Pasukan Ragbi Politeknik Malaysia pada Sabtu telah mengadakan Majlis Flag Off dan Penyerahan Jersi Pasukan Ragbi Politeknik Malaysia sempena penyertaannya di Liga Ragbi Malaysia, Divisyen satu bagi tahun 2019.
Pasukan ini dibarisi oleh 22 pelajar politeknik, 6 alumni, 2 pemain kebangsaan dan diperkuatkan dengan 3 orang pemain import Fiji iaitu Veniona Vukinagauna, Rusiate Nasove, Serupepeli Turuva. Kejohanan berlangsung selama 6 minggu bermula 16 Februari sehingga 23 Mac.
Politeknik Malaysia telah layak bermain di Liga Malaysia sejak 2014 dan terus mengekalkan kedudukan sehingga kini.
Bagi tahun 2019, pasukan ini akan beraksi di divisyen satu bersama Black Hawk, Silver Gaurus dan KL tigers dalam kumpulan A dan diletakkan sebagai pasukan pilihan untuk memenangi kejuaraan tahun 2019.
Tiga pemain import dari Fiji ini pernah mewakili antara kelab utama Fiji, Dewata selain menimba pengalaman dengan Perak dan Kelantan dalam saingan kebangsaan seperti Piala Agong.
Turut mendukung cabaran pasukan ini apabila membuka kempen MRL menentang Silver Gaurus di Padang Tentera Udara Diraja Malaysia, Sungai Besi, Kuala Lumpur ialah dua pemain negara, Syami Afiq Edan dan Azmi Saruman.
Yang Dipertua Majlis Sukan Politeknik Malaysia, Mohamad Amin Hamat berkata, sasaran ini berbekalkan keyakinan dan semangat tinggi. Tiga pemain import Fiji ini tetap yang terbaik untuk dipertaruhkan walaupun kami ada sedikit kekangan kewangan.
"Selebihnya dalam skuad 22 pemain pasukan ini ada enam alumni Politeknik Malaysia dan dua pemain kebangsaan, Syameer dan Azmi." katanya pada majlis pelancaran pasukan di Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti di sini hari ini.
Pasukan Politeknik Malaysia yang menduduki tempat kesembilan daripada 12 pasukan saingan MRL 2017, menghuni Kumpulan C Divisyen Satu musim ini dengan Silver Gaurus, KL Tigers dan Blackhawks.
Perubahan format MRL 2019 selepas ditiadakan tahun lalu, menyaksikan hanya lapan pasukan terbaik 2017 terpilih untuk bersaing dalam Divisyen Perdana antaranya UiTM Lions, Keris Conlay dan Iskandar Raiders.
Namun pasukan bimbingan Mohd. Shafie Osman ini terpaksa melupakan khidmat pemain tujuh sebelah negara, Amalul Azim yang terikat dengan larangan Kesatuan Ragbi Malaysia dan program Sukan SEA 2019.
Pengurus pasukan, Sharifuddin Yusof berkata, mereka mengadakan dua perlawanan ujian sebagai persediaan menghadapi MRL 2019 dengan menang sekali dan kalah sekali dengan JLJ (Jurutera Letrik dan Jentera) dan UPM (Universiti Putra Malaysia Serdang Angels).
"Kami perlu menang perlawanan pertama esok sebagai penyuntik semangat bagi dua aksi seterusnya. KL Tigers khabarnya ada ramai pemain warga asing manakala Silver Gaurus merupakan juara bertahan Divisyen Satu," katanya, merujuk lawan Kumpulan C.
Dalam majlis ini, turut diadakan sesi penyerahan tajaan daripada 6 penaja iaitu Torpedo Sport, Vonti, High Performance Drink, AH Photo Work, ATF Sport Taping dan Koperasi Politeknik Merlimau Melaka Berhad.
Majlis disempurnakan oleh Mohamad Amin bin Hamat, Timbalan Ketua Pengarah (Governan) Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti merangkap Yang Dipertua Majlis Sukan Politeknik.
*Awani Rangers ialah inisiatif Astro AWANI bagi menggalakkan pelajar Institut Pengajian Tinggi untuk berkongsi cerita serta menghasilkan bahan berita dan informasi dalam era kewartawanan moden.
Awani Rangers
Sat Feb 16 2019
Kejohanan Liga Ragbi Malaysia berlangsung selama 6 minggu bermula 16 Februari sehingga 23 Mac - Foto Politeknik Malaysia
KKR, CIDB zahir hasrat hantar pekerja ke Nagasaki teroka kemahiran TVET
KKR menerusi agensinya Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) berhasrat memulakan penghantaran pekerja ke Nagasaki, Jepun menjelang suku keempat tahun ini.
