awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi terima ketibaan 19.5 juta jemaah haji, umrah pada 2025
Fokus perumahan mampu milik di bandar, bukan pilihan raya Datuk Bandar - Akmal
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AirAsia minta pelanggan semak status penerbangan susulan penutupan landasan

Bernama
Bernama
27/01/2019
03:19 MYT
AirAsia minta pelanggan semak status penerbangan susulan penutupan landasan
Susulan penutupan landasan itu, operasi AIrAsia di Bangkok akan terjejas, iaitu kemungkinan mengakibatkan kelewatan penerbangan, serta dijadualkan semula. - Gambar fail/donmueangairport.com
AirAsia Bhd hari ini mahu memaklumkan kepada pelanggannya bahawa Lapangan Terbang Antarabangsa Don Mueang, Bangkok (DMK) akan menutup satu landasan mulai 29 Jan, 2019 (12.01 tengah malam waktu tempatan) hingga 1 Feb, 2019 (11.50 malam waktu tempatan) bagi kerja-kerja penyenggaraan.
Susulan penutupan landasan itu, operasi AIrAsia di Bangkok akan terjejas, iaitu kemungkinan mengakibatkan kelewatan penerbangan, serta dijadualkan semula atau pembatalan penerbangan, menurut AirAsia dalam kenyataan pada Sabtu.
"Kami sedang bekerjasama dengan pihak pengendali lapangan terbang itu berkaitan perkara ini dan akan memberi maklumat terkini melalui emel dan sistem pesanan ringkas (SMS) kepada pelanggan yang terlibat berhubung sebarang perubahan kepada status penerbangan mereka," menurut AirAsia.
Pelanggan AirAsia yang membuat perjalanan semasa tempoh itu digalakkan untuk sentiasa mendapatkan maklumat terkini berkaitan status penerbangan mereka di airasia.com/flightstatus.
Pelanggan amat digesa untuk meletakkan alamat emel dan nombor telefon (berserta awalan kod negara) di ruang maklumat terkini profil anggota AirAsia di airasia.com bagi memastikan mereka boleh dihubungi bagi bantuan tepat pada masanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#AirAsia
#Bangkok
#Don Muang
#landasan
#operasi
#penerbangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan