MELANGKAH sahaja memasuki tarikh 1 Ogos 2020, bermakna tinggal lebih kurang 30 hari sebelum kita menyambut Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos.
Berdasarkan pemahaman semasa, ia adalah penentuan bahawa kita semua selesai menjalani ketetapan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), jika situasi mengizinkan.
Namun, persoalannya adakah semuanya akan berakhir?
Sebelum kita melangkah menuju ke 'hari bersejarah', apa kata kita lihat kembali antara berita yang menjadi tumpuan dan tular sepanjang bulan Julai.
PATUHKAH ANDA DENGAN SOP?
Kerisauan rakyat Malaysia terhadap penularan wabak COVID-19 nampaknya masih belum selesai.
Mana tidaknya, masih ada saja kes positif baharu dicatatkan setiap hari dan ada ketikanya menunjukkan peningkatan meskipun tidak terlalu drastik.
Isu yang berbangkit adalah, tentang sama ada rakyat Malaysia kini terlalu selesa sehingga alpa dengan SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan, ditambah pula dengan kisah mengenai beberapa individu yang tidak bertanggungjawab apabila keluar rumah meskipun masih dalam tempoh kuarantin.
Ingat, kita belum menang, jangan ambil mudah tentang perkara-perkara sebegini.
BACA : Malaysia mungkin berdepan peningkatan kes mendadak jika nilai R0 meningkat
BACA : COVID-19: Kuching kembali diisytihar zon merah
BACA : Wanita pakai 'wristband' COVID-19 makan di kafe, cetus kebimbangan netizen
SIDANG DEWAN RAKYAT PALING PANAS
Beberapa bulan tidak bersidang, nampaknya sidang Dewan Rakyat Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 merupakan sidang yang paling panas.
Semuanya berlaku kerana pertukaran Speaker yang berlaku bukan dalam dalam tempoh selepas Pilihan Raya Umum (PRU) diadakan.
Pada masa sama, apa yang menarik perhatian netizen ialah situasi dimana Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman ingin mencelah dalam perbahasan Ahli Parlimen Langkawi, Tun Dr Mahathir Mohamad namun dipersenda dengan panggilan 'cucu' oleh dua ahli Parlimen lain yang lebih berusia.
Sama ada seseorang itu setuju atau tidak pada haluan politik dan sosok yang bernama Syed Saddiq, ramai pemerhati awam berasakan adalah tidak wajar beliau diperlakukan sebegitu, lebih-lebih lagi daripada wakil rakyat yang lebih senior daripadanya.
BACA : Sidang Parlimen dijangka paling 'panas', pertukaran Speaker ikut Perlembagaan
BACA : Syed Saddiq dipersenda di Dewan Rakyat: Adakah belia dilayan sebegitu dalam politik?
NETIZEN KESAL MURAL PAPAR POTRET PEMIMPIN NEGARA DICONTENG
Baru-baru ini juga, rakyat Malaysia dikejutkan dengan insiden vandalisme pada mural yang memaparkan potret para pemimpin negara.
Mural yang memaparkan barisan utama negara, seperti Yang di-Pertuan Agong, Ketua Pengarah Kesihatan dan juga Perdana Menteri itu telah diconteng dengan kata-kata kesat oleh individu yang tidak bertanggungjawab.
BACA : Mural papar potret pemimpin negara diconteng perkataan kesat
BACA : Dua wanita dipercayai conteng mural pemimpin negara diburu
BACA : Sultan Selangor anggap tindakan conteng mural pemimpin negara bermotif politik kebencian
NAJIB RAZAK DIDAPATI BERSALAH ATAS TUJUH PERTUDUHAN
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak didapati bersalah atas kesemua tujuh pertuduhan berhubung dana RM42 juta dari SRC International Sdn Bhd.
Keputusan telah disampaikan Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah.
BACA : Kes SRC International: 'I am ready, jumpa di Mahkamah Rayuan' - Najib
BACA : Najib bersalah atas tujuh pertuduhan berkaitan dana SRC International
BACA : Kes SRC: Ratusan penyokong Najib berhimpun di depan mahkamah
JERIT DALAM HATI? TAK MASUK AKAL
Memang tidak masuk akal, macam mana mahu menaiki roller coaster tapi tidak menjerit?
