awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
Semua tiket bas ekspres di TBS wajib ada kod QR, tidak perlu lagi tukar, cetak
Iran sedia untuk diplomasi, namun ada prinsip sendiri - Araghchi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peningkatan kos tidak jejas kualiti makanan jemaah haji

Bernama
Bernama
08/06/2023
15:12 MYT
Peningkatan kos tidak jejas kualiti makanan jemaah haji
Syed Saleh berkata, 18 tukang masak berpengalaman turut dibawa dari tanah air bagi memastikan makanan mempunyai nutrisi dengan cita rasa Malaysia. - Gambar Bernama
MAKKAH: Peningkatan kos haji termasuk akibat faktor kenaikan harga barangan mentah di Arab Saudi tidak menjejaskan kualiti pek sajian makanan kepada jemaah haji Malaysia bagi musim haji 1444 Hijrah ini.
Malah, Ketua Rombongan Haji Malaysia Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata Tabung Haji (TH) menyediakan 42 jenis menu pada tahun ini, berbanding 28 jenis masakan tahun lepas supaya bakal haji tidak merasai sajian sama dalam tempoh masa singkat.
Beliau berkata pihaknya mengimbangi kenaikan harga barangan mentah dengan menggunakan inovasi dalam penyediaan makanan seperti rempah ratus pracampur dari Malaysia, selain memilih syarikat katering tempatan yang mempunyai peralatan moden.
"Sudah tentu ada impak dari segi kos bahan mentah, dari segi penggajian kepada pekerja dalam dapur ini kerana mereka juga memerlukan pekerja yang ramai dari segi penyediaan dan agihan makanan.
"Bagaimanapun, dengan kita memperkenalkan pracampur ini dapat mengurangkan sedikit jumlah pekerja dalam dapur dan penggunaan peralatan-peralatan seperti untuk memotong bawang dan sayur-sayuran... ini mengurangkan jumlah pekerja (syarikat tempatan)," katanya kepada pemberita selepas melawat tiga premis yang menyediakan pek sajian makanan untuk jemaah haji di sini.
Menurut Syed Saleh kos menunaikan haji bagi seorang jemaah Muassasah meningkat kira-kira lapan peratus kepada RM30,850 tahun ini, berbanding RM28,632 tahun lepas.
Dalam pada itu, Syed Saleh berkata pada tahun ini, TH memilih lapan syarikat katering tempatan yang mempunyai lesen dan sijil diiktiraf kira-kira 10 pihak berkuasa Arab Saudi bagi memastikan kualiti dan kebersihan makanan berada di tahap tinggi.
Beliau berkata 18 tukang masak berpengalaman turut dibawa dari tanah air bagi memastikan makanan mempunyai nutrisi dengan cita rasa Malaysia.
Menurutnya lebih dua juta pek makanan dijangka diagihkan kepada jemaah haji Malaysia sepanjang musim haji ini.
Syed Saleh berkata setakat Selasa lepas (6 Jun), sejumlah 287,241 pek makanan disediakan dengan 133,690 pek kepada jemaah haji negara di Madinah dan 153,551 pek di Makkah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Tabung Haji
#katering
#pek makanan
#jemaah haji
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan