1Malaysia Development Bhd (1MDB) akan mengemukakan Permintaan Cadangan (RFP) untuk pelabur ekuiti bagi Bandar Malaysia tidak lama lagi, kata Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan Arul Kanda hari ini.

Beliau berkata pasukan 1MDB telah memberi tumpuan kepada usaha penyampaian pelan rasionalisasi seperti yang dibentangkan kepada Kabinet pada 29 Mei 2015.

"Sejak itu, kami telah berjaya membayar balik pinjaman sebanyak RM3.6 bilion dan tidak lama lagi mengeluarkan Permintaan Cadangan untuk pelabur ekuiti bagi Bandar Malaysia," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Proses berkenaan selaras dengan pelan rasionalisasi yang dibentangkan kepada Kabinet, katanya.

BACA: 1MDB mulakan permohonan untuk Bandar Malaysia