Perbelanjaan pengiklanan (ADEX) digital Malaysia dijangka mencecah RM1.3 bilion pada tahun ini, mengatasi angka sebelum ini yang dicatatkan oleh media cetak dan televisyen.
Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo berkata ADEX digital dan mudah alih telah mencatat peningkatan yang luar biasa manakala akhbar dan saluran televisyen percuma menyaksikan penurunan.
Berdasarkan angka ADEX terkini Nielsen, yang tidak termasuk televisyen berbayar dan media digital, jumlah perbelanjaan pengiklanan bagi suku pertama 2018 merosot 0.6 peratus kepada RM1.34 bilion berbanding RM1.5 bilion pada suku tahun sama sebelum ini.
"Bagaimanapun, saya yakin ADEX tahunan di Malaysia akan berada sekitar RM5 bilion sekali lagi," katanya pada pelancaran Malaysian Chief Marketing Officers (CMO) Awards di sini pada Jumaat.
Menurut laporan industri, katanya pada pertengahan 2019, media digital, akhbar dan televisyen (gabungan siaran televisyen percuma dan berbayar) masing-masing akan menguasai kira-kira 25 peratus daripada ADEX.
Gobind berkata ini mencerminkan pola yang konsisten daripada peningkatan ADEX pada bulan-bulan berikutnya susulan pilihan raya berdasarkan trend daripada pilihan raya umum ke-12 dan ke-13.
"Dengan pemansuhan GST (Cukai Barangan dan Perkhidmatan) yang merangsang perbelanjaan pengguna, dan langkah-langkah lain oleh kerajaan Pakatan Harapan, kami gembira dengan unjuran bagi 2019 dan berharap untuk menyaksikan peningkatan dalam aktiviti ekonomi.
"Perniagaan perlu mendapatkan semula kepercayaan mereka dalam pemasaran jenama dan saya melihat ini sebagai peluang besar untuk pertumbuhan," katanya.
Sementara itu, Gobind berkata kementeriannya menyedari peranan strategik industri pemasaran Malaysia yang dimainkan dalam industri yang semakin meningkat ini, terutamanya dalam sektor e-Dagang, blockchain, programmatic dan mudah alih.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 16 2018
ADEX digital Malaysia dijangka mencecah RM1.3 bilion tahun ini. -Gambar fail
Dua lelaki ditahan kes rogol gadis Orang Asli
Polis menahan dua lelaki yang disyaki merogol seorang gadis Orang Asli berusia 15 tahun dikenali menerusi aplikasi cari jodoh di media sosial.
Pengasas jenama fesyen Mango Isak Andic maut terjatuh tebing
Isak Andic, pengasas rangkaian fesyen global Mango, meninggal dunia pada Sabtu selepas terjatuh dari tebing di timur laut Sepanyol.
Konsert Siti Nurhaliza, Judika dikejutkan dengan insiden kebakaran
Konsert penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza bersama Judika di Stadium Merdeka dikejutkan seketika dengan insiden kebakaran kecil melibatkan kotak bunga api pada Sabtu.
PRN Sabah: GRS nyata hasrat terus bekerjasama dengan PH - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berhasrat untuk mengekalkan kerjasama dengan Pakatan Harapan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri akan datang.
Program Gerakan Kepimpinan Madani perkukuh inisiatif KPM banteras isu buli
Program Gerakan Kepimpinan Madani: Hentikan Salah Laku Buli dan Seksual yang dilaksana KPM memperkukuh inisiatif kementerian dalam usaha membanteras isu buli di sekolah.
Anak jadi inspirasi guru pedalaman bina bilik multisensori bantu murid pendidikan khas
Seorang guru di pedalaman Sabah menjadikan anak lelaki tunggalnya yang juga kanak-kanak autistik sebagai sumber inspirasi membangunkan projek bilik multisensori.
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Malaysia boleh tingkat kerjasama ke arah peningkatan penggunaan teknologi tinggi - Annuar
Syarikat Malaysia boleh mengembangkan jejak global dan membawa teknologi kerjasama dan pemindahan pengetahuan.
Rapatkan jurang digital sasaran utama Rangka Tindakan Ekonomi Digital - Mustapa
Sasaran utama Rangka Tindakan (Blueprint) Ekonomi Digital Malaysia bertujuan merapatkan jurang digital dalam kalangan rakyat di bandar dan desa serta antara generasi muda dan tua.
Malaysia mahu teknologi Huawei, harap tidak jejas hubungan kekeluargaan
Dr. Wan Azizah pada masa sama berharap Malaysia dapat menjalinkan kerjasama menang-menang bersama Huawei untuk membangunkan keupayaan teknologi negara.
Strategi Pengkomputeran Awan sebahagian agenda nasional - PM Najib
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata strategi itu merupakan inisiatif khusus buat belia, golongan B40 dan usahawan industri kecil dan sederhana (IKS) termasuk usahawan digital.