Selepas mencipta fenomena dengan video pelancaran jersi yang berkualiti tinggi, pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) sekali lagi mencuri tumpuan warga media sosial dengan satu lagi video promosi.

Video tiga minit itu bermula dengan adegan Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos yang diceroboh oleh beberapa perompak bersenjata.

Mereka dilihat melarikan beberapa bekas kaca yang menyimpan jersi rasmi pasukan.

Kehadiran para perompak dikesan oleh kamera litar tertutup dan petugas stadium segera menghubungi 'pasukan keselamatan' yang terdiri daripada pemain JDT untuk menyelamatkan keadaan.

Selepas dua jam disiarkan di laman Facebook rasmi Johor Southern Tigers, video tersebut telah meraih lebih 334,000 tontonan dan 18,000 perkongsian.

Rata-rata netizen menafsir mesej yang cuba disampaikan oleh pemilik kelab Tunku Ismail Sultan Ibrahim sebagai perisytiharan perang terhadap mana-mana pihak yang menjual atau membeli jersi ciplak.

SPECIAL VIDEO FROM JDT TEAM

VIDEO KHAS DARI KELAB JOHOR DARUL TA'ZIM-----SPECIAL VIDEO FROM OUR TEAM JOHOR DARUL TA'ZIM Hidup Johor Demi Johor#BerjuangBersamaKami

Posted by JOHOR Southern Tigers on Friday, February 12, 2016

BACA: Pembinaan stadium baharu JDT bakal bermula selepas Tahun Baru Cina

BACA: 'Sikap dan pengetahuan bezakan TMJ dengan orang lain'

BACA: Undang-undang FAM paling bodoh, kata TMJ