Kebimbangan bahawa kira-kira 14.5 juta pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mungkin hilang aliran pendapatan dividen yang kukuh sekiranya dana pencen itu menjual 49 operatus kepentingannya dalam syarikat pengendali lebuh raya, PLUS Malaysia Bhd, kini semakin meningkat.
Kebimbangan ini semakin meraih momentum susulan laporan berita bahawa usahawan Tan Sri Abu Sahid Mohamad berusaha untuk mengambil alih PLUS Malaysia melalui Maju Holdings Sdn Bhd.
Selain 49 peratus ekuiti KWSP dalam PLUS Malaysia, majoriti 51 peratus pegangan saham lagi dipegang oleh UEM Group Bhd, yang merupakan anak syarikat milik penuh Khazanah Nasional Bhd.
Penganalisis berkata cadangan itu perlu ditolak kerana kedua-dua dana pencen dan cabang pelaburan kerajaan itu menikmati pulangan yang baik daripada pengambilalihan PLUS Malaysia sejak akhir 2011.
Mereka juga berkata PLUS Malaysia merupakan perniagaan teras bagi Khazanah, dan pelaburan teras bagi KWSP, dan sudah pasti merupakan penjana pendapatan penting bagi kedua-duanya.
Justeru, timbul persoalan mengapa dana atau Khazanah perlu menjual syarikat pengendali lebuh raya itu.
Andai penjualan dilakukan, pencarum berpendapat KWSP akan kehilangan pendapatan bernilai daripada kutipan tol dan, akibatnya akan berhenti membayar dividen yang baik kepada pencarum.
Persoalan lain yang timbul ialah mengapa perlu menjual aset negara kepada pihak swasta sedangkan ia milik rakyat menerusi syarikat berkaitan kerajaan (UEM Group) dan KWSP.
Pelaburan itu telah memberi manfaat kepada rakyat Malaysia termasuk di Sabah dan Sarawak, oleh itu, PLUS Malaysia perlu terus kekal dalam portfolio KWSP sebagai pelaburan strategik jangka panjang, kata penganalisis itu.
Dan apabila dividen dibayar kepada Khazanah, ia masuk semula kepada kerajaan yang kemudiannya boleh digunakan untuk pembangunan infrastruktur.
Penganalisis berkata berdasarkan sifat strategik aset itu, Khazanah dan KWSP wajar terus kekal sebagai penjaga perniagaan tersebut kerana mereka mewakili kerajaan dan rakyat.
Sungguh melegakan apabila Ketua Pegawai Eksekutif KWSP Datuk Shahril Ridza Ridzuan dilaporkan berkata bulan lepas bahawa KWSP tidak merancang untuk melupuskan 49 peratus pegangannya dalam PLUS Malaysia 'kerana pelaburan dalam syarikat tersebut telah memberikan pulangan yang baik kepada dana pencen itu.'"
Bernama memetik beliau sebagai berkata bahawa dana dan Kumpulan UEM telah melabur secara besar-besaran dalam mengembangkan rangkaiannya, terutama di Lembah Klang.
Beliau juga dipetik sebagai berkata bahawa 'PLUS Malaysia telah banyak menyumbang kepada pendapatan KWSP.'
UEM Group, selepas menerima surat niat tidak terikat daripada Maju Holdings, juga berkata ia tidak berhasrat menjual sahamnya dalam PLUS Malaysia.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 20 2017
Selain 49 peratus ekuiti KWSP dalam PLUS Malaysia, majoriti 51 peratus pegangan saham lagi dipegang oleh UEM Group Bhd, yang merupakan anak syarikat milik penuh Khazanah Nasional Bhd. - Gambar fail
MB Perlis maklum anak ditahan, serah kepada SPRM untuk siasat
Mohd Shukri berkata beliau mengetahui berita mengenai penahanan anaknya oleh SPRM dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan.
Semua jenazah dibawa keluar dari HRPB
Semua jenazah anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang maut dalam nahas helikopter di Pangkalan TLDM Lumut dibawa keluar daripada Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) pada jam 4.35 petang pada Rabu.