Piala Thomas: Leong Jun Hao lakar kebangkitan, pastikan kemenangan Malaysia!
Leong Jun Hao melakar kebangkitan memastikan Malaysia memperoleh kemenangan ke atas wakil Hong Kong, Angus Ng Ka Long.
1MDB: Prosiding Najib julung kali dibuat pada Sabtu
Perbicaraan pertama dibuat pada hujung minggu ini berlangsung tepat jam 8.30 pagi, selepas bekas Perdana Menteri itu dibawa pihak berkuasa dengan menaiki kenderaan dari Jabatan Penjara.
PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan akan dibebani isu semasa - Muhyiddin
PRK ini bakal jadi referendum untuk rakyat suarakan pandangan yang disifatkan Muhyiddin sebagai perasaan tidak puas hati.
Pelajar PhD USIM ambil ujian di sebalik runtuhan di Gaza
Pelajar PhD USIM warga Palestin nekad menjalani Ujian Kelayakan yang dijalankan secara dalam talian pada Jumaat walaupun berdepan risiko dibom tentera Zionis pada bila-bila masa.
UMNO dan BN dokong calon PH demi Kerajaan Perpaduan - Ahmad Zahid
Presiden UMNOsedar taktik pihak tertentu yang cuba melaga-lagakan parti pimpinannya dengan parti komponen Pakatan Harapan itu.
PRK Kuala Kubu Baharu saksikan pertandingan empat penjuru
Keempat-empat calon itu ialah Khairul Azhari Saut (PN), Pang Sock Tao (PH), Nyau Ke Xin (Bebas) dan Hafizah Zainudin (Parti Rakyat Malaysia).
3 maut, 5 parah nahas dua pacuan empat roda
Tiga maut, lima parah dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan pacuan empat roda di Jalan Kuala Krai-Gua Musang kira-kira jam 12.30 pagi tadi.
Penunjuk perasaan pro-Palestin di Paris kepung universiti
Penunjuk perasaan pro-Palestin mengepung bangunan dan kawasan hadpaan Universiti Sciences Po yang berprestij di Paris pada Jumaat.
Piala Thomas: Zii Jia pamer magis tarik perhatian ramai di Chengdu
Zii Jia merekodkan kemenangan ke atas Lee Cheuk Yiu dalam aksi yang mengambil masa 45 minit menghadirkan saat-saat terbaik dalam saingan pembukaan ini.
Cabaran industri media? Ini cara pelajar UUM persiapkan diri
Graduan media pada hari ini pula mula beralih arah untuk melakukan aktiviti GIG Ekonomi
Mengenali potensi anak-anak OKU
Penganjuran kali ini mendapat kerjasama baik dengan Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK), Seri Kemunting, Masjid Tanah.
Inspirasi Polycuisine Bakery pupuk semangat keusahawanan
Dengan inkubator ini, secara tidak langsung dapat memberi inspirasi kepada pelajar untuk lebih cenderung terhadap bidang keusahawanan
Lawatan akademik ke Pulau Mutiara
Para pelajar telah bersepakat untuk mengenali dengan lebih dekat lagi negeri yang mendapat jolokan Pulau Mutiara ini.
Zulhelmi Abdul Razak johan Majlis Tilawah Al Quran Politeknik Merlimau
Suntikan kerohanian melalui penghayatan Al Quran memberi impak positif serta inspirasi untuk lebih berusaha ke arah kebaikan
Misi kemanusiaan Bravo Project lebarkan sayap ke Indonesia
Lokasi ini dipilih kerana penduduk setempat yang majoritinya berpendapatan rendah sedang mengalami krisis air.
Ujian laluan berbasikal sempena GR PolyCC 2019
Pada sesi percubaan ini, seramai 15 peserta terlibat bagi menguji laluan yang telah dipilih untuk ujian penyesuaian.
Kepuasan Melihat Keindahan Tasik Biru, Kangkar Pulai
Keindahan tasik biru yang semakin hangat diperkatakan, pasti membuatkan ramai yang ingin melihat dengan visual sebenar mengenai keindahan tempat ini
Polisi Hijau Universiti Malaysia Pahang galak semangat cintakan alam sekitar
Pembentukan jawatankuasa kelestarian kampus telah ditubuhkan bagi memastikan inisiatif kelestarian kampus dapat dipantau
UMP Cipta Kecemerlangan bersama Industri, Perkasa Keusahawanan
Amanat Tahunan Naib Canselor 2019 bertemakan Meraikan Kejayaan, Mendampingi Industri dan Menyuburi Keusahawanan