awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 4,000 kes kanser direkod sejak 2022 di Melaka - Ngwe
Belum ada garis masa bawa penambahan kerusi DUN Sarawak ke Parlimen - Alexander
Roy Azman masih dirawat di hospital, pembedahan ditangguh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

RM16.6 juta kos simpanan vaksin Pfizer di 55 lokasi

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
05/01/2021
08:56 MYT
RM16.6 juta kos simpanan vaksin Pfizer di 55 lokasi
Perjanjian kerajaan dengan Pfizer tidak melibatkan kos penyimpanan vaksin, sebaliknya, hanya melibatkan kos penghantaran, kata Khairy Jamaluddin. - Gambar fail
KUALA LUMPUR :Kerajaan membelanjakan RM16.6 juta untuk penyimpanan vaksin Pfizer Pfizer pada suhu negatif 70 Celsius di 55 lokasi yang telah dikenal pasti.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, setiap peti sejuk beku itu dianggarkan berharga antara RM70,000 dan RM80,000.
Selain penyimpanan vaksin menggunakan 'peti sejuk beku', beliau berkata, kerajaan juga perlu membeli bekalan perubatan lain yang berkaitan untuk menyimpan vaksin berkenaan.
"Pfizer akan disimpan di kawasan bandar kerana ia perlu disimpan dalam suhu yang sejuk melampau sementara AstroZeneca akan disimpan di kawasan luar bandar kerana ia boleh menggunakan penyejuk beku biasa.
"Kita sudah meluluskan pembelian penyejuk beku suhu rendah, peti sejuk dan bekalan perubatan berkaitan bagi rangkaian sejuk dan sejuk melampau berharga RM16.6 juta," katanya dalam sidang akhbar mengenai perkembangan perolehan vaksin COVID-19 negara di Parlimen, di sini pada Selasa.
Khairy menjelaskan, perjanjian kerajaan dengan Pfizer tidak melibatkan kos penyimpanan sebaliknya hanya melibatkan kos penghantaran.
"Pfizer menyampaikannya sampai ke tahap vaksinasi tetapi penyimpanan menjadi tanggungjawab kita," tambah Khairy lagi.
Topic Berkaitan
#Pfizer
#COVID-19
#penyimpanan vaksin
#peti sejuk beku
#vaksin
#MOSTI
#Kementerian Kesihatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan