Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) Datuk Seri Subahan Kamal yakin skuad hoki lelaki kebangsaan mampu melepasi saingan Separuh Akhir Liga Hoki Dunia di London, Jun ini, sekaligus meraih slot ke Piala Dunia 2018.
Jika skuad kebangsaan gagal berbuat demikian, Subahan berkata beliau sedia melepaskan jawatannya selaku presiden konfederasi itu serta merta.
"Saya telah maklumkan perkara ini ada dalam KPI (Indeks Petunjuk Prestasi) saya iaitu layak ke Piala Dunia dan Sukan Olimpik. Saya sudah berada di sini (sebagai presiden) selama dua tahun dan dalam tempoh itu telah membelanjakan duit (untuk tujuan pembangunan) tapi masih lagi terkapai-kapai tidak boleh layak ke Piala Dunia.
"Jika pasukan lelaki gagal layak ke Piala Dunia pada Jun ini, saya merasakan adalah adil bagi KHM untuk mempunyai seorang pemimpin baharu," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat agung tahunan KHM ke-64 di sini pada Sabtu.
Skuad hoki kebangsaan yang dikenali dengan jolokan ''Malaysian Tigers'' bakal berentap di Separuh Akhir Liga Hoki Dunia di London dari 15 hingga 25 Jun, dan sekurang-kurangnya perlu layak ke suku akhir bagi meraih tiket ke Piala Dunia 2018 di Bhubaneswar, India.
Malaysia yang muncul juara pada pusingan kedua di Dhaka, Bangladesh, bulan lepas, diundi dalam Kumpulan A bersama-sama tuan rumah England, pasukan nombor satu dunia Argentina, Korea Selatan dan China.
Kumpulan B pula membariskan pasukan di ranking keenam dunia India, Scotland, Belanda, Pakistan dan Kanada.
Empat pasukan terbaik setiap kumpulan akan layak ke suku akhir.
Sementara itu, Subahan yang juga pengerusi jawatankuasa pasukan kebangsaan, berkata beliau telah mengarahkan Pengarah Teknikal KHM, Terry Walsh dan jurulatih negara Stephen Van Huizen bagi menyelesaikan masalah kelemahan pukulan sudut penalti skuad kebangsaan sebelum mereka ke London.
Beliau berkata pencapaian skuad kebangsaan pada kejohanan Piala Sultan Azlan Shah baru-baru ini, bukan satu yang membimbangkan tetapi ia menjadi platform terbaik untuk mengenal pasti kelemahan yang ada pada setiap pemain.
"Kejohanan Piala Sultan Azlan Shah adalah platform terbaik bagi kita mempelajari (teknik permainan) pasukan-pasukan terbaik dunia, dan kelemahan yang kita kenal pasti adalah pukulan sudut penalti.
"Kita ada tiga minggu untuk atasi perkara ini secara menyeluruh, dan kita mahu apabila bersaing di London nanti, pemain kita mampu untuk menyudahkan pukulan sudut penalti," katanya.
Selain skuad hoki lelaki, pasukan kebangsaan wanita juga akan menghadapi cabaran yang sama dalam kejohanan yang berlangsung di Brussels, Belgium dari 21 Jun hingga 2 Julai depan.
Skuad bimbingan Muhammad Dharma Raj Abdullah yang berada di ranking ke-22 dunia itu, diundi dalam Kumpulan B bersama-sama tuan rumah Belgium yang menghuni ranking ke-14 dunia, naib juara Piala Dunia 2014, Australia, New Zealand yang berada di ranking kelima dunia serta Sepanyol (ranking ke-10).
"Saya langsung tidak gementar, saya yakin Malaysia akan layak ke Piala Dunia berdasarkan merit bagi skuad lelaki dan untuk pasukan wanita, saya yakin mereka mampu menampilkan yang terbaik dan mungkin juga layak.
"Untuk berlaku adil kepada pasukan wanita, kejayaan mereka mara sehingga ke peringkat ini benar-benar satu pencapaian yang baik. Skuad hoki wanita kita kini sudah berani bersaing di peringkat dunia dan tidak gentar berdepan pasukan seperti Itali, Ireland dan New Zealand," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 14 2017
Datuk Seri Subahan Kamal (dua, kiri) pada sidang media selepas Mesyuarat Agung Tahunan 2017 KHM . - Foto Bernama
Proses penamaan calon berlangsung 9 pagi ini
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut nahas
Mangsa lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pemuzik di DBKL meninggal dunia di tempat kejadian.
