Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mahu mengetahui pendirian kerajaan negeri Terengganu berhubung isu pakaian atlet gimnastik wanita.
Merujuk kepada maklum balas kerajaan Terengganu kepada Channel News Asia (CNA) yang berpangkalan di Singapura pada Sabtu bahawa negeri itu tidak akan membenarkan gimnas wanita negeri menyertai pertandingan kerana bimbang isu pakaian, menteri berkata ia bercanggah dengan persetujuan awal negeri pantai timur itu.
Sebelum ini, negeri itu menyatakan akan membenarkan gimnas wanitanya mengambil bahagian dalam Sukan Malaysia (Sukma) tahun depan, katanya.
"Mereka memberitahu saya bahawa mereka akan membenarkan gimnas mengambil bahagian dalam Sukma. Perkara itu tidak akan menjadi masalah.
"Bagaimanapun, pada masa yang sama, menyatakan perkara lain apabila ditanya oleh media. Ketidakpastian membunuh bakat," katanya dalam kumpulan WhatsApp media kementeriannya.
Laporan khas CNA berjudul: 'Dreams dashed for Terengganu's aspiring female gymnasts as state bars them from competitions over attire concerns', melaporkan bahawa garis panduan baharu sukan kerajaan Terengganu boleh menjejaskan impian atlet gimnastik berbakat.
Syed Saddiq berkata beliau tidak akan bertolak ansur dalam isu itu dan memastikan masa depan atlet sukan berkenaan terjamin.
"Saya akan segera mengadakan mesyuarat untuk menyelesaikan isu ini. Sekiranya benar, KBS (Kementerian Belia dan Sukan) akan mengambil alih daripada MSN (Majlis Sukan Negeri) Terengganu dan menyerap atlet muda mereka yang didiskriminasi.
"Saya secara peribadi akan bertemu dengan para atlet yang terlibat untuk memastikan masa depan mereka dalam sukan gimnastik tidak terjejas," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 09 2019
Syed Saddiq berkata beliau tidak akan bertolak ansur dalam isu itu dan memastikan masa depan atlet sukan berkenaan terjamin. - Gambar fail
Piala Thomas: Leong Jun Hao lakar kebangkitan, pastikan kemenangan Malaysia!
Leong Jun Hao melakar kebangkitan memastikan Malaysia memperoleh kemenangan ke atas wakil Hong Kong, Angus Ng Ka Long.
1MDB: Prosiding Najib julung kali dibuat pada Sabtu
Perbicaraan pertama dibuat pada hujung minggu ini berlangsung tepat jam 8.30 pagi, selepas bekas Perdana Menteri itu dibawa pihak berkuasa dengan menaiki kenderaan dari Jabatan Penjara.
PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan akan dibebani isu semasa - Muhyiddin
PRK ini bakal jadi referendum untuk rakyat suarakan pandangan yang disifatkan Muhyiddin sebagai perasaan tidak puas hati.
Pelajar PhD USIM ambil ujian di sebalik runtuhan di Gaza
Pelajar PhD USIM warga Palestin nekad menjalani Ujian Kelayakan yang dijalankan secara dalam talian pada Jumaat walaupun berdepan risiko dibom tentera Zionis pada bila-bila masa.
UMNO dan BN dokong calon PH demi Kerajaan Perpaduan - Ahmad Zahid
Presiden UMNOsedar taktik pihak tertentu yang cuba melaga-lagakan parti pimpinannya dengan parti komponen Pakatan Harapan itu.
PRK Kuala Kubu Baharu saksikan pertandingan empat penjuru
Keempat-empat calon itu ialah Khairul Azhari Saut (PN), Pang Sock Tao (PH), Nyau Ke Xin (Bebas) dan Hafizah Zainudin (Parti Rakyat Malaysia).
3 maut, 5 parah nahas dua pacuan empat roda
Tiga maut, lima parah dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan pacuan empat roda di Jalan Kuala Krai-Gua Musang kira-kira jam 12.30 pagi tadi.
Penunjuk perasaan pro-Palestin di Paris kepung universiti
Penunjuk perasaan pro-Palestin mengepung bangunan dan kawasan hadpaan Universiti Sciences Po yang berprestij di Paris pada Jumaat.
Piala Thomas: Zii Jia pamer magis tarik perhatian ramai di Chengdu
Zii Jia merekodkan kemenangan ke atas Lee Cheuk Yiu dalam aksi yang mengambil masa 45 minit menghadirkan saat-saat terbaik dalam saingan pembukaan ini.
Youth All Girls raih gangsa di Amerika Syarikat
Pasukan sorak Malaysia Youth All Girls raih gangsa di The 2024 International Cheer Union World Cheerleading Championships (ICU JWCC) di Florida, Amerika Syarikat pada Khamis.
Hamidin yakin 20 hingga 29 atlet mampu beraksi di Olimpik Paris
Jumlah maksimum boleh mencecah 29 atlet termasuk kelayakan secara merit, tempat kesejagatan dan kuota yang tidak digunakan.
SUKMA: Selangor hantar 1,138 atlet, tanding semua jenis sukan
Kontinjen Selangor menyasarkan untuk menurunkan 1,138 atlet bagi membawa cabaran dalam semua 37 jenis sukan yang dipertandingkan pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) ke-21 di Sarawak.
Kedah beri ganjaran RM60,000 kepada 24 atlet
Seramai 24 atlet Kedah yang mewakili negara di Sukan Komanwel Birmingham 2022 dan Sukan SEA Kemboja 2023 menerima insentif keseluruhan berjumlah RM60,000 daripada kerajaan negeri Kedah.
SUKMA: Sarawak hantar 1,000 atlet, tanding semua jenis sukan
Kontinjen tuan rumah, Sarawak akan menurunkan kira-kira 1,000 atlet untuk mengambil bahagian dalam kesemua 37 jenis sukan yang dipertandingkan pada Sukan Malaysia (SUKMA) ke-21.
Muay Thai Perak giat jalani latihan intensif hadapi SUKMA 2024
Bernard berkata pasukannya tidak menghadapi sebarang masalah malah berada di landasan tepat dan berjalan seperti yang dirancang.
Perluas caruman KWSP, Perkeso kepada atlet bukan Program Podium - Atlet
Penembak veteran Nur Suryani menyifatkan cadangan itu sebagai adil memandangkan mereka juga memerah keringat mengharumkan nama negara.
Caruman KWSP, Perkeso untuk atlet kurangkan beban Yakeb - Noorul Ariffin
Meskipun para atlet akan mencarum kelak, Yakeb tetap akan menyalurkan bantuan kepada atlet.
85 atlet Palestin maut dalam serangan Israel di Gaza, Tebing Barat
Kehilangan itu memberi impak yang amat mendalam terhadap komuniti sukan.
Olimpik Paris: Altet Rusia, Belarus dibenar bertanding
Keputusan IOC itu mengesahkan langkah yang dimulakan setahun lalu untuk mengintergrasikan semula Rusia dan sekutu tenteranya Belarus.
CDM yakin lebih ramai atlet negara sahkan slot Olimpik Paris 2024
Keyakinan itu menyusul selepas kejayaan Bertrand Rhodict Lises muncul sebagai atlet Malaysia pertama mengesahkan slot ke Olimpik semalam.