Itulah yang terjadi di negara Jepun apabila pengendali taman tema Fuji-Q Highland membuat rayuan tersebut kepada pengunjung kerana bimbang berlaku penyebaran virus daripada titisan air liur ketika mereka menjerit.
Meskipun menerima kritikan atas saranan tersebut, pihak pengurusan tetap percaya ia boleh dilakukan demi mengelakkan kemungkinan penularan COVID-19.
Sudah tentu, berita ini memberikan pelbagai respons daripada rakyat Malaysia.
BACA : COVID-19: Penunggang roller-coaster diminta senyap, hanya jerit dalam hati
SELAMAT TINGGAL NAYA RIVERA DAN HARUMA MIURA
Bulan ini adalah bulan yang sangat sukar buat peminat siri muzikal Glee apabila salah seorang bintang siri tersebut, Naya Rivera, mengejutkan ramai apabila dia dilaporkan hilang sewaktu berlibur di Tasik Piru, California, bersama anaknya.
BACA : Pelakon Glee Naya Rivera hilang di tasik, anak 4 tahun terbiar atas bot
BACA : Pihak berkuasa sahkan kematian Naya Rivera akibat kemalangan
BACA : Rakan-rakan Naya Rivera beri penghormatan terakhir, ada peminat syak Glee suatu 'sumpahan'
Pada masa sama, peminat filem Last Cinderella juga dikejutkan dengan kematian, pelakon Haruma Miura yang dipercayai telah membunuh diri.
Sememangnya kehilangan dua bintang ini sangat dirasai oleh peminat mereka.
BACA : Pelakon terkenal Jepun Haruma Miura meninggal dunia selepas ditemui tergantung
SUGU PAVITRA PADAM SEMUA VIDEO DI LAMAN YOUTUBE
Bintang YouTube sensasi, S. Pavithra telah dipilih untuk menerima pengiktirafan sebagai Ikon Anak Bandar Raya Ipoh Tahun 2020 oleh Majlis Bandaraya Ipoh (MBI).
Namun dalam berita kegembiraan itu, ada sesuatu yang berlaku dalam kehidupan peribadinya.
Satu tamparan hebat berlaku apabila suaminya, M. Sugu, didakwa memiliki senjata berbahaya dan juga dengan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap Pavithra.
Namun Pavithra tetap memaafkan suaminya selepas apa yang telah berlaku ke atas dirinya
BACA : Pengguna YouTube Pavithra akan diiktiraf Ikon Anak Bandar Raya Ipoh
BACA : Suami YouTuber masakan terkenal direman tiga hari
BACA : 'Saya maafkan suami' - Pavithra
BACA : Tiada lagi video masakan S. Pavithra di Youtube
BACA : Sugu Pavithra bakal buat kemunculan semula
Asyraf Roslan
Fri Jul 31 2020
Berikut adalah antara berita yang menjadi perhatian sepanjang bulan Julai.
AWANI Ringkas: Suspek kes tembak KLIA didakwa
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Jamaica secara rasmi iktiraf Palestin sebagai sebuah negara
Jamaica memutuskan untuk mengiktiraf secara rasmi Negara Palestin pada Selasa berikutan perbincangan dalam Kabinet pada hari sebelumnya.
Nahas helikopter Lumut: Van jenazah tiba di HRPB, bawa jenazah ke 23 RAMD
Sebanyak 10 van jenazah Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dilihat memasuki perkarangan Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh pada jam 2.20 petang Rabu.
Nahas helikopter Lumut: Kesemua mangsa diberikan penghormatan terakhir ikut istiadat TLDM
Kesemua mangsa tragedi helikopter terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, semalam akan diberi penghormatan terakhir mengikut istiadat rasmi TLDM.
