Ketua Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah, Datuk Hajiji Noor menafikan dakwaan kononnya beliau adalah boneka kepada bekas Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman.
Hajiji menolak sekeras-kerasnya dakwaan Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) Datuk Seri Mohd Shafie Apdal kononnya beliau (Hajiji) akan dikawal oleh Musa sekiranya menang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah kali ini.
Calon Perikatan Nasional (PN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sulaman itu berkata, dakwaan itu tidak benar kerana beliau sendiri sudah lama berkecimpung dalam arena politik negeri.
"Saya dah matang dalam politik. Tidak ada satu orang pun boleh kawal apa yang tersirat dan apa perancangan saya," katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Sub Marks PN di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Kampung Kindu, di sini, hari ini.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini membayangkan kemungkinan Hajiji dilantik sebagai Ketua Menteri jika gabungan PN dan sekutunya berjaya membentuk kerajaan baharu Sabah.
Malam tadi, Mohd Shafie, yang juga Ketua Menteri Sabah, membuat dakwaan tersebut ketika menyampaikan ucapan pada Majlis Bersama Rakyat di Kota Kinabalu.
Bagaimanapun, Hajiji meminta Mohd Shafie supaya tidak melibatkan orang lain seperti Musa dalam kempen ceramahnya kerana penyandang kerusi DUN Sungai Sibuga itu tidak bertanding dalam PRN Sabah kali ini.
"Beliau (Musa) tidak lagi menjadi calon. Walaupun mungkin beliau ada berkempen di beberapa kawasan, tetapi saya fikir, kenapa tumpuan diberi kepada beliau... Kutuk beliau, bermacam-macam. Tidak adil bagi beliau (kerana) ada yang keterlaluan sehingga fitnah dan sebagainya.
"Isu kita ialah untuk memulihkan ekonomi rakyat, membantu rakyat dan masa depan negeri Sabah. Kenapa pula kita hentam orang lain yang tidak terlibat dalam pilihan raya? Jadi, bagi saya itu tidak berapa manis didengar oleh rakyat," katanya.
Dalam perkembangan lain, Hajiji berkata, beliau mempunyai banyak perancangan bagi terus membangunkan DUN Sulaman, yang disandangnya sejak 1990, termasuk sektor pertanian, perikanan dan infrastruktur kemudahan asas diperlukan penduduk.
Beliau juga memberi jaminan untuk terus melakukan yang terbaik demi kesejahteraan penduduknya terutama dalam menjana semula ekonomi dan pendapatan sekiranya diberikan peluang menjadi wakil rakyat kawasan itu pada pilihan raya kali ini.
Hajiji akan bersaing dengan dua pencabar lain iaitu calon Warisan Datuk Aliasgar Basri dan Datuk Rekan Hussien (Parti Cinta Sabah) dalam pertarungan tiga penjuru bagi kerusi DUN Sulaman yang mempunyai 11,711 pengundi pada PRN Sabah ini, 26 September ini.
Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), Hajiji memperoleh 12,966 undi mengalahkan dua pencabar lain iaitu Abdullah Sani Daud (Warisan) yang mendapat 5,192 undi dan calon Parti Harapan Rakyat Sabah Arifin Harith (467 undi). - BERNAMA
Bernama
Sat Sep 19 2020
Hajiji menolak dakwaan Shafie Apdal kononnya beliau akan dikawal oleh Musa sekiranya menang pada Pilihan Raya Negeri Sabah kali ini. - Gambar fail
MAQIS tahan dua ekor anjing dari China, identiti mengelirukan
Pemeriksaan mendapati nombor mikrocip yang diimbas pada badan anjing tidak sepadan dengan nombor mikrocip yang diikrar dalam permit import.
Panggilan Google Meet kini boleh dipindahkan antara peranti tanpa henti
Pengguna kini boleh memindahkan panggilan Google Meet antara telefon pintar dan pelayar web tanpa henti.
Niaga SPOTLIGHT: Sustainability & palm supply chains
Kerentanan Android TV menyebabkan akaun Gmail boleh dirampas
Sebuah kerentanan yang agak serius wujud membolehkan sesiapa sahaja mengakses akaun Gmail yang di log masuk ke TV.
Rumah terbuka Selangor di Kuala Kubu Bharu Sabtu ini langgar akta - Bersih
Bersih persoal lokasi dan masa penganjuran rumah terbuka ini kerana majlis ini dianjurkan di kawasan dan ketika PRK Kuala Kubu Bharu.
AWANI Ringkas: Kedutaan AS sangkal dakwaan Prof Gilley
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
EPL: Manchester City himpit Arsenal
Gawang The Seagulls robek lagi kali ini menerusi bintang meningkat naik Phil Foden dengan gol pada minit ke-26 dan 34.
PRK Kuala Kubu Baharu: Gerakan turun padang, sokong PN
Gerakan berkata, parti itu akan bersama-sama memastikan untuk merampas kerusi DAP pada pilihan raya kecil kali ini.
Penstrukturan Akaun KWSP: Seimbangkan disiplin, fleksibiliti dalam pengurusan kewangan
Semua caruman selepas tarikh berkenaan akan diperuntukkan ke dalam akaun baharu mengikut pecahan iaitu sebanyak 75 peratus ke dalam Akaun Persaraan, 15 peratus Akaun Sejahtera dan 10 peratus Akaun Fleksibel. Bagaiman akaun yang distruktur kepada tiga akaun mampu membawa pengurusan kewangan yang lebih cekap?
Rumah Terbuka Selangor Sabtu ini
Majlis akan dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti, juadah menarik serta persembahan daripada penyanyi terkenal tanah air.
'Saya Syed Saddiq. Bukan boneka sesiapa'
Syed Saddiq bidas dakwaan beliau adalah boneka Tun Dr Mahathir Mohamad susulan gesaannya kepada barisan kabinet untuk mengisytiharkan harta.
Pemegang amanah Yayasan Akalbudi hanya 'boneka', dikawal Zahid - Pendakwaan
Timbalan Pendakwa Raya Datuk Raja Rozela Raja Toran berkata kesemua ahli lembaga pemegang amanah itu tidak membuat sebarang sumbangan dan semua arahan itu datang daripada Ahmad Zahid.
Rayuan Najib: BOD SRC hanyalah boneka yang menari ikut rentak tuannya - Timbalan Pendakwa Raya
Kawalan Najib ke atas SRC bukti beliau bertindak atas kapasiti peribadi, dan semua arahannya dilaksanakan oleh Lembaga Pengarah syarikat.
Muhyiddin sebagai 'puppet' Tun M? Teori ini tidak benar - Marzuki
Pendirian Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam kes-kes mahkamah yang melibatkan pihak-pihak tertentu, pendirian beliau adalah jelas.
"Saya bukan boneka Musa Aman" - Hajiji
Ketua Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia Sabah, Hajiji Noor menafikan dakwaan kononnya beliau adalah boneka kepada bekas Ketua Menteri, Musa Aman.
Camilla kagum saksi persembahan di Teochew Puppet and Opera House
Sejarah tercipta apabila Camilla, Duchess of Cornwall, menyaksikan buat pertama kali pertunjukan boneka dan opera yang dipersembahkan kumpulan Teochew Puppet and Opera House, di sini hari ini.
Ya, memang dulu Gerakan lemah, kini tidak lagi - Mah Siew Keong
Datuk Mah Siew Keong menegaskan parti itu telah bekerja keras dan akan memastikan kemenangan BN pada pilihan raya akan datang.