Anggota Wanita UMNO perlu berani menjelaskan kepada rakyat Langkawi bahawa zaman Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai pemimpin sudah berlalu, kata Ketua Pergerakan Wanita UMNO Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil.
Beliau berkata hanya kepimpinan parti itu yang sekarang diterajui Datuk Seri Najib Tun Razak selaku presiden yang dapat meneruskan pembangunan yang diasaskan oleh Dr Mahathir di pulau ini.
"Kepada Tun Mahathir, kita berterima kasih (kerana membawa pembangunan ke Langkawi). Namun hidup perlu diteruskan. Jangan takut untuk mengatakan ini (kepada rakyat Langkawi)," katanya semasa berucap merasmikan Persidangan Perwakilan Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Langkawi di sini.
Menurutnya Dr Mahathir yang kini bersama-sama pakatan beberapa parti pembangkang sebenarnya hanyalah menjadi umpan untuk meraih sokongan orang Melayu yang merangkumi kira-kira 90 peratus daripada jumlah pengundi di Langkawi.
"Suka tak suka tapi itulah hakikatnya... kalau pangkah (memilih untuk menyokong) Tun Mahathir samalah seperti memilih DAP untuk menjadi kerajaan," katanya.
Shahrizat berkata tidak mustahil bagi Barisan Nasional untuk mengulangi kejayaan cemerlang semasa Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) dengan memenangi kerusi Parlimen Langkawi dan dua kerusi Dewan Undangan Negeri di pulau ini.
Menurutnya apa yang penting adalah kesetiaan dan disiplin anggota-anggota UMNO untuk meneruskan kerjasama menggunakan strategi berkesan dalam pilihan raya umum akan datang.
"Sebelum PRU-13 pun dikatakan kita menghadapi cabaran hebat di Langkawi tetapi akhirnya kita menang dengan majoriti yang besar di Langkawi," katanya.
Beliau berkata persediaan menghadapi PRU-14 bagi Wanita UMNO sudah memasuki pusingan terakhir dan setiap anggota perlu memastikan jentera mereka sudah berjalan dengan baik untuk pilihan raya ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 29 2017
Shahrizat berkata tidak mustahil bagi Barisan Nasional untuk mengulangi kejayaan cemerlang semasa Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).
PM Lee akan hadir Pemukiman Pemimpin Singapura-Indonesia di Bogor
Ini merupakan permukiman ketujuh dihadiri Lee dan Pemukiman Pemimpin terakhir dengan Joko Widodo yang lebih dikenali sebagai Jokowi.
Strok haba: Kerajaan Thailand nasihatkan kumpulan berisiko tinggi supaya tidak keluar rumah
Kanak-kanak, pesakit dan golongan tua diingatkan mengelak daripada terlibat dalam aktiviti di luar bangunan selepas strok haba meragut sekurang-kurangnya 30 nyawa di Thailand.
KKM kekal keputusan pinda Akta Perubatan 1971
KKM kekal dengan keputusan untuk meminda Akta 50 bagi menangani jurang antara PPP dan Program Sarjana Perubatan tempatan biarpun mendapat bantahan sesetengah pihak.
Malaysia-China bincang perkukuh kerjasama sektor pendidikan tinggi
Sempena sambutan Ulang Tahun ke-50 Hubungan Diplomatik, Malaysia dan China bincang inisiatif strategik perluas dan perkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua delegasi diminta pulang, FFC akan maklumkan tarikh baharu misi
Freedom Flotilla Coalition tidak dapat meneruskan misi penghantaran bantuan ke Gaza untuk kali ini.
Biden rancang untuk berdebat dengan Trump
Sebelum ini, Biden tidak komited untuk berdebat dengan lawannya, Trump.
Pesta Kaamatan 2024 dilancar pada 1 Mei di Ranau, Sabah
Sambutan perayaan Pesta Kaamatan 2024 akan dilancarkan pada 1 Mei di Ranau dan diadakan sambutan di peringkat daerah, di Sarawak dan Semenanjung.
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
PRK Kuala Kubu Baharu: BN sokong mana-mana calon daripada Kerajaan Perpaduan
Calon yang dipilih berdasarkan persefahaman bersama dalam kalangan BN, Pakatan Harapan (PH) atau parti-parti komponen yang lain.
Teruskan perjuangan bela parti selagi hayat dikandung badan - Tajuddin
Katanya, matlamat beliau hanya untuk membantu parti UMNO kembali bangkit menebus kekalahan pada Pilihan Raya Umum ke-15 lalu.
Tengku Zafrul diberi tugas khas - Zahid Hamidi
Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz diberi tugas khas untuk menyusun strategi aktiviti politik di luar kerangka UMNO dan Barisan Nasional (BN).
Kerajaan pandang serius pihak main sentimen rakyat - Asyraf Wajdi
Mesyuarat sepakat agar kerajaan bertindak tegas menurut lunas-lunas perundangan dan tidak berkompromi dengan sebarang tindakan melampau yang boleh menjejaskan kestabilan negara ini.
BN hormati kerusi DUN milik rakan dalam Kerajaan Perpaduan, sokong bakal calon
BN menghormati kerusi DUN Kuala Kubu Baharu yang dimiliki oleh rakan parti dalam Kerajaan Perpaduan dan akan menyokong calon yang dipilih oleh Anwar.
UMNO bertemu akar umbi bagi perkukuhkan parti
Ia bagi memberi penjelasan terhadap isu-isu yang menjadi persoalan buat mereka bagi memperkukuhkan lagi parti itu.
Muhyiddin label kerajaan PH-BN ‘desperado’
Ahli Parlimen Pagoh itu turut mencabar kerajaan isytiharkan enam kerusi Parlimen dan satu kerusi Dewan Undangan Negeri Selangor dikosongkan.
BN sedia letak calon jika enam kerusi bersatu dikosongkan - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) sedia meletakkan calon bagi merebut kembali kerusi disandang Ahli Parlimen Bersatu sekiranya pengosongan enam kerusi berkenaan berlaku.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 28 Februari 2024.
Mahkamah tolak rayuan calon BN, Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah
Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuan calon BN untuk membatalkan kemenangannya dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).