Petugas media yang bersilih ganti menjalankan tanggungjawab membuat liputan sejak beberapa hari dari lokasi kediaman bekas perdana menteri di Taman Duta di ibu negara, ternyata tidak kenal erti penat lelah.
Tatkala petugas media sibuk membawa perkembangan terkini tanpa mengira waktu dan keadaan cuaca, lebih-lebih lagi ketika bulan Ramadan, sebenarnya ada pihak yang terharu dan menunjukkan tanda penghargaan.
Hari ini, kepayahan petugas media dibalas dengan satu pendekatan yang peduli dan mesra.
Perusahaan katering sosial, Kembara Kitchen, mengedarkan juadah berbuka puasa buat petugas media yang setia menantikan perkembangan semasa di perkarangan kediaman bekas perdana menteri yang kini menjadi tumpuan media dan rakyat.
Menurut Pengasas Kembara Kitchen, William Cheah, beliau dan pihaknya berterima kasih atas kerja keras yang dilakukan petugas media.
“Walaupun kami tidak dapat melakukan perkara ini setiap hari, ini adalah tanda penghargaan kami buat anda yang telah melaporkan berita," ujarnya.
Tambah William, bukan hanya petugas media, pihak polis juga telah menjalankan tugas untuk memastikan keadaan sentiasa terkawal.
“Setiap hari kami memerlukan anda, tetapi kami juga selalu melupakan anda.
"Jadi, terima kasih buat petugas media,” katanya ketika mengagihkan juadah berbuka puasa di Jalan Langgak Duta, di sini.
Pemberian tersebut telah disambut oleh kumpulan wartawan, jurukamera dan kru sokongan lain selain petugas keselamatan yang berada di lokasi.
Nursyazwani Saiful Sham
Sat May 19 2018
William (kanan) menyampaikan juadah berbuka puasa kepada petugas media yang sedang membuat liputan di Taman Duta. - Astro AWANI
Niaga AWANI: Lancar stesen pengisian semula eco, yang pertama seumpamanya
Jenama pembersihan rumah mesra alam dari Lam Soon, Bio-Home, melancarkan stesen pengisian semula eco pertama, menandakan langkah penting komitmen dalam menangani isu sisa plastik.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Nestle nafi tambah gula dalam produk makanan bayi di negara pendapatan rendah
Pengeluar makanan Switzerland, Nestle pada Khamis menolak tuduhan sebuah NGO bahawa ia menambah gula kepada produk di negara membangun dan tanpa gula di pasaran Eropah.
MUDA dan PSM umum tidak bertanding
Parti Muda dan PSM umum tidak bertanding pada Pilihan Raya Kecil DUN Kuala Kubu Bharu pada 11 Mei depan.
18 negara tuntut pembebasan warga ditahan Hamas
Pemimpin 18 negara menuntut agar Hamas membebaskan tahanan yang berada dalam jagaan mereka yang kini telah melepasi 200 hari.
Rampasan dadah bernilai RM10.1 juta dari Januari hingga Mac
Polis Kuala Lumpur rampas pelbagai jenis dadah bernilai RM10.1 juta sepanjang tiga bulan pertama tahun ini.
SPR lakukan persiapan akhir
SPR giat melakukan persiapan akhir bagi memastikan proses penamaan calon bagi PRK DUN Kuala Kubu Baharu esok berjalan lancar.
Jemaah haji dilengkapi IPS, mudahkan pemberian rawatan
Jemaah haji tahun ini akan dilengkapi dengan International Patient Summary (IPS) melalui aplikasi MySejahtera.
Berjaya Corp nafi sertai perbincangan wujudkan resort kasino di Forest City
Berjaya Corp nafi sertai perbincangan wujudkan resort kasino di Forest City | DagangNews
Gabung 'soft' dan 'hard policy' untuk didik masyarakat tentang pemakanan sihat - Pakar
Kos sara hidup yang tinggi menjadi antara faktor kenapa masyarakat lebih memilih makanan kurang sihat kerana harganya yang lebih murah.
Kru Shenzhou-18 berjaya masuk stesen angkasa Tiangong
Kru Shenzhou-18 China berjaya memasuki stesen angkasa Tiangong selepas kapal angkasa yang dinaiki mereka bercantum dengan kombinasi stesen angkasa secara automatik pada 5.04 pagi Jumaat.
Peningkatan kos tidak jejas kualiti makanan jemaah haji
Peningkatan kos haji termasuk akibat faktor kenaikan harga barangan mentah di Arab Saudi tidak menjejaskan kualiti pek sajian makanan kepada jemaah haji Malaysia bagi musim haji 1444 Hijrah ini.
Vietnam terima 1.87 juta pelawat asing dalam tempoh sembilan bulan tahun 2022
Pada September sahaja, negara itu menyaksikan hampir 432,000 pelawat asing, susut 11.2 peratus berbanding bulan sebelumnya.
KPDNHEP bakal perkenal teknologi 'Retort' untuk panjangkan jangka hayat lebihan makanan
Teknologi berkenaan bertujuan mengelakkan lebihan makanan terbabit terbazir.
Pengusaha butik pengantin Perak mohon tarikh untuk mula operasi perniagaan
Ramai dalam kalangan mereka kini terbeban dengan bayaran sewa kedai, gaji pekerja, dan pelbagai utiliti lain berkaitan, malah ada yang telah gulung tikar.
Lebih 100 aduan diterima KPDNHEP berkaitan perkhidmatan katering
Aduan dan tuntutan yang diterima KPDNHEP itu dikategorikan masih rendah, serta hanya berlaku pada musim-musim tertentu terutamanya pada cuti persekolahan.
Alahai ... bakal pengantin ditipu syarikat katering terkenal
Seorang bakal pengantin di sini terpaksa menanggung kerugian sehingga RM5,000 selepas menjadi mangsa sebuah syarikat katering terkenal yang menawarkan pakej perkahwinan tidak wujud.
'Kalau nak masak memang tak dapatlah sebab saya nak melaram' - Che Ta
Pelakon Rozita Che Wan mendedahkan saban tahun dia sekeluarga akan mengadakan rumah terbuka di kampung halamannya di Alor Setar, Kedah pada hari raya keempat.
Kembara Kitchen agih juadah buka puasa buat petugas media tanda terima kasih
Sebuah perusahaan katering sosial, Kembara Kitchen, menghargai mereka yang menjalankan tugas sejak beberapa hari di lokasi berkenaan.
Peniaga berputih mata ditawar kontrak katering tidak wujud
Kejadian jam 11.30 pagi itu berlaku ketika mangsa lelaki berusia 47 tahun berada di sebuah kantin sebuah sekolah agama di Kuala Tembeling, Jerantut.
Brahim's sasar tingkat sumbangan segmen bukan penerbangan kepada 30-40 peratus
Pengerusi Eksekutifnya, Datuk Seri Ibrahim Ahmad berkata perniagaan berasaskan penerbangan kumpulan itu menyumbang kira-kira 85 peratus kepada hasil kumpulan setakat ini.