“Awas Doktor Palsu” - 'scam alert’ itu dikeluarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bulan lepas dan terdapat juga di laman Facebook Public Health Malaysia.
Istilah ‘doktor palsu’ mengikut Kementerian Kesihatan merujuk kepada pengamal perubatan atau pergigian yang tidak diiktiraf atau tidak berdaftar dengan Majlis Perubatan Malaysia atau Majlis Pergigian Malaysia, dalam menawarkan perkhidmatan.
Sejak beberapa tahun lepas terdapat laporan berhubung kegiatan individu, menyamar sebagai doktor malah ada yang menawarkan perkhidmatan pergigian dengan bayaran yang murah di hotel-hotel, yang boleh membahayakan nyawa mereka yang dirawat.
Berdasarkan statistik Kementerian Kesihatan, sebanyak 28 kes direkodkan pada 2018 membabitkan pemegang perakuan atau pemegang lesen yang dikenakan tindakan, kerana menggajikan doktor yang tidak berdaftar, manakala jumlah kes yang diambil tindakan pada tahun lepas sebanyak 14 kes.
Kes-kes itu walaupun tidak banyak, cukup untuk menimbulkan kebimbangan memandangkan bidang perubatan, jika tidak mendapat rawatan yang betul boleh mendatangkan mudarat dan melibatkan nyawa pesakit.
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata doktor palsu dikategorikan kepada tiga kumpulan iaitu individu yang memberi rawatan perubatan moden; tidak bertauliah; dan individu yang menggunakan gelaran doktor tanpa sijil sah.
Bagi individu yang memberikan rawatan perubatan moden, mereka menjalankan aktiviti itu di premis yang tidak berdaftar atau tidak berlesen, manakala individu yang tidak bertauliah pula akan memberi perkhidmatan jagaan kesihatan di kemudahan atau perkhidmatan jagaan kesihatan swasta (KPJKS) yang berdaftar atau berlesen dengan Kementerian Kesihatan.
“Kumpulan ketiga adalah individu yang menggunakan gelaran 'doktor' bagi memberi gambaran bahawa dia adalah seorang doktor perubatan bertauliah, dengan tujuan melariskan penjualan produk atau bagi meraih kepercayaan pelanggan," kata Dr Noor Hisham kepada Bernama.
Mengulas lanjut, beliau berkata masyarakat dikhuatiri berisiko menghadapi masalah atau penyakit seperti kecacatan kekal, ganguan emosi, mental atau risiko kematian, sekiranya berterusan menggunakan perkhidmatan daripada individu tidak terlatih itu.
"Terdapat kes di mana pesakit mendapat kecacatan kekal pada muka dan anggota badan, apabila menjalani pembedahan yang dilakukan individu tidak bertauliah ini," katanya.
Beliau berkata pesakit juga boleh mengalami implikasi kerugian wang ringgit, kerana bukan sahaja telah melaburkan sejumlah wang, tetapi terpaksa berbelanja lebih banyak untuk merawat masalah kesihatan akibat rawatan pengamal yang tidak berdaftar, selain tidak dapat menuntut ganti rugi melalui tuntutan sivil atau tribunal pengguna.
Dr Noor Hisham berkata pelbagai faktor dipercayai mendorong individu tidak bertauliah membuka klinik atau menyediakan perkhidmatan jagaan kesihatan, antaranya ia mempunyai pulangan ekonomi yang tinggi, selain terdapat permintaan yang tinggi daripada rakyat, bagi mendapatkan rawatan perubatan atau pergigian dengan cepat dan dianggap murah.
Faktor-faktor lain ialah kos rawatan di KPJKS yang dianggap mahal atau tidak ditanggung oleh insurans; waktu menunggu untuk mendapatkan rawatan di kemudahan jagaan kesihatan kerajaan yang lama; kurang kesedaran tentang bahaya dan implikasi mendapatkan rawatan daripada individu tidak terlatih; dan percaya kepada iklan.
Individu yang menyediakan perkhidmatan itu boleh dikenakan denda maksima RM300,000 atau penjara tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya sekali, selain perakuan pendaftaran dan lesen hospital atau klinik boleh ditarik balik jika didapati menggunakan khidmat atau menggaji doktor palsu.
Dr Noor Hisham berkata tindakan perundangan iaitu didakwa di mahkamah atau dikompaun dan/atau menarik balik atau menggantung Perakuan Pendaftaran atau Lesen, juga boleh diambil kepada hospital atau klinik swasta atau KPJKS yang berdaftar dengan Kementerian Kesihatan, tetapi menggunakan khidmat doktor palsu.
"Malah, bagi doktor perubatan atau doktor pergigian yang mengambil khidmat atau menggajikan doktor palsu ini boleh diadukan kepada Majlis Perubatan Malaysia atau Majlis Pergigian Malaysia untuk tindakan di bawah ‘Code of Professional Conduct’,” katanya.
Dr Noor Hisham berkata bagaimanapun bagi individu yang menggunakan gelaran 'Doktor’ bagi tujuan pengiklanan untuk melariskan produk atau perkhidmatan yang ditawarkan, tindakan boleh diambil oleh polis di bawah Seksyen 416 Kanun Keseksaan, yang jika didapati bersalah boleh didenda sehingga RM10,000 atau penjara tidak lebih tujuh tahun atau kedua-duanya.
