BAPA kepada pemain bola sepak, Aidil Zafuan dan Zaquan Adha, Abdul Radzak Salleh, meninggal dunia petang tadi.

Zaquan yang kini berada di Manila, Filipina bersama skuad kebangsaan untuk perlawanan persahabatan, sempat memuat naik status memaklumkan pemergian bapanya itu ke akaun Instagram.




Laman Facebook Harimau Malaysia memaklumkan Zaquan akan berlepas pulang ke Malaysia, malam ini.


Allahyarham Abd Radzak, 68, dimasukkan ke hospital petang semalam selepas mengadu tidak sihat.

Allahyarham dikesan mengalami masalah usus dan sepatutnya menjalani pembedahan hari ini, namun meninggal dunia jam 4 petang tadi.

Jenazah akan dikebumikan di tanah perkuburan Makam Tuan Haji Said, Seremban, pagi esok.