awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
SHMMP: KPDN Pulau Pinang tempatkan 137 pegawai penguat kuasa, 60 pegawai pemantau
Tiga empangan di Pulau Pinang catat kapasiti lebih 90 peratus menjelang musim kering
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

1MDB: 1,100 ikuti Program Khas Haji Perdana Menteri tahun ini

Israr Khalid
Israr Khalid
11/07/2017
07:42 MYT
1MDB: 1,100 ikuti Program Khas Haji Perdana Menteri tahun ini
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyampaikan ucapan pada majlis Penyerahan Surat Tawaran Program Khas Haji di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin hari ini. - Foto BERNAMA
Seramai 1,100 orang dipilih mengikuti Program Khas Haji Perdana Menteri tajaan Yayasan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang memasuki penganjuran kelima tahun ini.
Mereka terdiri daripada imam, ketua kampung dan ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) seluruh negara.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam ucapannya berkata, biarpun 1MDB terus ditohmah, syarikat pelaburan tersebut telah banyak berjasa dengan menaja 5,711 jemaah haji Malaysia dengan nilai lebih RM57 juta sejak lima tahun lepas.
“Rakyat perlu faham, tidak semua yang tidak baik itu berhubung dengan 1MDB.
“Sebahagian daripada keuntungan memang kita lakukan untuk kerja-kerja seperti ini. Beratus-ratus juta kita bantu untuk kebajikan rakyat, ini orang tak sebut. Tuan-tuan (lah) patut mempertahankan kebaikan yang dilakukan kerajaan,” katanya pada Majlis Penyerahan Surat Tawaran Haji di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di sini hari ini.
Tegasnya, tidak perlu untuk bertindak sehingga mahu menjatuhkan kerajaan hanya kerana skandal yang melanda 1MDB.
“Sebab itulah saya tak nak apa-apa, cuma saya nak tuan-tuan berdoalah sebanyak-banyaknya di padang Arafah, di depan Kaabah, di mana-mana sahaja yang mustajab.
“Berdoalah program ini boleh diteruskan, kalau kerajaan ada hari ini kekal berkuasa,” tambah Najib.
Selain menerima kira-kira RM20,000 subsidi haji, peserta tahun ini turut menerima wang saguhati sebanyak RM1,000 dan sepasang jubah setiap seorang.
Topic Berkaitan
#1Malaysia Development Berhad
#1MDB
#Haji
#keselamatan
#Najib Razak
#pelaburan
#Perdana Menteri
#rakyat
#subsidi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan