Tiga pemain bola sepak Terengganu dan Johor yang dilayangkan kad merah susulan pergaduhan pada aksi di Sukan Malaysia Perak (Sukma 2018) dikenakan penggantunggan tiga perlawanan termasuk satu perlawanan secara automatik.
Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam kenyataan media menegaskan amaran keras dan hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika mereka mengulangi kesalahan sama.
Tiga pemain Terengganu iaitu Mohammad Rahmat Makasuf, Mohamad Shafawi Mohamad dan Muhamad Fakrul Wahid dikenakan tindakan selepas melanggar Artikel 50.1(d) dibaca bersama Artikel 18.4 Kod Tatatertib FAM akibat tindakan berkelakuan ganas dengan menumbuk dan menendang pemain pasukan Johor.
Penggantungan tiga perlawanan itu melibatkan perlawanan antara Terengganu melawan Wilayah Persekutuan pada 12 Sept (penggantungan perlawanan secara automatik), Terengganu melawan Perlis (hari ini) dan aksi separuh akhir jika layak.
Jika tidak layak ke separuh akhir, penggantungan akan dibawa ke Perlawanan Rasmi pertama yang berikutnya.
Pasukan Johor telah tersingkir daripada saingan bola sepak Sukma 2018 selepas perlawanan itu berakhir dengan Terengganu menang tipis 2-1 ke atas Johor, maka penggantungan tiga perlawanan yang dikenakan dibawa ke tiga Perlawanan Rasmi pertama.
Tiga pemain Johor yang menerima hukuman itu ialah Mohamad Hariz Kamarudin, Nur Ismail Sukandar dan Muhammad Azrul Haziq Aminuddin.
Terdahulu, pada 10 Sept di Stadium UPSI Tanjung Malim, aksi antara Terengganu dan Johor dicemari dengan insiden pergaduhan pada masa tambahan yang berpunca daripada provokasi tolak menolak sebelum seorang pemain Johor didakwa mula menendang pemain Terengganu sehingga menyebabkan keadaan menjadi sedikit kecoh.
Insiden itu juga menyebabkan seorang penjaga garisan yang cuba mententeramkan keadaan terjatuh selepas ditolak beberapa pemain.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 15 2018
Pada 10 September, kekecohan berlaku di padang sewaktu pertemuan pasukan Johor dan Terengganu telah dirakam dan ditularkan penonton yang menyaksikannya. - Media sosial
ASEAN-BAC akan tertumpu mendorong janji niaga, transaksi, produk serantau
Asean-BAC yang akan dipengerusikan oleh Malaysia tahun depan akan tertumpu untuk menghasilkan peningkatan janji niaga.
Menteri Luar Malaysia perkukuh hubungan dengan China semasa lawatan rasmi pertama
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan perbincangan substantif dengan rakan sejawatannya, Wang Yi, dalam lawatan pertama beliau ke China sejak memegang jawatan itu pada Disember 2023.
PRK Kuala Kubu Baharu: Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon PN
Pemangku Ketua Bahagian Bersatu Hulu Selangor Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu.
MITRA rangka pelbagai bantuan untuk pembangunan masyarakat India
Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) sedang merangka pelbagai program bantuan yang bersesuaian bagi pembangunan kaum itu.
ESSCOM laksana tugas cemerlang bendung ancaman - Kaunselor EU
Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) telah melaksanakan tugas dengan cemerlang dalam membendung pelbagai ancaman di Zon Selamat Pantai Timur Sabah (ESS ZONE).
APMM rampas minuman beralkohol, bot, enjin bernilai RM472,000
APMM Labuan merampas minuman beralkohol pelbagai jenama, sebuah bot fiber, dan tiga enjin dianggarkan bernilai lebih RM472,000 yang disyaki terlibat dalam aktiviti penyeludupan.
Kefahaman orang ramai terhadap harta intelek masih rendah - Fuziah
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup komited meningkatkan kefahaman orang ramai yang masih rendah terhadap harta intelek, kata Timbalan Menterinya Fuziah Salleh.
MITI perkenal slogan baharu: Fokus diperbaharui pacu pelaburan, perdagangan, industri
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) telah memperkenalkan slogan baharu "Pemacu Potensi Global" yang mencerminkan fokusnya yang diperbaharui.
Kelaparan akut jejaskan 281.6 juta orang tahun lepas - PBB
Tahap bahaya kelaparan akut menjejaskan 281.6 juta orang tahun lepas, tahun kelima berturut-turut bahawa ketakjaminan makanan semakin memburuk.
Pusat Kargo KLIA gempar ancaman bom, rupanya bungkusan berisi komputer riba
Pusat Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) gempar apabila mesin pengimbas menerima bungkusan tertera ayat ancaman bom hari ini.
Arab Saudi ulangi amaran hukuman berat ke atas jemaah haji tanpa permit
Kerajaan Arab Saudi mengulangi amaran akan mengenakan hukuman berat kepada mana-mana individu yang mengerjakan ibadah haji tanpa permit yang sah.
Penganjur pesta seks bebas bakal diambil tindakan tegas - Polis Johor
Polis Johor memberi amaran keras kepada pihak yang menganjurkan pesta seks bebas "Gang Bang JB Party" agar acara itu tidak diteruskan dan dibatalkan.
Polis beri amaran keras, penganjuran Thai Hot Guy dibatalkan
Penganjuran program Thai Hot Guy yang dirancang akan diadakan di sebuah premis di Jalan Tun Razak pada 30 Mac ini dibatalkan.
Amaran keras kepada pengeluar pastikan bekalan telur domestik dipertingkat - Nanta
Alexander Nanta Linggi memberi amaran keras kepada semua pengeluar telur untuk memastikan pengeluaran bagi kegunaan domestik dipertingkat.
Najib diberi amaran keras oleh mahkamah, berhenti serang Zeti Akhtar di Facebook
Mahkamah Tinggi mengeluarkan amaran keras kepada Datuk Seri Najib Tun Razak agar tidak mengulangi "serangan secara maya" terhadap Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz.
26 individu dikompaun gagal pakai pelitup muka
Kompaun dikeluarkan susulan operasi dijalankan di pantai awam Batu Layar, Bayu Damai.
FAM gantung Nik Akif dan tiga pemain Liga M3
Pemain skuad Bawah 23 Tahun negara itu bersalah menumbuk perut pemain Sarawak Mohd Badrul Hisham Mohamad Hussein pada perlawanan Liga Premier yang berlangsung di Stadium Negeri, Kuching.
Sukma 2018: Tiga pemain Terengganu, Johor digantung tiga perlawanan
Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia dalam kenyataan media menegaskan amaran keras dan hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika mereka mengulangi kesalahan sama.