Sehubungan itu, beliau berkata orang ramai boleh menyemak status pendaftaran doktor perubatan melalui portal Majlis Perubatan Malaysia di http://mmc.moh.gov.my/index.php.
Kesahihan doktor pergigian pula boleh disemak melalui portal Majlis Pergigian Malaysia di pautan http://mdc.moh.gov.my/, manakala garis panduan serta doktor mengikut kelayakan dan kepakaran perubatan estetik atau pembedahan kosmetik (plastik surgery) boleh dimuat turun melalui web Kementerian Kesihatan di http://www.moh.gov.my/images/gallery/Garispanduan.
Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendakwaan dan Undang-undang (D5), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, SAC Mior Faridalathrash Wahid, menasihati orang ramai agar membuat laporan sekiranya mengesyaki terdapat individu yang menyamar sebagai doktor perubatan, di mana-mana lokasi.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 12 2020
Doktor palsu dikategorikan kepada tiga kumpulan iaitu individu yang memberi rawatan perubatan moden; tidak bertauliah; dan individu yang menggunakan gelaran doktor tanpa sijil sah. - Gambar hiasan
Bekas CEO 7-Eleven, Hishammudin Hasan dilantik terajui Al-Ikhsan
Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd melantik Datuk Hishammudin Hasan sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) baharunya berkuat kuasa 17 April.
'Inflasi diunjur meningkat suku kedua kesan pelarasan cukai perkhidmatan, rasionalisasi subsidi'
Momentum inflasi diunjur meningkat pada suku kedua tahun ini kesan daripada pelarasan cukai perkhidmatan serta rasionalisasi subsidi bahan api.
Kontroversi UM: Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Anwar menyindir ahli akademik AS yang terbabit dalam kontroversi pro-Israel sebagai sarjana berkualiti rendah dan tidak mempunyai pencapaian luar biasa atau istimewa.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Ulang Tahun Keputeraan kepada Sultan Terengganu
Ucapan itu dizahirkan Seri Paduka Baginda berdua menerusi poster yang dimuat naik di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.
Ada wajah kita tak mahu berpisah, tapi terpaksa melepaskannya - Datuk Red
Menerusi perkongsian itu, Adnan mengatakan ada perkara yang dia terpaksa reda dan menerima takdir yang sudah tertulis untuknya.
Komen jelik nahas helikopter Lumut, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 di Mahkamah Sesyen di sini, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter TLDM.
Bursa Malaysia dibuka rendah, jejaki prestasi Wall Street
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.29 mata kepada 1,566.96 daripada 1,569.25 ketika ditutup pada Khamis.
AWANI Ringkas: Pesawat ringan mendarat cemas di Subang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Cambodia Airways mulakan penerbangan terus Phnom Penh-Kuala Lumpur
Syarikat penerbangan Kemboja, Cambodia Airways, secara rasmi memulakan penerbangan terus dari ibu negaranya, Phnom Penh ke KLIA pada Khamis.
Semangat baharu bina ekosistem inovasi lebih dinamik
Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia, MTDC meneruskan kesinambungan dalam memacu pembangunan teknologi negara, dengan melancarkan Citra MTDC, untuk mewujudkan ekosistem inovasi yang lebih dinamik.
Pusat hiburan diserbu, GRO bersama pengurus ditahan
Seorang pengurus pusat hiburan serta 15 wanita warga asing yang disyaki bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) ditahan dalam serbuan di sebuah kelab malam di Jalan Raja Chulan di sini pada Sabtu.
SKMM rakam percakapan Che'gubard, Salim, Papagomo esok
SKMM mengesahkan memanggil pempengaruh media sosial Chegubard, Salim Iskandar dan Wan Muhammad Azri Wan Deris (Papagomo) untuk rakaman percakapan pada Rabu.
Suspek kes tembak di KLIA dibawa ke Selangor hari ini
Suspek yang melepaskan tembakan di balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, akan dibawa pulang ke Selangor pada Selasa.
Suspek kes tembak KLIA, direman esok di Kelantan - Bukit Aman
Suspek yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, awal pagi semalam, akan direman esok di Mahkamah Kota Bharu.
7,348 kes jenayah komersial direkod hingga Mac, kerugian lebih RM770 juta
Belum sampai tiga bulan, polis sudah merekodkan 7,348 kes jenayah komersial melibatkan kerugian lebih RM770 juta.
Polis tidak 'pilih bulu' siasatan kes 3R
Mohd Shuhaily menasihatkan semua pihak agar menghentikan sentimen isu tersebut.
Polis rampas 51 kg dadah RM2.57 juta, tahan dua ‘transporter’
Polis merampas dadah jenis methamphetamine seberat 51.5 kilogram dianggarkan bernilai RM2.57 juta dalam serbuan di kawasan Kuala Kangsar, pada Sabtu.
Premis urut tawar khidmat ranjang wanita warga asing diserbu
Serbuan Op Noda Mega dilancar Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman di Serdang dan Gombak di Selangor serta Sentul, Kuala Lumpur, semalam.
Polis perlu patuh BMI ditetapkan untuk naik pangkat
Pematuhan terhadap standard jisim indeks tubuh (BMI) yang ditetapkan merupakan antara syarat wajib untuk kenaikan pangkat bagi warga Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Suhaily kenang jasa Paramalingam, hoki bentuk disiplinnya
Disiplin yang dibentuk ketika berada di dalam pasukan hoki Selangor dahulu, menjadikan Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, sebagai seorang yang lebih tegas dan bertanggungjawab.