Persatuan Ejen-ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) memulakan misi penjualan di Kochi, India, Rabu ini.
Naib Presiden (inbound) MATTA Datuk Tan Kok Liang berkata misi itu dianjurkan MATTA selaras dengan kejayaan misi jualan di bandar Selatan India seperti Bangalore dan Chennai pada Ogos lepas.
"Misi jualan dan pencarian maklumat kali ini termasuk Colombo, memandangkan jumlah pelawat dari Sri Lanka telah menurun daripada 32,089 orang bagi tempoh lapan bulan pertama tahun lepas kepada 19,004 tahun ini, penurunan sebanyak 40.8 peratus.
"Peratusan penurunan pengunjung dari India dalam tempoh yang sama berkurang sebanyak 6.7 peratus, daripada 483,841 orang kepada 451,295," kata beliau dalam kenyataan, di sini hari ini.
Tan berkata pihaknya maklum bahawa warga India dan Sri Lanka lebih cenderung untuk berkunjung ke negara lain yang lebih mengalu-alukan kedatangan mereka, memandangkan mereka berdepan halangan ketika merancang untuk melawat Malaysia.
"Ejen pelancongan di India mengadu bahawa ejen visa mengenakan caj sebanyak 5,000 rupee (RM325.38) untuk pemprosesan visa, di samping bayaran 1,000 rupee (RM65.08) bagi visa Malaysia.
"Bayaran 3,000 rupee (RM195.21) dikenakan bagi mereka yang memohon e-Visa secara dalam talian, tetapi kadar penolakan yang tinggi memaksa mereka untuk memohon secara manual," katanya.
Tambahan pula, kata Tan, permohonan e-Visa bersama boleh menyebabkan sesetengah anggota atau kumpulan insentif pelancongan diluluskan manakala yang lain ditolak.
"Daripada membayar lebih untuk mendapatkan visa Malaysia atau berdepan kesulitan yang tidak perlu, banyak pelancong memilih untuk mengunjungi negara lain untuk bercuti atau menghadiri MICE (Mesyuarat, Insentif, Persidangan, dan Pameran), menidakkan usaha yang dilakukan oleh Tourism Malaysia," katanya.
Misi jualan ke Kochi dan Colombo sekali lagi disokong oleh Tourism Malaysia, memandangkan operasi pejabatnya di Selatan India turut meliputi Sri Lanka. - BERNAMA
Bernama
Mon Nov 28 2016
Naib Presiden (inbound) MATTA Datuk Tan Kok Liang berkata misi itu dianjurkan MATTA selaras dengan kejayaan misi jualan di bandar Selatan India seperti Bangalore dan Chennai pada Ogos lepas. - astro AWANI
AWANI Pagi: Break the Siege - Pelayaran ditangguhkan, apa seterusnya?
Misi Freedom Flotilla to Gaza, yang sepatutnya memulakan pelayaran minggu lalu, akhirnya ditangguhkan atas pelbagai faktor. Wartawan kami di Istanbul, Syaff Syukri akan kongsi perancangan seterusnya misi ini.
Polis tahan lelaki bersama pil Yaba bernilai lebih RM12,000
Polis menahan seorang lelaki bersama 823 biji pil yaba bernilai lebih RM12,000 di sebuah bangsal kereta di Rantau Panjang.
PM Anwar ke Riyadh sempena Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia
Mesyuarat Khas bertemakan "Global Collaboration, Growth and Energy Development" akan dihadiri oleh Ketua-ketua Negara dan Kerajaan serta pemimpin industri.
Proses penamaan calon berlangsung 9 pagi ini
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut nahas
Mangsa lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pemuzik di DBKL meninggal dunia di tempat kejadian.
Bebaskan pasaran buruh dari perangkap gaji berasaskan kelayakan akademik - Penganalisis
Malaysia harus beralih ke arah penetapan gaji berdasarkan kompetensi pekerja.
Raja Charles III sambung tugas awam minggu depan
Raja Britain, Raja Charles ketiga akan meneruskan tugas awamnya minggu depan setelah cataT perubahan baik dalam rawatan kanser. Baginda akan memulakan dengan lawatan simbolik ke pusat rawatan kanser.
Demonstrasi pro-Palestin di kampus universiti AS
Demonstrasi pro-Palestin tercetus di beberapa kampus utama Amerika Syarikat. Pelajar menuntut gencatan senjata kekal dan menekan Washington untuk menamatkan sumbangan dana tentera kepada Israel.
Dakwaan Israel: PBB masih siasat 8 individu
Pasukan Khas PBB menutup satu kes dan menggantung tiga kes berhubung dakwaan terhadap 12 petugas UNRWA yang terlibat dengan Hamas, susulan kekurangan bukti dari Israel.
Hamas mahu gencatan senjata bersyarat
Hamas komited kuatkuasa gencatan senjata dalam perang dengan Israel, namun dengan syarat yang dituntut.
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Parti politik India perhebat dekati pengundi, bagi pusingan pertama pilihan raya kebangsaan
Modi berkata kerajaannya terus berusaha untuk pembangunan ekonomi wilayah timur laut itu.
Pakistan sambut Aidilfitri hari ini, Bangladesh dan India rai Khamis
Umat Islam di Pakistan dan Sri Lanka meraikan Aidilfitri pada Rabu manakala mereka yang berada di Bangladesh dan sebahagian besar India akan menyambut perayaan itu Khamis.
15 pekerja maut bas terjunam dalam lombong di tengah India
Sekurang-kurangnya 15 pekerja terbunuh selepas bas yang membawa mereka terjunam ke dalam lombong di tengah India pada Selasa malam.
Harimau Muda atasi India 2-1
Skuad bawah 23 tahun (B-23) kebangsaan menundukkan India 2-1 pada aksi persahabatan tertutup di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, malam tadi.
Doktor terpendek di dunia
Tiada siapa sangka seorang lelaki di India dinobatkan doktor terpendek di dunia apabila hanya mempunyai ketinggian tiga kaki atau 91 sentimeter.
Zii Jia dedah resipi kalahkan bekas juara dunia
Dalam aksi di Birmingham itu, Zii Jia memperagakan aksi bertenaga untuk menundukkan juara dunia 2021 dalam masa 33 minit permainan.
Umat Islam di Bangladesh, India dan Pakistan mula berpuasa pada Selasa
Arab Saudi mengumumkan anak bulan kelihatan pada Ahad dan Isnin merupakan hari pertama Ramadan.
Pelan Tindakan Masyarakat India akan diteliti semula
Satu sesi libat urus bersama pelbagai pihak berkepentingan termasuk kumpulan fokus akan diadakan bulan ini.
AirAsia sasar hak trafik dua hala ke beberapa bandar di India
Tumpuan untuk meluaskan rangkaian penting bagi AirAsia kerana bandar utama di India telah mencapai puncak pengembangan.