Skip to main content

Malaysia

Sebuah kapal rempuh tebing di Lumut, siasatan sedang dijalankan - Polis

Video dan gambar kejadian tular di media sosial, menunjukkan kerosakan pada struktur tebing akibat pelanggaran kapal. - Foto tangkap layar video tular
Video dan gambar kejadian tular di media sosial, menunjukkan kerosakan pada struktur tebing akibat pelanggaran kapal. - Foto tangkap layar video tular

Ringkasan AI

  • Polis mengesahkan sebuah kapal besar dipercayai merempuh tebing berhampiran laluan pejalan kaki di Esplanade Wing, Lumut.
  • Ketua Polis Daerah Manjung ACP Hasbullah Abd Rahman memaklumkan siasatan sedang dijalankan berhubung insiden tersebut.
  • Video dan gambar kejadian tular di media sosial, menunjukkan kerosakan pada struktur tebing akibat pelanggaran kapal.
Advertisement

IPOH: Polis mengesahkan kejadian sebuah kapal besar dipercayai merempuh kawasan tebing berhampiran laluan pejalan kaki di Esplanade Wing, di Lumut selepas kejadian tersebut tular di laman sosial, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Manjung ACP Hasbullah Abd Rahman ketika dihubungi Bernama secara ringkas berkata polis sedang menyiasat insiden itu.

Rakaman video berkaitan insiden itu tular di laman sosial Threads yang memaparkan pergerakan kapal tersebut berada hampir dengan kawasan daratan, sehingga sebahagian struktur tebing dilihat rosak dan pecah.

Advertisement

Seorang pengguna Threads dengan akaun @mashitahbtbasir mendakwa beliau yang berada di kawasan itu sebelum kejadian mendapati kapal tersebut secara tiba-tiba bergerak laju tanpa berhenti sehingga berlaku pelanggaran.

"Info info tengah lepak (bersantai) di Lumut tiba-tiba kapal laju tak berhenti, terkejut kami awat (kenapa) tak berhenti kapal ini, tiba-tiba terlanggar habis aihhh, bunyi kuat," katanya pada catatan yang dimuat naik itu.

Advertisement

Pengguna Threads dengan akaun @zhoushieng_aman dan irra.izzurin serta beberapa pengguna yang lain turut memuat naik video dan gambar berkaitan insiden tersebut.

-- BERNAMA

Must Watch Video

Advertisement