Pemain Malaysia, Ivan Yuen dan Vanessa Raj, terpaksa akur kepada lawan masing-masing dalam perlawanan akhir pusingan kelayakan Kejohanan Skuasy Terbuka Hong Kong, yang berlangsung di gelanggang Kelab Bola Sepak Hong Kong pada Isnin.
Yuen mempamerkan prestasi cemerlang ketika menentang Declan James dari England dalam perlawanan lima set sebelum tumpas 11-5, 5-11, 8-11, 11-3 dan 6-11 dalam perlawanan berlangsung kira-kira satu jam 40 minit.
Vanessa Raj pula kalah kepada pemain veteran Mexico, Samantha Teran 8-11, 7-11 dan 2-11 dalam perlawanan selama 24 minit, menurut laman sesawang kejohanan itu, www.hksquashopen.com.
Pada perlawanan kelayakan pertama, Yuen mengetepikan pemain tuan rumah, Ma Tsz Hei 11-8, 11-2, 11-7, manakala Vanessa Raj mengalahkan Cheng Nga Ching, juga dari Hong Kong, 11-5, 11-5, 11-8.
Sementara itu, ratu skuasy Malaysia dan pemain nombor dua dunia, Datuk Nicol David, yang sedang memburu gelaran ke-10 di Terbuka Hong Kong, akan berdepan Liu Tsz Ling dari Hong Kong dalam pusingan pembukaan, Rabu ini.
Untuk rekod, Nicol menjuari Terbuka Hong Kong sembilan kali berturut-turut sejak 2006.
Low Wee Wern, yang kembali ke gelanggang antarabangsa setelah berehat sekian lama kerana mengalami kecederaan lutut, akan menentang pemain yang melayakkan diri ke kejohanan ini pada Selasa, manakala juara kebangsaan 2015, Delia Arnold, akan bertemu pemain Guyana, Nicolette Fernandes, sehari kemudian.
Pemain lelaki nombor satu Malaysia, Mohd Nafiizwan Adnan akan memulakan kempennya menentang pemain England, Daryl Selby, pada Selasa.
Kesemua perlawanan pusingan awal bagi kedua-dua kategori di Pusat Skuasy Hong Kong, manakala perlawanan separuh akhir dan akhir akan berlangsung di Pusat Skuasy Hong Kong Park.
Bernama
Mon Nov 30 2015
Ivan Yuen dan Vanessa Raj (gambar) masing-masing ditundukkan pemain dari England dan Mexico. - Gambar fail
KKR, CIDB zahir hasrat hantar pekerja ke Nagasaki teroka kemahiran TVET
KKR menerusi agensinya Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) berhasrat memulakan penghantaran pekerja ke Nagasaki, Jepun menjelang suku keempat tahun ini.
Piala Thomas: Leong Jun Hao lakar kebangkitan, pastikan kemenangan Malaysia!
Leong Jun Hao melakar kebangkitan memastikan Malaysia memperoleh kemenangan ke atas wakil Hong Kong, Angus Ng Ka Long.
1MDB: Prosiding Najib julung kali dibuat pada Sabtu
Perbicaraan pertama dibuat pada hujung minggu ini berlangsung tepat jam 8.30 pagi, selepas bekas Perdana Menteri itu dibawa pihak berkuasa dengan menaiki kenderaan dari Jabatan Penjara.
PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan akan dibebani isu semasa - Muhyiddin
PRK ini bakal jadi referendum untuk rakyat suarakan pandangan yang disifatkan Muhyiddin sebagai perasaan tidak puas hati.
Pelajar PhD USIM ambil ujian di sebalik runtuhan di Gaza
Pelajar PhD USIM warga Palestin nekad menjalani Ujian Kelayakan yang dijalankan secara dalam talian pada Jumaat walaupun berdepan risiko dibom tentera Zionis pada bila-bila masa.
UMNO dan BN dokong calon PH demi Kerajaan Perpaduan - Ahmad Zahid
Presiden UMNOsedar taktik pihak tertentu yang cuba melaga-lagakan parti pimpinannya dengan parti komponen Pakatan Harapan itu.
PRK Kuala Kubu Baharu saksikan pertandingan empat penjuru
Keempat-empat calon itu ialah Khairul Azhari Saut (PN), Pang Sock Tao (PH), Nyau Ke Xin (Bebas) dan Hafizah Zainudin (Parti Rakyat Malaysia).
3 maut, 5 parah nahas dua pacuan empat roda
Tiga maut, lima parah dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan pacuan empat roda di Jalan Kuala Krai-Gua Musang kira-kira jam 12.30 pagi tadi.
Penunjuk perasaan pro-Palestin di Paris kepung universiti
Penunjuk perasaan pro-Palestin mengepung bangunan dan kawasan hadpaan Universiti Sciences Po yang berprestij di Paris pada Jumaat.
Piala Thomas: Zii Jia pamer magis tarik perhatian ramai di Chengdu
Zii Jia merekodkan kemenangan ke atas Lee Cheuk Yiu dalam aksi yang mengambil masa 45 minit menghadirkan saat-saat terbaik dalam saingan pembukaan ini.
Malaysia menang bergaya hari pertama Kejohanan Skuasy Berpasukan Asia
Pasukan lelaki dan wanita negara memulakan kempen Kejohanan Berpasukan Asia dengan bergaya pada hari pertama kejohanan yang berlangsung di Pusat Skuasy Nasional Bukit Jalil, di sini pada Selasa.
Terbuka Malaysia: Tiga pemain Malaysia lepasi pusingan pertama
Pemain bukan pilihan Rachel mengenepikan cabaran Tsz-Wing Tong dari Hong Kong 11-2, 5-11, 11-9, 11-5, untuk layak ke pusingan kedua.
Nafiizwan, Delia pertahan gelaran kebangsaan
Pilihan utama kejohanan, Mohd Nafiizwan Mohd Adnan menepati ramalan apabila menjuarai Kejohanan Skuasy Kebangsaan selepas menewaskan Ivan Yuen pada perlawanan akhir di Pusat Skuasy Nasional.
Yuen, Vanessa tersingkir pada Kejohanan Skuasy Terbuka Hong Kong
Kedua-dua pemain terpaksa akur kepada lawan masing-masing dalam perlawanan akhir pusingan kelayakan Kejohanan Skuasy Terbuka Hong Kong.