awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pegawai persekutuan di Minneapolis diarah pakai kamera badan "berkuat kuasa serta-merta"
Neelofa ‘belanja’ wajah Bilal
Pasukan keselamatan Pakistan bunuh 145 pejuang di Balochistan selepas siri serangan berdarah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

17 kementerian lulus belanjawan peringkat Jawatankuasa termasuk tiga hari ini

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
08/12/2020
08:28 MYT
17 kementerian lulus belanjawan peringkat Jawatankuasa termasuk tiga hari ini
Dewan Rakyat meluluskan tiga lagi Rang Undang-undang Perbekalan (Belanjawan) 2021 peringkat Jawatankuasa, menjadikan 17 kementerian telah diluluskan setakat ini. - Gambar fail
KUALA LUMPUR:Dewan Rakyat hari ini meluluskan tiga lagi Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2021 peringkat Jawatankuasa, menjadikan 17 kementerian telah diluluskan setakat ini.
Tiga kementerian tersebut masing-masing Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya ; Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat; serta Kementerian Alam Sekitar dan Air.
Daripada tiga kementerian tersebut, RUU Perbekalan 2021 peringkat Jawatankuasa bagi Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya diluluskan menerusi belah bahagian selepas menyaksikan seramai 109 wakil rakyat menyokong, 96 tidak menyokong, manakala 15 tidak hadir.
Keputusan itu dicapai selepas sesi penggulungan melibatkan ketiga-tiga menteri yang mewakili kementerian masing-masing.
BACA: Belanjawan 2021: Belanjawan KPWKM lulus peringkat Jawatankuasa
Mesyuarat ditangguhkan pada Rabu, jam 10 pagi.
Untuk esok, RUU Perbekalan 2021 diteruskan dengan dua lagi kementerian yang dijangka menggulung perbahasan mengikut giliran seperti yang dijadualkan.
Ia membabitkan Kementerian Kesihatan dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
Berdasarkan takwim Dewan Rakyat, sesi perbahasan berkenaan akan berlanjutan selama 10 hari sehingga 15 Disember ini, sementara Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen ke-14 akan berlangsung selama 29 hari sehingga 17 Dis.
Topic Berkaitan
#Parlimen
#Dewan Rakyat
#Kementerian Kesihatan
#pelancongan
#Belanjawan 2021
#Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
#Rang Undang-Undang Perbekalan Belanjawan 2021
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan