Petinju profesional negara Muhamad Farkhan Haron yang menjuarai Majlis Tinju Asia (WBC) kategori cruiserweight di Singapura Sabtu lalu, akan menjalani latihan di Kelab Tinju Mayweather di Las Vegas, Amerika Syarikat.
Beliau berkata latihan selama dua tahun itu adalah atas tajaan penuh daripada Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan melibatkan kos kira-kira RM4 juta.
Bercakap dalam sidang media di sini hari ini, katanya sehubungan itu beliau tidak bercadang bertanding di peringkat kejuaraan dunia dalam tempoh dua tahun ini.
"Untuk kejuaraan dunia, saya rasa bukan dalam waktu terdekat kerana saya belum cukup yakin terhadap kebolehan diri ... dalam tempoh itu saya akan tumpukan perhatian terhadap latihan di sebuah kelab tinju di Las Vegas, Amerika Syarikat," katanya.
Katanya beliau akan bertolak ke negara itu tidak lama lagi selepas mendapat kelulusan visa.
"Saya mengalami masalah dalam permohonan visa kerana apabila pertama kali memohon pada Disember lalu, saya tersilap memilih jenis visa menyebabkan permohonannya ditolak.
"Kini, saya dalam proses memohonnya semula dan berharap ia berjalan lancar," kata Muhamad Farkhan yang akan ditemani isteri dan ibu ke negara itu nanti.
Mengulas mengenai kemenangannya menentang peninju Indonesia Elly Pangaribuan, petinju berusia 28 tahun itu berkata ia adalah keputusan di luar jangkaan.
"Saya anggap pertemuan dengannya adalah satu cabaran besar memandangkan beliau mempunyai ranking tersendiri," katanya.
Muhamad Farkhan berjaya mengalahkan petinju tersebut selepas hanya dua pusingan daripada jumlah 12 pusingan.
Bernama
Tue Jul 26 2016
Muhamad Farkhan tidak bercadang bertanding di peringkat kejuaraan dunia dalam tempoh dua tahun ini.
PM Anwar hulur sumbangan kepada Daddy Rock
Perdana Menteri berkata Shahrol Asikin yang mengalami masalah komplikasi jantung akan menjalani prosedur pembedahan jantung bulan depan.
Larian hari pertama obor Olimpik di Perancis selesai, Drogba nyalakan kawah
Basile Boli menjadi pembawa obor pertama, memulakan larian dari Basilika Notre-Dame de la Garde yang ikonik.
Mahkamah Agung India bebaskan Ketua Menteri Delhi dengan jaminan sementara
Kejriwal ditahan Direktorat Penguatkuasaan pada 21 Mac berkaitan siasatan rasuah yang melibatkan dasar penjualan alkohol di Delhi.
PM Anwar seru Sime Darby Plantation jadi pelopor kurangkan kebergantungan buruh asing
Anwar berkata pendekatan dan kemajuan teknologi yang digunakan Sime Darby Plantation, disasarkan menjadi contoh kepada pekebun-pekebun kecil.
AirAsia terus sokong inisiatif FLYsiswa, permohonan baucar kini dibuka
Pelajar kini punya akses ke 47 laluan di seluruh rangkaian domestik AirAsia, menghubungkan Semenanjung ke Sabah, Sarawak dan Labuan.
Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura dapat tarik FDI daripada syarikat multinasional - Maybank IB
Johor mempunyai tenaga buruh yang kompetitif, tanah yang banyak dan sumber tenaga yang lebih murah.
UTM optimis pacu teknologi AI negara, lahir tenaga mahir
Inisiatif kolaboratif dengan institusi akademik lain dikenali sebagai Konsortium AI Malaysia turut diperkenal.
337 stesen pemancar 5G beroperasi di Pahang
Baki 24 struktur disasarkan untuk disiapkan menjelang penghujung suku kedua tahun ini sekali gus menepati sasaran liputan 5G di kawasan berpenduduk.
Dua dokumentari warisan Malaysia disenarai dalam MOWCAP
Dua dokumentari itu ialah At-Tarikh Salasilah Negeri Kedah: Genealogical History of Kedah State dan The Royal Correspondence of Baginda Omar.
Ibu bapa berperanan penting dalam tumbesaran kanak-kanak
Beliau berkata pelbagai masalah mungkin timbul, sekiranya kanak-kanak tidak mendapat perhatian yang cukup daripada ibu bapa.
Wai Ching pertahan juara Scale the Strat 2024
Wai Ching turut memperbaharui rekod yang dicatatnya pada tahun lepas 3 saat lebih pantas berbanding tahun lalu.
Dahului Dubai, Las Vegas, Kuala Lumpur di tangga ke-18 bandar terbaik dunia 2024
Ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur menduduki tangga ke-18 secara global sebagai bandar terbaik untuk tahun 2024.
Verstappen unggul tawan GP F1 Las Vegas
Max Verstappen merangkul kemenangan ke-18 musim ini ketika dia dikenakan penalti lima saat untuk mengungguli Grand Prix (GP) Las Vegas.
JLo kini sah menjadi isteri Ben Affleck
Cinta yang pernah terjalin 20 tahun lalu kini direalisasikan mereka dalam perkahwinan.
4 maut, pesawat bertembung di utara Las Vegas
FAA dan Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (NTSB) sedang menyiasat nahas itu.
Justin Bieber tangguh konsert selepas disahkan positif COVID-19
Penyanyi berusia 27 tahun itu dilaporkan berada dalam keadaan stabil.
Jho Low berpesta seperti "tiada hari esok", berhabis lebih RM1 juta untuk DiCaprio, Paris Hilton - Laporan
Perbelanjaan hiburan itu termasuk 65 botol Cristal Champagne dengan harga kira-kira AS$100,000 dan tip kepada pelayan bar sehingga AS$38,955.
Siapa pengganti Adele di Caesars' Palace?
Caesars Entertainment enggan mengulas tentang pengganti yang berpotensi bagi bulan Februari dan awal Mac.
Kru dijangkiti COVID-19, Adele tangguh konsert di Las Vegas
Penyanyi Adele mengumumkan penangguhan siri konsertnya di Las Vegas, Amerika Syarikat sehari sebelum persembahan sepatutnya berlangsung.
Anugerah Grammy dijadual semula pada 3 April akibat COVID-19
Anugerah Grammy 2022 telah dijadualkan semula pada April ini selepas ditangguhkan akibat krisis COVID.