PUTRAJAYA: Suntikan vaksin diterima skuad Harimau Malaya dapat membantu mereka untuk memberi tumpuan sepenuhnya, pada aksi pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Emiriah Arab Bersatu (UAE), Jun depan.
Kapten pasukan Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak yakin, suntikan berkenaan juga mampu menghilangkan rasa takut para pemain terhadap ancaman COVID-19, yang masih melanda dunia ketika ini.
"Saya harap mereka lebih yakin dan tidak takut akan ancaman COVID-19, saya rasa bila cucuk (suntik) tadi pun tidak rasa sakit sangat macam ambil BCG (Bacillus Calmette-Guerin), dan Alhamdulillah ketika ini tidak rasa apa-apa," katanya kepada pemberita.
Beliau berkata demikian selepas menerima dos pertama suntikan vaksin COVID-19 di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, bersama lebih 40 pemain dan pegawai Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang lain di Dewan Seri Seroja di sini, semalam.
Dalam pada itu, tonggak pertahanan Johor Darul Ta'zim (JDT) itu mengakui, pada mulanya gusar untuk menjalani suntikan selepas mendengar berita mengenai 40 kakitangan Kementerian Kesihatan (KKM) yang selesai menjalani proses vaksinasi dengan menerima dua dos suntikan, dikesan dijangkiti COVID-19 baru -baru ini.
Namun, Aidil Zafuan, yang menerima suntikan vaksin Pfizer-BioNTech itu, mampu menarik nafas lega selepas dia dan rakan sepasukannya yang lain mendengar penerangan lanjut, daripada pegawai perubatan dalam program itu.
"Rakan-rakan lain pun agak risau, tetapi selepas kita tengok cara suntikan dilakukan saya rasa tiada masalah untuk berasa was-was, sama ada vaksin ini bagus atau tidak," tambahnya.
Pemain berpengalaman berusia 33 tahun itu juga, berterima kasih kepada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) kerana memberi keutamaan kepada skuad bola sepak kebangsaan, untuk menerima suntikan vaksin.
BACA: Skuad Harimau Malaya terima vaksin COVID-19
Sementara itu, ketua jurulatih Tan Cheng Hoe menyifatkan, suntikan vaksin memberi banyak faedah terutamanya dalam menangkis kerisauan terhadap aspek kesihatan dan keselamatan kepada pasukannya, seterusnya kekal fokus terhadap persediaan kempen di UAE nanti.
Skuad Harimau Malaya dijangka menerima suntikan dos kedua pada 10 Mei depan, sebelum berhimpun pada 16 Mei untuk menjalani kem latihan pusat dan dijadualkan berlepas ke UAE, 20 Mei depan.
Malaysia akan menentang tuan rumah UAE pada 3 Jun, sebelum berdepan Vietnam (11 Jun) dan Thailand (15 Jun) dalam perebutan gelaran juara Kumpulan G, bagi memburu slot automatik ke pusingan akhir Piala Asia 2023 sekali gus mara ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2022.
Skuad kebangsaan sebelum itu dijangka menghadapi dua aksi persahabatan menentang Kuwait (23 Mei) sebelum menentang pasukan kebangsaan Bahrain pada 28 Mei.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 19 2021
Aidil Zafuan ketika menerima suntikan vaksin COVID-19 di Putrajaya semalam. --fotoBERNAMA
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
AWANI Ringkas: Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[KRONOLOGI] Konflik Syria
Berikut adalah info berkenaan dengan kronologi Konflik di Syria.
#AWANIRingkas 12 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 12 Disember 2024
1️⃣ Situasi di Kelantan pulih, mangsa di Terengganu menurun
2️⃣ RUU Majlis Media dibentang hari ini
3️⃣ Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
#awaniringkas
1️⃣ Situasi di Kelantan pulih, mangsa di Terengganu menurun
2️⃣ RUU Majlis Media dibentang hari ini
3️⃣ Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
#awaniringkas
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang. #AWANInews
Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2. #AWANInews
Ahmad Zahid kekal bebas 40 kes rasuah VLN
Panel tiga hakim memutuskan demikian selepas Timbalan Pendakwa Raya memberitahu bahawa AGC menarik balik semua rayuan terhadap kes ini.
Ringgit dibuka tinggi walaupun dolar Amerika mengukuh
Pada 8.11 pagi, ringgit naik kepada 4.4250/4355 berbanding dolar US daripada 4.4300/4355 ketika ditutup semalam.
UCL: Dua gol Ferran Torres bantu Barcelona benam Borussia Dortmund
Torres masuk sebagai pemain gantian untuk menjaringkan dua gol penting bagi memastikan pasukannya mendahului dua kali.
Olimpik Paris: Azeem Fahmi tamatkan saringan di tempat kedua, layak ke pusingan pertama
Raja Pecut negara, Azeem Fahmi, layak ke pusingan pertama acara 100 meter Sukan Olimpik Paris 2024.
Hoki Kelayakan Sukan Olimpik: Malaysia berdepan laluan mencabar
Skuad hoki negara diundi menentang Great Britain, Pakistan dan China dalam Kumpulan A, kejohanan pusingan kelayakan di Oman awal 2024.
Malaysia jumpa dua gergasi hoki dalam kelayakan Olimpik di Oman
Skuad hoki negara bakal berdepan cabaran Great Britain, Pakistan dan China dalam peringkat kumpulan kelayakan ke Sukan Olimpik Paris di Oman.
Harimau Malaya perlu cipta kejutan dalam perlawanan 'away' - Pan Gon
Skuad Harimau Malaya diminta menggunakan kesempatan mencipta kejutan masing-masing apabila menentang Syria dan China dalam aksi persahabatan antarabangsa Tier 1 yang akan berlangsung di Chengdu.
Tidak perlu bimbang jika ranking terjejas - Azraai Khor
Perkara paling penting adalah mencari kelemahan sebelum bermulanya Pusingan Kedua Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 pada November.
Kesilapan terjunan keempat ranap peluang Nur Dhabitah ke final
Penerjun elit negara, Nur Dhabitah Sabri secara mengejut gagal melayakkan diri ke pusingan akhir acara 3 meter (m) papan anjal wanita pada Kejohanan Akuatik Dunia 2023 di Fukuoka, Jepun, hari ini.
Terbuka Thailand: Leong Jun Hao lepasi pusingan kelayakan
Pemain badminton perseorangan negara Leong Jun Hao melepasi dua perlawanan pusingan kelayakan bagi melayakkan diri ke pusingan pertama Terbuka Thailand 2023.
Copa America: Scaloni selar Brazil dipilih sebagai tuan rumah
CONMEBOL mengesahkan edisi 2021 akan berjalan seperti yang dirancang dengan Brazil dipilih untuk mempertahan kejuaraan di laman sendiri walaupun negara itu antara yang terjejas teruk dengan krisis kes
Kapten Ramos tiada dalam senarai Sepanyol ke Euro 2020
Bekas ketua jurulatih Barcelona, Luis Enrique, tidak menamakan seorang pun pemain Madrid dalam senarai akhir pemainnya.
Suntikan vaksin bantu Harimau Malaya fokus aksi di UAE - Aidil Zafuan
Kapten pasukan Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak yakin, suntikan berkenaan juga mampu menghilangkan rasa takut para pemain terhadap ancaman COVID-19, yang masih melanda dunia ketika ini.