AirAsia Group Bhd akan membida kontrak operasi dan penyenggaraan bagi Lapangan Terbang Antarabangsa Clark di wilayah Pampanga di Filipina.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes dalam catatan di laman twitternya hari ini berkata, kumpulan tersebut akan membida kontrak bagi tempoh 25 tahun itu bersama dengan anak-anak syarikatnya di Indonesia dan Filipina.
"Indonesia, Malaysia dan Filipina dalam semangat ASEAN akan bersama-sama membida kontrak lapangan terbang Clarke di Manila dan membina hab timur ASEAN yang besar. Kotakan janji ASEAN. Tahniah kepada lapangan terbang Indonesia. Lihatlah apa yang kita boleh lakukan di ASEAN apabila kita bekerjasama," catatnya dalam twitter beliau.
Menurut laporan berita, Bases Conversion and Development Authority (BCDA) berkata garis masa awal bagi projek itu menunjukkan sasaran pemberian dan permeteraian kontrak adalah pada 30 Ogos, tetapi BCDA akan menerima bidaan sehingga lewat Ogos.
Pembangunan terminal baharu di wilayah Pampanga itu yang dijadual dibuka pada Julai 2020 bertujuan untuk mengurangkan kesesakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino di Manila.
BCDA ialah perbadanan milik kerajaan berada di bawah Pejabat Presiden Filipina.
Ia terlibat dalam perkongsian awam-swasta bagi membangunkan prasarana awam penting seperti jalan bertol, lapangan terbang, pelabuhan dan juga pembangunan hartanah utama.
Pada Mei, lapan syarikat membeli dokumen bidaan bagi kontrak operasi dan penyenggaraan termasuk Megawide Construction Corp, Metro Pacific Investments Corp dan San Miguel Holdings Corp.
Kira-kira 30 kumpulan juga menghadiri persidangan pra-bidaan bagi projek itu yang diadakan pada 21 Mei, termasuk AirAsia Group, Udenna Corp and JG Summit Holdings.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 03 2018

FERNANDES: Lihatlah apa yang kita boleh lakukan di ASEAN apabila kita bekerjasama.

BERSIH kecam lantikan Pengerusi MARA, FELCRA dan SPNB
Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) mengecam dua pelantikan jawatan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) yang diumumkan kerajaan melibatkan Pengerusi MARA, FELCRA DAN SPNB.

DUN Johor kini guna istilah pengimbang, ganti pembangkang
Dewan Undangan Negeri Johor kini menggunakan istilah pengimbang bagi merujuk semua Ahli DUN Johor pembangkang.

Pemilihan UMNO: Dilakukan secara demokratik dan telus - Khaled Nordin
Jelas Mohamed Khaled Nordin yang juga Naib Presiden UMNO, meskipun terdapat isu pada pemilihan beberapa bahagian namun ujarnya ia dilakukan secara demokratik dan telus. Mohamed Khaled antara tiga calon yang menang sebagai Naib Presiden UMNO pada Pemilihan UMNO sesi 2023 -2026. Dua lagi nama yang memenangi jawatan itu, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Polis Terengganu tunggu arahan pejabat pengarah pendakwaan
Polis Terengganu sedang menunggu arahan daripada Pejabat Pengarah Pendakwaan Negeri untuk tindakan lanjut berhubung kes perarakan HIMPIT 2023 pada 17 Februari lalu.

Wujudkan sistem penilaian yang holistik ukur indeks prestasi utama syarikat konsesi
Ahli Parlimen Kuala Pilah, Datuk Adnan Abu Hassan mempersoalkan bagaimana prestasi pemegang-pemegang konsesi di bawah penilaian Kementeria Kerja Raya? Belia pada masa yang sama menyarankan agar Jabatan Kerja Raya mewujudkan sistem penilaian yang holistik untuk mengukur indeks prestasi utama konsesi yang telah menerima tender bagi selenggara selia jalan persekutuan,

Monsun Timur Laut berakhir 23 Mac, fasa Peralihan Monsun pula bermula - MetMalaysia
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan fasa peralihan monsun bermula 23 Mac depan sehingga pertengahan Mei.

Tiada krisis 'Situasi Lehman' dalam keadaan kemelut perbankan AS - Penganalisis
Bank-bank berkenaan mempunyai kedudukan mudah tunai yang lebih baik berbanding pada 2008 dan bank Asia hanya mengalami pendedahan minimum terhadap bank wilayah AS.

TH keluar surat tawaran haji kepada 31,600 jemaah mulai Rabu
Lembaga Tabung Haji (TH) akan mengeluarkan surat tawaran haji bagi tahun 2023 secara berperingkat mulai Rabu ini.

Johor catat peningkatan kes kesihatan mental, gangguan emosi sejak COVID-19
Perkembangan itu cukup membimbangkan memandangkan ia perlu dikendalikan dengan baik supaya tidak berlarutan sehingga membawa kepada isu kesihatan lain.

Perak rekod 294 projek diluluskan pada 2022 dengan jumlah pelaburan RM6.6 bilion
Loh berkata projek-projek tersebut dijangka dapat mewujudkan 7,682 peluang pekerjaan baharu.

AirAsia kini dikenali Capital A Berhad
Pertukaran nama kepada Capital A tidak akan mempunyai sebarang kesan ke atas operasi syarikat.

AirAsia Group cadang tukar nama kepada Capital A
Cadangan pertukaran nama tersebut telah diluluskan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada 28 Disember lalu.

AirAsia raih sehingga RM1.024 bilion daripada cadangan terbitan hak
AAGB berkata cadangan terbitan hak itu akan berfungsi sebagai langkah interim untuk menangani keperluan aliran tunai jangka pendek.

AirAsia yakin perniagaannya kembali pulih pada pertengahan tahun 2021
AirAsia Group Bhd menjangkakan perniagaannya akan kembali ke paras sama seperti tempoh sebelum penularan COVID-19 di kebanyakan laluan penerbangannya menjelang pertengahan tahun 2021.

Saham AirAsia terus merosot berikutan siasatan rasuah, koronavirus
Saham AirAsia Group Bhd (AAGB) dan AirAsia X Bhd terus merosot dalam dagangan awal hari ini berikutan laporan mengenai dakwaan rasuah berhubung pembelian pesawat Airbus oleh AirAsia.

Unit tidak langsung AirAsia jual Merah Aviation pada harga RM3.22 bilion
Sebagai tambahan, Castlelake juga akan membeli daripada AACL empat pesawat A320-200ceo baharu yang akan dihantar pada 2019.

AirAsia catat untung bersih lebih tinggi pada suku ketiga
Keuntungan bersih AirAsia Group Bhd bagi suku ketiga berakhir 30 Sept, 2018 melonjak kepada RM915.87 juta berbanding RM505.32 juta dalam tempoh sama tahun lepas.

AirAsia bida kontrak operasi dan penyelenggaraan Lapangan Terbang Clark
AirAsia Group Bhd akan membida kontrak operasi dan penyenggaraan bagi Lapangan Terbang Antarabangsa Clark di wilayah Pampanga di Filipina.