UMNO perlu bersikap terbuka dan lebih demokratik serta memperbaiki segala kelemahan mengikut kehendak anggotanya serta pengundi, kata calon Presiden UMNO Tengku Razaleigh Hamzah.
Beliau berkata setiap pandangan yang dilontarkan oleh peringkat akar umbi perlu diteliti oleh pemimpin di setiap peringkat agar ia boleh menjadi asas penggubalan dasar dan sebagainya demi perjuangan parti.
"Mereka (anggota, pengundi) tidak mahu mendengar dari 'top to bottom' lagi sebaliknya mahu dari 'bottom to top'.
"Saya sudah ke Sabah, Johor, Melaka, Pahang, Perlis, Pulau Pinang dan Kedah. Ramai yang membayangkan hasrat supaya kita (UMNO) lebih terbuka, transparen dan mahu kepada 'proper governance' yang lebih bertanggungjawab, bukan kita tak lakukannya sebelum ini tapi itulah yang dikehendaki oleh akar umbi kita," katanya.
Beliau atau lebih mesra dipanggil Ku Li, bercakap kepada pemberita selepas sesi ramah mesra 'Bersama calon Presiden UMNO Tengku Razaleigh Hamzah' di Hotel Impiana di sini pada Rabu yang turut dihadiri Pengerusi Perhubungan UMNO negeri Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.
Dalam pada itu, Ku Li yang juga anggota Parlimen Gua Musang berkata tujuan perjuangan UMNO tidak perlu disentuh kerana ia masih kekal sepertimana ditubuhkan pada tahun 1946.
Katanya, kredibiliti dan integriti UMNO yang perlu diperbaiki agar tidak dipersoalkan oleh rakyat.
Mengulas mengenai tindakan dua ahli Parlimen di Perak umum keluar UMNO dan Barisan Nasional (BN), Ku Li berkata beliau tidak menolak kemungkinan akan berjumpa dengan mereka memandangkan tindakan mereka mengkhianati mandat yang diberikan.
BACA: Zainol jangka lebih ramai wakil rakyat UMNO keluar parti
BACA: Parti LDP keluar Barisan Nasional serta-merta
Pada Selasa, anggota Parlimen Bukit Gantang Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal umum keluar UMNO dan BN manakala anggota Parlimen Bagan Serai Datuk Dr Noor Azmi Ghazali turut mengambil tindakan yang sama pada Ahad lalu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 27 2018
Tengku Razaleigh ketika hadir pada majlis Sesi Ramah Mesra di Ipoh, 27 Jun, 2018. --fotoBERNAMA
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
USM cipta rekod hasilkan kaligrafi Cina 2.68km
Penuntut USM cipta rekod dalam MBOR apabila menghasilkan penulisan kaligrafi Cina sepanjang 2.68 kilometer.
MITRA sudah belanja RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta tahun ini
Sebanyak RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah dimanfaatkan untuk pelbagai program.
Laporan Pasaran Labuan IBFC 2023 tunjukkan pemulihan kukuh, pertumbuhan luar biasa
Laporan Labuan IBFC 2023 mendedahkan pertumbuhan luar biasa wilayah itu yang menyumbang RM1.2 bilion kepada hasil fiskal Malaysia dan melepasi paras RM1 bilion buat pertama kalinya.
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Sidang Parlimen: Kerajaan tidak halang PH hantar memorandum kepada Agong - Takiyuddin
Bagaimanapun, Takiyuddin berkata, sebarang keputusan akhir berkaitan perkara berkenaan hanya boleh diputuskan atas titah Yang di-Pertuan Agong.
Sistem pilihan raya bukti Malaysia negara demokratik - Tun M
Dr Mahathir memulakan ucapan dengan memberi latar belakang mengenai perubahan pentadbiran kerajaan negara ini pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) lalu.
Calon Timbalan Presiden PKR 'pintar, cerdas, punyai rekod baik' - Anwar
Anwar berkata media yang "nampaknya" melaporkan bahawa terdapat perpecahan dalam PKR.
'Siapa cakap UMNO rehatkan 15 pemimpin?'
Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata perkara itu tidak pernah berbangkit atau dibincangkan di mana-mana.
UMNO perlu bersikap terbuka, lebih demokratik - Ku Li
Setiap pandangan yang dilontarkan oleh peringkat akar umbi perlu diteliti oleh pemimpin di setiap peringkat agar ia boleh menjadi asas penggubalan dasar dan sebagainya demi perjuangan parti.