Sempena kempen sambutan merdeka Astro dengan #KitaSama, seorang pelajar orang kelainan upaya (OKU) dari Universiti Lim Kok Wing, Marcos Joel berkongsi video dia bersama rakan-rakannya yang cacat penglihatan mendaki Gunung Kinabalu.

Rakaman yang dibuat September 2013 itu membuktikan semangat mereka sama kental dan gagah seperti orang lain.

Apakah usaha anda dalam mempamerkan semangat penyatuan sesuai dengan konsep 'Malaysia, di sini lahirnya sebuah cinta' yang menjadi tema Hari Kemerdekaan ke-57 tahun ini?

Kongsikan bersama kami dengan #KitaSama di Twitter ataupun email kepada kami di [email protected].