Chen Long bertekad akan memberi kejutan kepada jaguh negara Datuk Lee Chong Wei pada final acara perseorangan lelaki Kejohanan Badminton Dunia BWF 2014 di sini, Ahad.
Biarpun terpaksa mengharungi dua perlawanan sengit sebelum ini, pemain China berusia 25 tahun itu yakin dapat merangkul gelaran sulungnya pada kejohanan edisi ke-21 di sini.
"Saya akan cuba mengalahkan dia (Chong Wei) tetapi secara peribadi, saya percaya Chong Wei bukan pemain yang tidak boleh dikalahkan kerana saya pernah menentangnya beberapa kali sebelum ini," kata Chen Long melalui seorang jurubahasa di sini, Sabtu.
Pada saingan separuh akhir, Chen Long dipaksa mengerah keringat sebelum mengesahkan slot ke final dengan mengatasi pemain Indonesia, Tommy Sugiarto, 22-16 dan 22-20 dalam pertarungan selama 71 minit.
Sebagai rekod, Chong Wei memiliki rekod 9-8 ke atas Chen Long.
Dalam pertemuan terakhir, Chong Wei menang 21-13 dan 21-17 ke atas pemain itu pada final Terbuka India di New Delhi, April lepas.
Dalam pada itu, Tommy berbangga dengan kejayaan mara sehingga ke separuh akhir walaupun menyasarkan dapat melangkah ke final pada kejohanan kali ini.
Katanya, kecederaan yang dialami pada pangkal paha pada pertengahan set kedua nyata membataskan pergerakannya, sekali gus memberikan peluang kepada Chen Long untuk memenangi perlawanan.
"Saya juga tidak mahu kalah tapi saya terpaksa terima hakikat pihak lawan lebih bagus.
"Saya cuma berusaha menggunakan tempo perlawanan untuk mendapatkan mata tapi keadaan saya tidak begitu mengizinkan pada set kedua," kata Tommy yang mengintai pingat pada Sukan Asia 2014 di Korea Selatan bermula 19 Sept ini.
Sementara itu, Pengarah Berprestasi Tinggi Badminton Indonesia, Rexy Mainaky melihat Chong Wei lebih berpeluang untuk meraih kejuaraan dunia berdasarkan persembahan konsisten yang dipamerkannya sejak awal kejohanan.
"Chong Wei tahu mengawal rentak permainannya dengan bagus sekali ditambah dengan kelajuan beliau ketika beraksi dalam gelanggang.
"Jika ini beliau boleh praktikkan pada aksi esok, saya lihat beliau ada peluang cerah untuk muncul juara," kata Rexy yang pernah menjadi jurulatih beregu di Malaysia.
Terdahulu, Chong Wei mara ke final selepas mudah mengalahkan pemain Denmark, Viktor Axelsen dengan keputusan 21-9 dan 21-7 pada separuh akhir.
Bernama
Sun Aug 31 2014
Chen Long mahu ranap impian gelaran sulung Chong Wei (foto)
Freedom Flotilla to Gaza: Semua delegasi diminta pulang, FFC akan maklumkan tarikh baharu misi
Freedom Flotilla Coalition tidak dapat meneruskan misi penghantaran bantuan ke Gaza untuk kali ini.
Biden rancang untuk berdebat dengan Trump
Sebelum ini, Biden tidak komited untuk berdebat dengan lawannya, Trump.
Pesta Kaamatan 2024 dilancar pada 1 Mei di Ranau, Sabah
Sambutan perayaan Pesta Kaamatan 2024 akan dilancarkan pada 1 Mei di Ranau dan diadakan sambutan di peringkat daerah, di Sarawak dan Semenanjung.
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
USM cipta rekod hasilkan kaligrafi Cina 2.68km
Penuntut USM cipta rekod dalam MBOR apabila menghasilkan penulisan kaligrafi Cina sepanjang 2.68 kilometer.
MITRA sudah belanja RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta tahun ini
Sebanyak RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah dimanfaatkan untuk pelbagai program.
Laporan Pasaran Labuan IBFC 2023 tunjukkan pemulihan kukuh, pertumbuhan luar biasa
Laporan Labuan IBFC 2023 mendedahkan pertumbuhan luar biasa wilayah itu yang menyumbang RM1.2 bilion kepada hasil fiskal Malaysia dan melepasi paras RM1 bilion buat pertama kalinya.
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Tokyo 2020: Viktor Axelsen bukti keunggulan gondol emas nafi juara bertahan
Viktor Axelsen mengetepikan juara bertahan, Chen Long, untuk menggondol pingat emas Sukan Olimpik Tokyo 2020 dengan kemenangan 21-15, 21-12, malam ini.
Tokyo 2020: Zii Jia mohon maaf kepada rakyat Malaysia
Lee Zii Jia mengakui bahawa ramai peminat sukan tanah air mengharapkan beliau untuk menghadiahkan pingat pada Olimpik kali ini.
Tokyo 2020: Zii Jia ditewaskan idolanya, Chen Long, dalam pusingan kalah mati
Pemain badminton perseorangan negara, Lee Zii Jia gagal melayakkan diri ke pusingan suku akhir selepas ditewaskan pemain dari China, Chen Long dalam Pusingan 16 terbaik sebentar tadi.
Olimpik Tokyo: Misi buru pingat emas diteruskan, berikut jadual pertandingan pada Khamis
Selain perlawanan kalah mati di antara Zii Jia dan Chen Long, berikut adalah pertandingan yang akan dimainkan oleh atlet tanah air esok.
Sukan Olimpik Tokyo: Chong Wei bocor rahsia Chen Long ubah corak permainan
Chong Wei membuat risikan apabila cuba mengorek rahsia Chen Long melalui bekas jurulatihnya, Li Mao.
Olimpik Tokyo: Lee Zii Jia jumpa Chen Long dalam pusingan awal kalah mati
Sekiranya Zii Jia mengungguli peringkat kumpulan, beliau mungkin akan membuat perhitungan awal dengan juara bertahan Chen Long.
Lin Dan rangkul kejuaran Terbuka Malaysia yang kedua
Lin Dan menamatkan kemarau gelaran selepas menewaskan Chen Long di final Terbuka Malaysia.
China rangkul Piala Thomas buat kali ke-10
China merangkul kejuaraan Piala Thomas buat kali ke-10 selepas berjaya menjinakkan Jepun 3-1 dalam perlawanan akhir yang mendebarkan di Impact Arena di sini, hari ini.
BAM sedia bayar denda kepada BWF
Sebelum ini badan induk sukan itu telah menulis surat kepada BWF supaya mengkaji semula peraturan baharu itu, namun masih belum menerima sebarang jawapan.
Chong Wei sanggup bayar denda kepada BWF
Datuk Lee Chong Wei sanggup membayar denda kepada Persekutuan Badminton Dunia (BWF) untuk tidak menyertai beberapa kejohanan yang ditetapkan kerana mengambil faktor usia dan ketahanan fizikalnya.