Nahas helikopter Lumut: Malaysia jadi tumpuan, masyarakat antarabangsa zahir simpati
Nahas dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terhempas dan mengorbankan 10 nyawa di Pangkalan TLDM Lumut semalam, turut menjadi perhatian masyarakat antarabangsa yang mengikuti perkem
Nahas helikopter Lumut: Kerajaan Perak akan bincang bentuk bantuan kepada waris
Kerajaan Negeri Perak akan melihat bentuk bantuan yang bakal dihulurkan kepada keluarga tiga mangsa tragedi helikopter TLDM terhempas di Lumut.
Harga minyak mahal akibat konflik beri cabaran besar kepada syarikat penerbangan - MIDF Research
Kenaikan harga bahan api jet merupakan cabaran utama kepada sektor penerbangan susulan daripada konflik geopolitik di Asia Barat yang kian memuncak kebelakangan ini.
Niaga AWANI: Breaking free from legacy systems in Malaysian companies
Daryll Tan, co-founder and director of OpenMinds Group emphasises the necessity for businesses to discard old paradigms and embrace new perspectives.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Donald Trump bertemu dengan mantan Perdana Menteri Jepun
Mantan presiden Amerika Syarikat Donald Trump bertemu dengan mantan Perdana Menteri Jepun Taro Aso di New York pada Selasa.
[LAPOR LANGSUNG] Nahas helikopter Lumut: Masyarakat antarabangsa zahir simpati
Kebanyakan portal media antarabangsa melaporkan kejadian itu dengan terperinci.
Hamilton optimis kedudukan lebih baik di GP China
Lewis Hamilton melihat potensi kedudukan yang lebih baik dalam saingan Grand Prix yang kembali ke China buat pertama kali dalam tempoh lima tahun, hujung minggu ini.
'Selfish!' - Fasha Sandha sedih raya di Perlis tak jadi gara-gara dijangkiti COVID-19
Fasha berkata dia mula melakukan pemeriksaan COVID-19 selepas berasa tidak sihat badan dan mengalami bersin tidak henti sejak Raya pertama.
Kes COVID-19 catat penurunan ketara pada ME 14/2024 - KKM
Jumlah kes COVID-19 menurun 97.1 peratus kepada 493 kes pada Minggu Epidemiologi ke-14 (ME 14/2024) iaitu bagi tempoh 31 Mac hingga 6 April lepas berbanding 17,256 kes pada ME 1/2024.
China jadikan pengalaman pencegahan COVID-19 untuk hadapi pandemik masa depan
China akan menjadikan pengalaman dalam pencegahan dan kawalan COVID-19 untuk membuat persediaan yang lebih proaktif untuk menghadapi pandemik masa depan seperti "Penyakit X".
Negara berdepan ketirisan subsidi diesel serius - Amir Hamzah
Negara kini sedang berdepan isu ketirisan subsidi diesel yang serius dan wujud kemungkinan terdapat pihak yang tidak layak masih menikmati subsidi itu, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah.
Kematian akibat kemalangan jalan raya lebih tinggi daripada COVID-19 - Anthony Loke
PDRM akan mengeluarkan data mengenai kemalangan jalan raya pada setiap hari, bukan setahun sekali seperti diamalkan sebelum ini.
Ismail Sabri ziarah lapan beradik yatim piatu akibat COVID-19
Ismail Sabri tiba kira-kira jam 2 petang di kediaman lapan beradik itu di Taman Adenium, Bukit Beruntung pada Selasa.
Teori konspirasi 'Penyakit X'
Ahli teori konspirasi AS sekali lagi membuat 'keuntungan' selepas PBB memberi amaran tentang wabak lebih berbahaya iaitu 'Penyakit X'.
Reformasi dasar, kukuhkan perlindungan, produktiviti pekerja tidak formal
Reformasi dasar perlu dilakukan dalam usaha meningkatkan perlindungan dan produktiviti pekerja tidak formal di Malaysia.
Lebuh raya perlu ada sistem pemberitahuan Smart Lane lebih berkesan - Ahmad Maslan
Semua lebuh raya perlu mewujudkan satu sistem pemberitahuan Smart Lane yang lebih berkesan, bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas khususnya ketika cuti perayaan.