Polis tumpaskan sindiket seludup dadah ke Sarawak
Polis menumpaskan sindiket penyeludupan dadah ke Sarawak dengan penahanan dua buruh binaan dan merampas pelbagai dadah bernilai RM1.76 juta di dua lokasi berasingan, pada Isnin lepas.
Buka tirai edisi ke-13, komited jadi pemacu WST2040
Ekspo dan Forum ASIAWATER secara rasmi membuka tirai penganjuran kali ke-13 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur untuk tiga hari dari 23 hingga 25 April 2024.
Empat ahli along didakwa lakukan khianat dengan api
Mahkamah menetapkan 23 Mei depan untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen.
Pemberhentian pekerja: 6,000 pekerja Tesla di Texas, California terlibat
Tesla akan memberhentikan 6,020 pekerja di Texas dan California menjelang pengumuman keputusan suku tahunannya pada Rabu.
Perbelanjaan isi rumah dijangka naik 5.0 peratus sepanjang 2024 - BMI
BMI melalui satu nota penyelidikan berkata ia mempunyai pandangan yang berhati-hati tetapi positif bagi perbelanjaan pengguna di Malaysia sepanjang 2024 memandangkan pemulihan ekonomi akan diterjemahkan kepada pertumbuhan perbelanjaan pengguna sebenar yang kukuh sepanjang tahun penuh.
Teliti projek penyelidikan, isu industri sawit negara
MPOB komited untuk menangani isu-isu industri dengan berkesan di samping memperhebat usaha penyelidikan dan pembangunan.
Banyakkan program, tarik minat pelajar dalam bidang STEM - Wan Azizah
Pendedahan pelbagai program berasaskan Sains, Matematik, Kejuruteraan dan Teknologi (STEM) perlu dilaksanakan secara berterusan.
Yen jatuh, pasaran berjaga-jaga awasi tindakan Jepun
Dolar meningkat setinggi 154.88 berbanding yen, paling tinggi direkod sejak 34 tahun.
KWSP peruntuk RM97 bilion bagi pelaburan domestik pada 2023 - MoF
KWSP peruntuk RM97 bilion atau 83 peratus daripada jumlah peruntukan dana untuk pelaburan domestik pada tahun ini.
Inisiatif BAITI bantu golongan M40 miliki kediaman pertama
Program inisiatif BAITI menawarkan bantuan kewangan kepada golongan M40 memiliki rumah pertama mereka di Lembah Klang dan Selangor.
KWSP catat jumlah pendapatan pelaburan RM33.19 bilion pada separuh pertama 2023
KWSP merekodkan jumlah pendapatan pelaburan sebanyak RM33.19 bilion bagi separuh tahun pertama berakhir 30 Jun, 2023.
KWSP cadang 'Akaun 3' untuk pekerja tidak formal, benarkan keluaran fleksibel
KWSP cadang Akaun 3 diberi kelonggaran untuk membuat pengeluaran sebarang jumlah pada bila-bila masa.
ISWC 2023 himpun lebih 2,000 delegasi, perkasa sistem perlindungan sosial negara
Persidangan berkenaan dilihat mampu mencari penyelesaian dan menambah baik sistem perlindungan sosial di negara ini.
Dana KWSP tidak wajar digunakan untuk biaya belanjawan defisit kerajaan - Pakar Ekonomi
Dana Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tidak wajar digunakan sebagai pinjaman untuk membiayai belanjawan defisit kerajaan.
'Potong 20 peratus subsidi petrol, salurkan kepada dana pencen KWSP' - Penganalisis
20 peratus subsidi petrol wajar dipertimbangkan untuk dimansuhkan dan disalurkan kepada dana pencen kepada pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Akaun 2 jadi cagaran: KWSP masih perinci kaedah, menilai semua faktor
KWSP sedang menilai dan memperincikan kaedah terbaik serta pertimbang semua faktor yang relevan bagi memastikan pelaksanaan yang lancar.
KWSP umum dividen 5.35 peratus untuk konvensional, 4.75 peratus untuk syariah
KWSP mengumumkan agihan dividen 5.35 peratus bagi simpanan konvensional dan 4.75 peratus bagi simpanan syariah.
Semakan status pengeluaran khas KWSP bermula 9 April
Pengeluaran khas KWSP telah mula dibuka pada 1 April lalu sehingga 30 April ini.