Bebaskan pasaran buruh dari perangkap gaji berasaskan kelayakan akademik - Penganalisis
Malaysia harus beralih ke arah penetapan gaji berdasarkan kompetensi pekerja.
Raja Charles III sambung tugas awam minggu depan
Raja Britain, Raja Charles ketiga akan meneruskan tugas awamnya minggu depan setelah cataT perubahan baik dalam rawatan kanser. Baginda akan memulakan dengan lawatan simbolik ke pusat rawatan kanser.
Demonstrasi pro-Palestin di kampus universiti AS
Demonstrasi pro-Palestin tercetus di beberapa kampus utama Amerika Syarikat. Pelajar menuntut gencatan senjata kekal dan menekan Washington untuk menamatkan sumbangan dana tentera kepada Israel.
Dakwaan Israel: PBB masih siasat 8 individu
Pasukan Khas PBB menutup satu kes dan menggantung tiga kes berhubung dakwaan terhadap 12 petugas UNRWA yang terlibat dengan Hamas, susulan kekurangan bukti dari Israel.
Hamas mahu gencatan senjata bersyarat
Hamas komited kuatkuasa gencatan senjata dalam perang dengan Israel, namun dengan syarat yang dituntut.
Penghidap kanser tulang impikan telefon bimbit
Siti Zubaidah, calon SPM yang mengidap kanser tulang, bercita-cita memiliki telefon bimbit untuk merakam kenangan sebelum pergi. Petronas merealisasikan impian ini melalui program 50 Dreams.
Malaysia seru pihak terlibat supaya bertenang dan minta siasatan dijalankan terhadap isu kemanusiaan di Gaza
Malaysia seru semua pihak yang terlibat supaya bertenang dan menghentikan tindakan provokatif yang boleh memburukkan lagi konflik di rantau Asia Barat.
PRK Kuala Kubu Baharu bermula hari ini
PRK DUN Kuala Kubu Baharu dimulakan hari ini dengan proses penamaan calon di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor. Calon dari parti serta calon bebas boleh serahkan borang pencalonan mulai jam 9 pagi.
Sarjit bayangkan empat pemain senior sertai Speedy Tigers
Sarjit akan menyenarai pendek 18 pemain daripada 30 pemain untuk kejohanan jemputan di Ipoh dari 4-11 Mei.
Ahmad Najmi pengurus baharu Speedy Tigers
Subahan berkata, Ahmad Najmi merupakan calon yang sesuai untuk memegang jawatan tersebut.
Sarjit umum 30 pemain Speedy Tigers esok
Senarai itu akan dikecilkan dengan 18 pemain bakal disenarai bagi menyertai saingan Piala Sultan Azlan Shah pada 4 hingga 11 Mei depan.
Speedy Tigers uji kekuatan dengan New Zealand 1 Mei depan
Perlawanan persahabatan di Ipoh itu bagi menguji kekuatan Speedy Tigers yang 'berwajah' baharu sebelum beraksi di Piala Sultan Azlan Shah.
Arul harap Sarjit teruskan aspek sains sukan dalam skuad hoki negara
Banyak elemen sains sukan diperkenalkan bagi meningkatkan prestasi skuad negara dengan harapan ia mampu bersaing dengan pasukan terbaik dunia.
Wujudkan kembali divisyen satu, liga dua pusingan - Nor Saiful
Selain setiap pasukan boleh bermain dengan aksi timbal balik, penyertaan pasukan juga boleh dibahagikan mengikut standard ditetapkan.
Piala TNB: TNB hampiri gelaran 'treble'
Pada aksi suku akhir kedua di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, TNB berada pada kedudukan selesa selepas membelasah Kuala Lumpur City 17-1.
Jurulatih baharu Speedy Tigers diketahui hari ini
Pengumuman ketua jurulatih baharu dijangka diumumkan Subahan selepas mempengerusikan mesyuarat khas pertama persatuan itu pagi ini.
Dharmaraj antara empat calon disenarai pendek kemudi Speedy Tigers
Empat daripada 23 calon disenarai pendek itu akan melalui proses sesi temu duga oleh jawatankuasa badan induk sukan berkenaan minggu ini.
Hoki: Ketua jurulatih baharu Speedy Tigers akan dilantik secepat mungkin
Jawatan ketua jurulatih pasukan hoki kebangsaan akan diisi secepat mungkin dan dijangka sebelum bulan Ramadan.