TOKYO: Pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia kerana gagal menyumbangkan pingat pada Sukan Olimpik Tokyo 2020, setelah tersingkir dalam saingan pusingan 16 terbaik acara perseorangan lelaki, malam ini.
Pemain berusia 23 tahun itu, tumpas kepada pemenang pingat emas edisi Rio 2016, Chen Long dari China, mengakui bahawa ramai peminat sukan tanah air mengharapkan beliau untuk menghadiahkan pingat pada Olimpik kali ini.
"Sekarang ini lockdown (sekatan pergerakan), ramai yang tidak boleh keluar atau pergi ke mana-mana, asyik tengok televisyen dan beri sokongan kepada kita (atlet negara). Saya memohon maaf kerana tidak dapat menghadiahkan pingat seperti diharapkan," katanya selepas perlawanan tersebut.
Pada aksi di Musashino Forest Sport Plaza di sini malam ini, Zii Jia tumpas kepada juara bertahan Chen Long meskipun pada awalnya mempamerkan rentak permainan yang bertenaga.
Zii Jia bermula cemerlang di set pertama dengan kemenangan 21-8, namun tumpas 19-21 di set kedua sebelum hilang tumpuan pada set penentuan apabila kecundang 5-21.
BACA: Olimpik Tokyo: Zii Jia ditewaskan idolanya, Chen Long, dalam pusingan kalah mati
Zii Jia, yang membuat penampilan pertama pada temasya Olimpik, sebelum ini adalah antara atlet Malaysia diletakkan sandaran untuk meraih pingat emas pertama negara pada Sukan Olimpik Tokyo.
Sementara itu, pemain kelahiran Alor Setar, Kedah itu mengakui pada perlawanan tersebut, hanya pengalaman yang membezakan beliau dengan pemain China yang berada di ranking keenam dunia itu.
"Pada set pertama, saya menguasai keseluruhan permainan. Tetapi pada set kedua, saya banyak membuang mata dan cuba mengejar untuk mendapatkan mata bagi meraih kemenangan penting itu tetapi gagal.
"Bermula set ketiga, saya hilang fokus. Dalam situasi itu, Chen Long dengan pengalamannya dapat mengawal keadaan. Banyak lagi yang perlu saya belajar," katanya.
Zii Jia, bagaimanapun berkata kekalahan itu bukan penamat kepada kariernya, sebaliknya beliau akan bangkit untuk meraih kejayaan demi kejayaan pada kejohanan akan datang.
"Tidak perlu fikir banyak. Saya tidak menyesal, tiada alasan...seperti yang saya katakan, ini Olimpik pertama saya, dan saya perlu banyak berusaha dan benar-benar bersedia pada kejohanan-kejohanan akan datang," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 29 2021
Lee Zii Jia mengakui bahawa ramai peminat sukan tanah air mengharapkan beliau untuk menghadiahkan pingat pada Olimpik kali ini. - Foto AP
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Selebriti lelaki miliki dadah direman 5 hari
Selebriti program realiti komedi yang ditahan di Cyberjaya kerana disyaki memiliki ganja pada Sabtu direman lima hari bermula Ahad.
Trump lantik bekas ketua perisikan jadi utusan presiden
Presiden terpilih Amerika Syarikat, Donald Trump melantik bekas ketua perisikan beliau, Richard Grenell, sebagai utusan presiden untuk misi khas pada Sabtu.
kanak-kanak 8 tahun dikhuatiri lemas, dijumpai
Mayat seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun yang sebelum ini diikhuatiri lemas selepas dipercayai tergelincir sebelum dibawa ombak ketika bermain dengan keluarga di Pantai Kandis, petang semalam, ditemui jam 11.20 pagi ini.
Mayat Muhammad Naufal Arsyad Muhammad Aiman Hafiz ditemui lebih 500 meter dari tempat beliau dilaporkan terjatuh.
Mayat Muhammad Naufal Arsyad Muhammad Aiman Hafiz ditemui lebih 500 meter dari tempat beliau dilaporkan terjatuh.
Paralimpik Tokyo 2020: Strategi kami menjadi - Jurulatih
Risiko tinggi dipertaruhkan kem powerlifting negara ke atas Bonnie Bunyau Gustin membuahkan hasil apabila berjaya menghadiahkan emas pertama negara di Sukan Paralimpik Tokyo.
Paralimpik Tokyo 2020: Emas pertama, hadiah sempena Hari Kebangsaan - Bonnie
Bonnie menyifatkan kejayaan tersebut sebagai hadiah kepada negara sempena hari kebangsaan.
Azizulhasni terima tawaran Anugerah Biasiswa Tuanku Canselor dari UMT
Jaguh berbasikal trek kebangsaan Datuk Mohd Azizulhasni Awang hari ini secara rasmi dipilih sebagai atlet sukan pertama yang menerima Anugerah Biasiswa Tuanku Canselor UMT bernilai RM72,000 untuk meny
Sukan Paralimpik Tokyo buka tirai dengan percikan bunga api
Acara kemuncak tersebut ialah perarakan atlet dengan 10 orang mewakili kontinjen negara dengan Malaysia merupakan kontinjen ke-139 memasuki stadium yang mampu menempatkan 68,000 penonton.
Paralimpik Tokyo: Tak kira apa keputusannya, anda tetap wira untuk Malaysia - PM Ismail Sabri
Beliau juga berdoa agar Jalur Gemilang berkibar megah di Tokyo dan lagu Negaraku turut berkumandang di sana bagi meraikan kejayaan mereka.
Tiga wira Rio 2016 ketuai kumpulan ketiga berlepas ke Paralimpik Tokyo
Giliran tiga pemenang pingat emas Rio 2016 mengetuai kumpulan ketiga kontinjen Malaysia berlepas ke Sukan Paralimpik Tokyo pada Sabtu.
Paralimpik Tokyo: Kini tiba giliran atlet para berjuang demi negara
Kini tiba masa bagi atlet para negara untuk berjuang habis-habisan demi Malaysia pada Sukan Paralimpik Tokyo 2020 bermula 24 Ogos ini hingga 5 Sept ini.
Paralimpik Tokyo: Kes pertama COVID-19 dikesan di perkampungan atlet
Kes pertama COVID-19 telah dikesan di perkampungan atlet Paralimpik Tokyo 2020 pada Khamis, hanya beberapa hari sebelum pertandingan bermula.
[PERSPEKTIF] Pencapaian China pada Olimpik Tokyo 2020 cerminan kemajuan fizikal rakyatnya
Mungkin kita boleh lihat prestasi kontinjen China dalam Sukan Olimpik Tokyo sebagai satu sudut untuk mengenali pembangunan kekuatan fizikal rakyat negara itu dan dari aspek hak asasi.
Nama Azizulhasni terpahat lagi dalam Malaysia Book of Records
Diiktiraf selaku rakyat Malaysia pertama memenangi pingat perak dalam acara berbasikal trek di Sukan Olimpik Tokyo 2020 pada 8 Ogos lepas.