempoh berkempen Pilihan Raya Kecil Tanjung Piai.